Lim Kit Siang

First week of Parliament has exposed it as utterly irrelevant, outmoded and in need of major parliamentary reforms to keep it abreast with modern trends and developments

(Versi BM)

The first week of Parliament has exposed it as utterly irrelevant, outmoded and in need of major parliamentary reforms to keep it abreast with modern trends and developments.

Three Members of Parliament – Ramkarpal Singh (Harapan – Bukit Gelugor), Salahuddin Ayub (Pakatan Harapan – Pulai) and Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan – Kota Belud) had sought an emergency Dewan Rakyat debate over the seizure of Petronas’ assets by purported descendants of the Sulu sultanate who are claiming US14 billion from Malaysia, but they were blocked by the Speaker Azhar
Azizan Harun who cited sub judice rules to prevent debates in Parliament.

Instead, the government held a closed-door briefing session at Seri Pacific Hotel in Kuala Lumpur last night for parliamentarians on claims over Petronas assets by the purported heirs of the Sulu sultanate.

If a debate on the matter was denied on sub judice grounds, wouldn’t such a closed-door briefing for MPs be similarly improper on sub judice grounds?

I asked an MP who attended last night’s briefing whether anything said at the briefing could not be said in Parliament on security or other grounds, he answered “No”!

What happened at the briefing last night was disclosure on the chronology of the case and should be stated in Parliament, as it is not only MPs but the people of Malaysia, in particular the people of Sabah, who have the right to know the full facts of the matter.

The briefing to MPs yesterday cannot be replacement for a parliamentary debate, which should now be by way of a Ministerial statement followed by a debate.

The Speaker Azhar Azizan Harun was wrong when in response to objections raised by MP for Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, arguing that his subj judice rulings was incorrect as the rule should be used on a case-by-case basis, the Speaker said that debating the matter could reveal the government’s legal strategies to the enemy.

The Speaker is right that the government’s strategy in any litigation should not be revealed, but it is not the Speaker’s job to impose a blanket ban to prevent any debate on any issue but to uphold a Minister’s right not to disclose such a government strategy.

It is shocking that the important principle of the doctrine of separation of powers and parliamentary supremacy from the Executive should be reduced to disrespect to ushers, but it a disgrace to the Malaysian Parliament that a foul-mouthed parliamentarian could get away with the most unparliamentary attack against women parliamentarians in the House.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, 22nd July 2022)


Minggu pertama sidang Parlimen menunjukkan Parlimen yang sudah tidak relevan dan ketinggalan zaman yang memerlukan reformasi parlimen untuk memastikan Parlimen kita terus ke hadapan dengan perkembangan terkini

Minggu pertama sidang Parlimen menunjukkan Parlimen yang sudah tidak relevan dan ketinggalan zaman yang memerlukan reformasi parlimen untuk memastikan Parlimen kita terus ke hadapan dengan perkembangan terkini.

Tiga orang Ahli Parlimen – Ramkarpal Singh (Pakatan Harapan – Bukit Gelugor), Salahuddin Ayub (Pakatan Harapan – Pulai), dan Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan – Kota Belud) telah cuba membawa usul tergempar ke dalam Dewan Rakyat untuk membahas isu rampasan aset Petronas oleh mereka yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu yang menuntut sejumlah AS$14 billion dari Malaysia, namun usul ini semua disekat oleh Speaker Azhar Azizan Harun yang memetik peraturan subjudis untuk menyekat perbahasan ini di Parlimen.

Sebaliknya, kerajaan telah mengadakan sesi taklimat pintu tertutup di Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur malam semalam untuk ahli-ahli parlimen mengenai isu ini.

Sekiranya perbahasan disekat atas dasar subjudis, bukankah taklimat di sebalik pintu tertutup seperti yang diadakan semalam ini juga bersifat subjudis?

Saya bertanya kepada ahli-ahli parlimen yang hadir taklimat semalam, sama ada ada apa-apa yang dikatakan dalam taklimat tersebut yang tidak boleh disebut di dalam Parlimen atas sebab-sebab keselamatan atau apa-apa sebab lain, mereka menjawab “Tidak”!

Apa yang berlaku dalam taklimat malam semalam adalah pendedahan kronologi kes dan perkara ini sepatutnya dinyatakan di Parlimen memandangkan bukan sahaja Ahli-ahli Parlimen, malah rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sabah, berhak untuk mendapat maklumat penuh mengenai perkara ini.

Taklimat kepada Ahli-ahli Parlimen semalam tidak boleh menggantikan perbahasan perkara ini di parlimen, yang kini perlu diadakan melalui Kenyataan Menteri di Parlimen disusuli dengan perbahasan mengenai perkara ini.

Speaker Azhar Azizan Harun telah salah apabila dalam memberikan jawab balas kepada bantahan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin – yang mengatakan keputusan subjudis Speaker ini tidak tepat kerana peraturan tersebut sepatutnya digunakan mengikut merit kes-kes tertentu itu sendiri – di mana Speaker telah mengatakan perbahasan perkara ini akan mendedahkan strategi perundangan kerajaan kepada pihak lawan.

Speaker memang betul apabila mengatakan yang strategi perundangan kerajaan tidak patut didedahkan, tetapi bukan menjadi tugasnya untuk mengenakan sekatan penuh untuk menghalang sebarang perbahasan mengenai isu ini, sebaliknya tanggungjawabnya hanyalah untuk mempertahankan hak Menteri untuk tidak mendedahkan apa-apa strategi kerajaan.

Amatlah mengejutkan melihat prinsip penting seperti pemisahan kuasa dan keulungan parlimen dari pihak Eksekutif direndahkan sebegini, tetapi lebih memalukan juga apabila kita melihat ahli-ahli parlimen yang bermulut busuk dapat terus terlepas tanpa apa-apa kesan selepas menyerang ahli-ahli parlimen wanita di Dewan.

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 22 Julai 2022)

Exit mobile version