Corporate

Cabinet silence meant Cabinet cowardice and irresponsibility yesterday in not issuing any directive to freeze all increases of salaries and allowances of GLCs and GLICs top executives until economic recovery and to sack GLC and GLIC nominees who violate the Cabinet directive?

By Kit

June 30, 2022

(Versi BM)

Cabinet silence meant Cabinet cowardice and irresponsibility yesterday in not issuing any directive to freeze all increases of salaries and allowances of GLCs and GLICs top executives until economic recovery and to sack GLC and GLIC nominees who violate the Cabinet directive?

This is a great disappointment and show the limitations of Ismail Sabri as Prime Minister of Malaysia.

The Cabinet cowardice is most reprehensible especially in these difficult times on high inflation in Malaysia and the world – to the extent that the Misery Index of old is again becoming fashionable.

It is also clear that the Cabinet is not prepared to lead the nation in the national quest to seek the answer to the question: “What Went Wrong?” with Malaysian nation-building that we are losing out to more and more countries, relegating Malaysia to the back row whether politically, economically or educationally.

Malaysians, through political parties, NGOs, associations, youth organisations and student clubs, must carry out this national quest as to “What went wrong” in Malaysian nation-building where we failed to become a world-class great nation but is in danger of becoming a failed state like Sri Lanka before Malaysia’s Centennial in four decades’ time.

Malaysians must ask themselves whether the greatest mistake in Malaysian nation-building process was in continuing the corruption, abuses of power and breaches of trust in the New Economic Policy (NEP) in 1990 until Malaysia became “kleptocracy at its worst” with the monstrous mega multi-billion 1MDB scandal instead of replacing it by a needs-based policy declaring a war against poverty regardless of race, religion or region.

Is it possible for the country to return to the nation-building policies and principles enshrined in the Malaysian Constitution and Rukun Negara – constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, good governance, public integrity, war against corruption, respect for human rights, Islam as the religion of the nation and freedom of worship for all other religions and national unity from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious and multi-cultural diversity where there are no first-class and second-class citizens whether based on race, religion or region?

The implosion in UMNO reveals that it is so difficult for Ministers, MPs and political leaders to differentiate between right from wrong and to condemn in no uncertain terms the monstrous mega multi-billion 1MDB scandal, corruption and even kleptocracy.

Even now, there is glorification of monstrous financial scandals, corruption and kleptorcracy as evident in the “Malu Apa BOSSku” campaign and the BN Sabah Convention this Saturday, which are against the very policies and principles of the Malaysian Constitution and Rukun Negara.

I support political economist Edmund Terence Gomez who said it is time for the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to have an “arm’s length” relationship with the executive branch of the government, especially with regard to the appointments of the anti-graft agency’s top commissioners.

Several prominent politicians were implicated recently when a witness testified on the Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) ledger during the corruption trial of Umno president Ahmad Zahid Hamidi.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Thursday, June 30, 2022)

Kabinet yang berdiam diri semalam dengan tidak mengeluarkan apa-apa arahan untuk membekukan peningkatan gaji dan elaun pihak pengurusan tertinggi di GLC dan GLIC sehingga ekonomi negara pulih dan untuk memecat mana-mana lantikan yang ingkar kepada arahan ini menunjukkan sifat penakut dan tidak bertanggungjawab Kabinet

Kabinet yang berdiam diri semalam dengan tidak mengeluarkan apa-apa arahan untuk membekukan peningkatan gaji dan elaun pihak pengurusan tertinggi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sehingga ekonomi negara pulih dan untuk memecat mana-mana lantikan yang ingkar kepada arahan ini menunjukkan sifat penakut dan tidak bertanggungjawab Kabinet.

Perkara ini amatlah mengecewakan dan menunjukkan had apa yang boleh dicapai oleh Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sifat penakut Kabinet ini amat memalukan terutamanya apabila negara sedang berhadapan dengan waktu yang sukar dengan kadar inflasi yang tinggi di Malaysia dan di seluruh dunia – sehingga Indeks Kesengsaraan yang telah lama tidak didengari kini kembali popular.

Pada masa yang sama, jelas Kabinet juga tidak bersedia untuk memimpin usaha negara untuk mencari jawapan kepada persoalan: “Di manakah silapnya?” dengan usaha pembangunan negara bangsa sehingga kita semakin lama semakin ditinggalkan oleh lebih banyak negara, sehingga Malaysia berada di kedudukan belakang, baik dari segi politik, ekonomi, atau pendidikan.

Rakyat Malaysia, melalui sama ada parti politik, NGO, persatuan, pertubuhan belia, dan kelab pelajar, perlu menjalankan tanggungjawab untuk mencari “Di manakah silapnya?” ini, di mana kita telah gagal untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia dan kini berada dalam bahaya untuk menjadi sebuah negara gagal seperti Sri Lanka sebelum ulang tahun ke-100 negara dalam empat dekad dari sekarang.

Rakyat Malaysia perlu bertanya diri mereka, sama ada kesilapan terbesar usaha pembinaan negara bangsa terjadi dengan penerusan Dasar Ekonomi Baharu pada tahun 1990 yang sepatutnya digantikan dengan dasar yang berasaskan kepada keperluan untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum, agama, atau kawan, apabila berlakunya rasuah, salah guna kuasa, dan pecah amanah yang berlanjutan sehingga membawa kepada negara kita menjadi “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk” dengan skandal 1MDB yang bernilai berbillion dolar.

Bolehkah negara kita kembali kepada prinsip dan dasar pembangunan negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara – Malaysia sebagai sebuah negara beraja berperlembagaan, dengan demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, integriti awam, memerangi rasuah, hormat terhadap hak asasi manusia, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dengan kebebasan beragama untuk semua agama yang lain, dan perpaduan negara yang terbentuk dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya di mana tidak wujud pembahagian rakyat kelas pertama atau kelas kedua berdasarkan kaum, agama, atau kawasan.

Ledakan di dalam UMNO menunjukkan sebegitu sukar untuk Menteri, Ahli Parlimen, dan pemimpin politik untuk membezakan antara perkara yang benar dan yang salah dan untuk mengecam skandal 1MDB, rasuah, dan kleptokrasi tanpa sebarang perasaan ragu-ragu.

Sehingga kini, terdapat mereka yang cuba berbangga dengan skandal kewangan, rasuah, dan kleptokrasi ini yang dapat dilihat melalui kempen “Malu Apa Bossku”, yang bertentangan dengan setiap prinsip dan dasar yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.

Saya menyokong pakar ekonomi politik, Edmund Terence Gomez, yang mengatakan sudah tiba masanya untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mempunyai hubungan yang terpisah dengan pihak Eksekutif kerajaan, terutamanya dalam hal ehwal pelantikan pesuruhjaya tertinggi badan anti-rasuah tersebut.

Beberapa pemimpin politik terpalit baru-baru ini apabila seorang saksi memberikan keterangan mengenai lejar Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) semasa perbicaraan rasuah presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Khamis, 30 Jun 2022)