Lim Kit Siang

Lam Thye is not telling why he quit politics one week before Parliament was dissolved in 1990 when he went incommunicado by going overseas but don’t lie about it – let issue return to the annals of history

(Versi bm)

Lee Lam Thye is not telling why he quit politics one week before Parliament was dissolved in 1990 and he went incommunicado by going overseas but don’t lie about it.

It had nothing to do with the purported lie that I told him to vacate Bukit Bintang seat for I never did that.

Before he announced he quit politics on 29th Sept. 1990, I had met him four times in September 1990 to persuade him to withdraw his resignation as Federal Territory DAP Chairman as he had walked out of the FT DAP State Committee meeting before his resignation over the Cheras Tolls issue.

I have nothing to add on the issue and let it return to the annals of history, except for two clarifications.

Firstly, I was asked whether the young DAP leaders who met Lam Thye before the 1990 general election to ask him to contest elsewhere instead of in Bukit Bintang included Lim Guan Eng. The answer is in the negative.

I heard about the 1990 history about the young DAP leaders who met Lam Thye to ask him to contest elsewhere instead of in Bukit Bintang without the knowledge of the party leadership after the publication of Lam Thye’s book. The source of the information is the former DAP National Chairman and MP for Cheras, Tan Kok Wai.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Monday, 20th June 2022)


Lam Thye tidak mahu mendedahkan mengapa dia bersara dari politik seminggu sebelum Parlimen dibubarkan pada tahun 1990 apabila dia menghilangkan diri ke luar negara, tetapi jangan menipu mengenai perkara ini – biarkan isu ini kembali ke catatan sejarah

Lee Lam Thye tidak mahu mendedahkan mengapa dia bersara dari politik seminggu sebelum Parlimen dibubarkan pada tahun 1990 apabila dia menghilangkan diri ke luar negara, tetapi jangan menipu mengenai perkara ini.

Perkara ini tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan penipuan yang kononnya saya memberitahunya untuk mengosongkan kerusi Parlimen Bukit Bintang kerana saya tidak pernah berbuat demikian.

Sebelum dia mengumumkan untuk bersara dari politik pada 29 September 1990, saya telah berjumpanya empat kali pada bulan September 1990 untuk memujuknya untuk menarik semula perletakan jawatannya sebagai Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan apabila dia keluar meninggalkan mesyuarat Jawatankuasa DAP WP mengenai isu tol Cheras.

Saya tidak ada apa-apa untuk ditambah lagi mengenai perkara ini dan biarlah perkara ini kembali ke catatan sejarah, kecuali untuk dua perkara.

Pertamanya, saya ditanya sama ada Lim Guan Eng adalah antara pemimpin MUDA DAP yang bertemu dengan Lam Thye sebelum pilihan raya umum 1990 untuk memintanya bertanding di tempat lain selain dari Bukit Bintang. Jawapannya adalah tidak.

Saya hanya mengetahui kisah tahun 1990 mengenai pemimpin muda DAP yang bertemu Lam Thye untuk memintanya bertanding di tempat selain daripada Bukit Bintang tanpa pengetahuan pimpinan parti ini selepas penerbitan bukan Lam Thye. Sumber maklumat ini adalah mantan Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Isnin, 20 Jun 2022)

Exit mobile version