Corruption

There may not be a multi-billion dollar 1MDB scandal equated as “kleptocracy at its worst” if the recommendations of the Ahmad Nordin Bumiputera Malaysia Finance (BMF) Inquiry Committee had been acted on by the 1986 Mahathir government

By Kit

June 22, 2022

(Versi BM)

There may not be a multi-billion dollar 1MDB scandal equated as “kleptocracy at its worst” if the recommendations of the Ahmad Nordin Bumiputera Malaysia Finance (BMF) Inquiry Committee had been acted on by the 1986 Mahathir government.

This thought struck me when I read Chooi Mun Sou’s memoirs – “Malaysia My Home – Quo Vadis”.

Well-known lawyer Chooi was a member of the three-man BMF Inquiry committee set up in January 1984, headed by the then Auditor-General, the redoubtable Tan Sri Ahmad Nordin as Chairman and the other member being accountant Ramli Ibrahim, to inquire into the RM2.5 billion scandal – which Mahathir had subsequently described as “a heinous crime” but I added,” a heinous crime without criminals”.

I am reminded of my speech in Parliament on the BMF inquiry Committee’s BMF Final Report in March 1986, I warned that unless the conspirators were brought to justice, another banking or financial scandal which would be 10 or 20 times bigger than the BMF scandal would happen – and this unfortunately came to pass three decades later in the form of the mega 1MDB scandal!

In 1979, at the UMNO General Assembly, the then Prime Minister, Hussein Onn warned that “the country will be destroyed if its leaders are dishonest, untrustworthy and corrupt” and expressed the hope that the Bank Rakyat fiasco would be a ‘bitter lesson to other government institutions and agencies including companies and subsidiaries set up by the Government”.

The Bank Rakyat scandal that Hussein Onn referred to at the 1979 UMNO General Assembly involved $150 million but the BMF scandal was 20 times bigger in magnitude than the Bank Rakyat scandal.

The 1MDB scandal which is now haunting Malaysia is a different kettle of fish altogether.

The Finance Minister, Tengku Zafrul told the March Parliament that the 1MDB debts of the government was RM32.3 billion in principal and RM6.5 billion in interest, while the Chief Commissioner of the Malaysian Anti-Corruption Commission, Azam Baki said recently that total assets forfeited and returned to the Malaysian government last year was about RM5.1 billion, with 99.57 per cent of it linked to 1MDB.

Will there be a UMNO President whether this year or next year who dare, like Hussein Onn, warn at the UMNO General Assembly that Malaysia will be destroyed if the leaders are dishonest, untrustworthy and corrupt – and if there is further 2MDB or 3MDB scandals in Malaysia?

This seems unlikely as the culprits of the 1MDB scandal, which caused the country the odium and infamy of being regarded by the world as a kleptocracy, are trying to become champions against corruption while denying that the 1MDB was a mega scandal of trust, fraud and corruption!

In the March 1986 Parliament, I called for a Royal Commission of Inquiry to follow up on the fresh leads and complete the work of the Ahmad Nordin BMF Inquiry Committee to expose any political leaders involved in the RM2.5 billion BMF scandal. Unfortunately, this was not done.

As recorded in Chooi’s memoirs, the main culprits in the BMF scandal finally got their deserts:

Lorraine Osman earned the dubious honour of being the longest serving unconvicted prisoner in British history where he embarked on a seven-year fight against extradition, but eventually pleaded guilty in Hong Kong to one charge of conspiracy to defraud involving US$292 million. He was sentenced to one year’s jail after the judge took into account his plea and the seven years he spent in Brixton prison. Because of his time held in remand in Hong Kong, the actual time he served of his sentence was 53 days.

Hisham Shamsuddin pleaded guilty to four charges, two for conspiracy to defraud and two of receiving bribes, and was sentenced to four-and-a-half years jail which later was enhanced to 10 years when he appealed. After serving seven years, he was released.

Rais Saniman was finally extradited from France to Hong Kong in 1994, where he pleaded guilty to two charges of conspiracy to defraud BMF and given five years jail

George Tan, an illegal immigrant in Hong Kong and at the point he created the Carrian group, an undischarged bankrupt in Singapore, was arrested in Hong Kong on Oct. 3, 1983. He was finally sentenced to three years’ jail in 1996 after he pleaded guilty to charges of conspiracy to defraud BMF.

But what is worth noting is that these actions against the Bank Bumiputra/BMF directors and George Tan were not the result of the efforts of the Malaysian Government but of the Hong Kong authorities.

It is tragic that the BMF scandal caused two deaths – the murder in Hong Kong in July 1983 of Jalil Ibrahim, the Bank Bumiputra internal auditor who was sent to be BMF assistant general manager in Hong Kong and the suicide of a senior solicitor John Wimbush.

Chooi was right to name his memoirs – “Malaysia My Home – Quo Vadis”.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 22nd June 2022)

Mungkin tidak akan berlaku skandal 1MDB yang melibatkan berbilion dolar yang telah dikatakan sebagai “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk” sekiranya cadangan Jawatankuasa Siasatan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) telah dilaksana oleh kerajaan Mahathir pada tahun 1986

Mungkin tidak akan berlaku skandal 1MDB yang melibatkan berbilion dolar yang telah dikatakan sebagai “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk” sekiranya cadangan Jawatankuasa Siasatan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) telah dilaksanakan oleh kerajaan Mahathir pada tahun 1986.

Perkara ini menarik perhatian saya apabila saya membaca memoir Chooi Mun Sou yang bertajuk – “Malaysia My Home – Quo Vadis”.

Peguam terkenal Chooi adalah salah seorang daripada tiga orang ahli Jawatankuasa Siasatan BMF yang ditubuhkan pada bulan Januari 1984, diketuai oleh Ketua Audit Negara ketika itu, Tan Sri Ahmad Nordin sebagai Pengerusi bersama dengan akauntan, Ramli Ibrahim, untuk menyiasat skandal yang bernilai RM2.5 bilion tersebut – yang kemudiannya disifatkan Mahathir sebagai “jenayah terkutuk”, tetapi saya tambah lagi sebagai,” jenayah terkutuk tanpa penjenayah”.

Saya teringat ucapan saya di Parlimen mengenai Laporan Akhir Jawatankuasa Siasatan BMF pada bulan Mac 1986, di mana saya memberikan amaran bahawa melainkan jika konspirator skandal ini dibawa ke muka pengadilan, satu lagi skandal perbankan atau kewangan yang 10 atau 20 kali ganda lebih besar daripada skandal BMF akan terjadi – dan malangnya perkara ini benar-benar terjadi, tiga dekad kemudian dalam bentuk skandal mega 1MDB!

Pada tahun 1979, di Perhimpunan Agung UMNO, Perdana Menteri ketika itu, Hussein Onn memberi amaran bahawa “negara akan hancur jika pemimpinnya tidak jujur, tidak amanah dan korup” dan menyatakan harapan supaya isu kegagalan Bank Rakyat akan menjadi “pengajaran pahit kepada institusi dan agensi kerajaan lain termasuk syarikat dan anak syarikat yang ditubuhkan oleh Kerajaan”.

Skandal Bank Rakyat yang dirujuk Hussein Onn pada Perhimpunan Agung UMNO 1979 melibatkan $150 juta, manakala skandal BMF pula 20 kali lebih besar berbanding dengan skandal Bank Rakyat.

Skandal 1MDB yang kini menghantui Malaysia adalah satu perkara yang amat berbeza sama sekali.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul memberitahu Parlimen pada bulan Mac bahawa hutang 1MDB yang ditanggung kerajaan adalah sebanyak RM32.3 bilion dengan RM6.5 bilion lagi dalam bentuk faedah pinjaman yang perlu ditanggung, manakala Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki, berkata baru-baru ini jumlah aset yang dilucuthakkan dan dikembalikan kepada kerajaan Malaysia tahun lepas adalah bernilai kira-kira RM5.1 bilion, dengan 99.57 peratus daripadanya berkaitan dengan 1MDB.

Adakah akan ada Presiden UMNO sama ada tahun ini atau tahun depan yang berani, seperti Hussein Onn, memberi amaran di Perhimpunan Agung UMNO bahawa Malaysia akan hancur jika pemimpin negara bersifat tidak jujur, tidak amanah dan korup – dan jika ada lagi skandal 2MDB atau 3MDB dalam Malaysia?

Perkara ini nampaknya seperti tidak akan berlaku memandangkan punca skandal 1MDB, yang menyebabkan negara ini menjadi sebutan buruk di seluruh dunia sebagai sebuah kleptokrasi, sedang mencuba untuk menjadi juara menentang rasuah sambil menafikan bahawa 1MDB adalah satu skandal mega yang melibatkan amanah, penipuan dan rasuah!

Dalam Parlimen Mac 1986, saya menyeru supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk membuat siasatan susulan terhadap petunjuk baharu dan menyiapkan kerja Jawatankuasa Siasatan BMF Ahmad Nordin untuk mendedahkan mana-mana pemimpin politik yang terlibat dalam skandal BMF yang bernilai RM2.5 bilion ini. Malangnya, perkara ini tidak dilakukan.

Seperti yang dicatatkan dalam memoir Chooi, punca utama skandal BMF akhirnya menerima nasib yang menanti mereka:

Lorraine Osman dikenali sebagai banduan terlama yang tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan dalam sejarah Britain di mana dia menentang ekstradisi selama tujuh tahun, tetapi akhirnya mengaku bersalah di Hong Kong atas satu pertuduhan konspirasi untuk menipu melibatkan AS$292 juta. Dia dijatuhkan hukuman penjara satu tahun selepas hakim mengambil kira pengakuannya dan tujuh tahun masa yang dihabiskan di penjara Brixton. Disebabkan tempoh tahanan remannya di Hong Kong, dia hanya menjalani hukuman selama 53 hari..

Hisham Shamsuddin mengaku bersalah atas empat pertuduhan, dua pertuduhan bersubahat menipu dan dua menerima rasuah, dan dijatuhkan hukuman penjara empat setengah tahun yang kemudiannya dinaikkan kepada 10 tahun apabila dia membuat rayuan. Selepas dipenjara selama tujuh tahun, dia dibebaskan.

Rais Saniman akhirnya diekstradisi dari Perancis ke Hong Kong pada 1994, di mana dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan konspirasi untuk menipu BMF dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun

George Tan, seorang pendatang tanpa izin di Hong Kong yang pada ketika itu menubuhkan Kumpulan Carrian, seorang muflis yang belum dilepaskan di Singapura, telah ditangkap di Hong Kong pada 3 Okt. 1983. Dia akhirnya dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun pada 1996 selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan konspirasi untuk menipu BMF.

Tetapi apa yang perlu diberikan perhatian adalah hakikat di mana semua tindakan terhadap pengarah Bank Bumiputra/BMF dan George Tan ini bukanlah hasil usaha Kerajaan Malaysia, sebaliknya pihak berkuasa Hong Kong.

Sungguh tragis bahawa skandal BMF menyebabkan dua kematian – pembunuhan auditor dalaman Bank Bumiputra yang dihantar untuk menjadi pembantu pengurus utama BMF di Hong Kong, Jalil Ibrahim, pada bulan Julai 1983, dan juga kejadian bunuh diri peguam kanan John Wimbush.

Memang tepat untuk Chooi menamakan memoirnya – “Malaysia My Home – Quo Vadis”.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 22 Jun 2022)