Economics

Call on Cabinet next Wednesday to issue directive to freeze all increases of salaries and allowances of GLCs and GLICs until economic recovery and to sack GLC and GLIC nominees who violate the Cabinet directive

By Kit

June 24, 2022

(Versi BM)

I call on the Cabinet next Wednesday to issue a directive to freeze all increases of salaries and allowances of Government-linked companies (GLCs) and Government-linked Investment Companies (GLICs) and to sack GLC and GLIC nominees who violate the Cabinet directive.

The Cabinet directive should be presented to Parliament on July 18 for parliamentary sanction.

Two days ago, the Prime Minister, Ismail Sabri Yaacob, announced that families who receive Keluarga Malaysia Aid (BKM) will get an extra RM100 while BKM recipients who are single will receive an additional RM50 in view of the rising cost of living, with chicken and egg prices expected to go up next month after the ceiling prices are abolished on July 1.

But yesterday, the FGV Holdings Bhd that is 80 per cent owned by Federal Land Development Authority (FELDA) held its annual general meeting and voted for the increase of the annual allowance of the FGV chairman to RM480,000 from RM300,000 – an increase of RM180,000 – and the increase of the annual allowance of the six Board directors to RM150,000 from RM120,000.

This is not only most excessive in troubled economic times, but downright obscene, and must be smacked down by the Cabinet and Parliament.

Malaysians must thank the Deputy DAPSY leader and Pahang State Assemblywoman for Ketari, Young Shefura Othman for making such a shocking disclosure by the FGV Holdings Bhd AGM.

The Cabinet and Parliament must send out a strong and unmistakable message that this is the time for belt-tightening and not for extravagance and waste.

Will the Cabinet and Parliament send out such a message?

The Chairman of FGV Holdings Bhd. Dato’ Dzulkifli Abd Wahab and the six Board members, can help retrieve the situation by declaring that they would not accept the indecent increase in the allowances.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, June 24, 2022)

Seruan kepada Kabinet dalam mesyuaratnya pada hari Rabu minggu hadapan untuk mengeluarkan arahan pembekuan peningkatan gaji dan elaun di semua GLC dan GLIC sehinggalah ekonomi pulih dan untuk memecat mana-mana lantikan GLC dan GLIC yang mengingkari arahan ini

Saya menyeru kepada Kabinet dalam mesyuaratnya pada hari Rabu yang akan datang untuk mengeluarkan arahan pembekuan peningkatan gaji dan elaun di semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan juga untuk memecat mana-mana lantikan GLC dan GLIC yang mengingkari arahan Kabinet ini.

Arahan Kabinet ini juga perlu dibentangkan ke Parlimen pada 18 Julai untuk menerima sokongan Parlimen.

Dua hari yang lepas, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaacob, telah mengumumkan bahawa keluarga yang menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan menerima tambahan bantuan sebanyak RM100, manakala penerima BKM bujang bakal menerima bantuan tambahan sebanyak RM50, dalam berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup, dengan harga ayam dan telur dijangkakan meningkat dalam bulan hadapan apabila harga siling dimansuhkan pada 1 Julai.

Namun semalam, FGV Holdings Bhd yang 80% dimiliki oleh Federal Land Development Authority (FELDA) telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya dan mengundi untuk meluluskan peningkatan elaun tahunan pengerusi FGV kepada RM480,000 dari RM300,000 – peningkatan sebanyak RM180,000 – dan meningkatkan elaun tahunan enam ahli lembaga pengarahnya dari RM120,000 kepada RM150,000.

Perkara ini bukan sahaja berlebihan dalam waktu di mana negara sedang bergelut dengan kesukaran ekonomi, tetapi terlampau tidak masuk akal dan perlu disekat oleh Kabinet dan Parlimen.

Rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Timbalan Ketua DAPSY yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang untuk Ketari, Young Shefura Othman, kerana mendedahkan perkara mengejutkan mengenai mesyuarat agung tahunan FGV Holdings ini.

Kabinet dan Parlimen perlu menyampaikan mesej yang tegas dan jelas yang sekarang adalah masa untuk kita mengetatkan tali pinggang masing-masing dan bukannya masa untuk membazir.

Adakah Kabinet dan Parlimen berani untuk menghantar mesej sebegini?

Pengerusi FGV Holdings Bhd, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab dan enam orang ahli lembaga pengarahnya, boleh membantu meredakan situasi ini dengan mengumumkan yang mereka tidak akan menerima peningkatan elaun yang tidak senonoh ini.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 24 Jun 2022)