Education

Cabinet on Wednesday should resolve to make July/August Parliament a historic “Reform Parliament”

By Kit

June 13, 2022

(Versi BM)

The Cabinet at its meeting on Wednesday should resolve to make the July/August meeting of Parliament a historic “Reform Parliament”.

It should instruct and empower the Minister in the Prime Minister’s Department, Wan Junaidi Tuanku Jaafar to make the 14-day meeting of Parliament from July 18 to August 4, 2022 a historic Reform Parliament by taking a number of measures.

Firstly, put on the statute books several reform legislation like the ban on party hopping and the abolition of mandatory penalty.

Secondly, give a commitment that

(i) Parliament will not be dissolved for the 15th General Election until the Royal Assent is given for the abolition of the mandatory death penalty;

(ii) Make public the Richard Malanjum Report on the Alternative Punishments to the Mandatory Death Penalty;

(iii) No death sentence will be carried out while the government is studying alternative sentences for the over 2,000 convicts on the death row for 11 offences that carried the mandatory death penalty.

Thirdly, act on the Yang di Pertuan Agong’s advice to formulate a long-term plan to ensure that Malaysia can achieve its aspiration to be a world-class great nation by returning to the nation-building principles our founding fathers have agreed in the Malaysian Constitution and Rukun Negara – constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, good governance, public integrity, respect for human rights and national unity from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious and multi-cultural diversity where there are no first-class and second-class citizens whether based on race, religion or region.

Fourthly, ensure that Malaysia does not become a failed state any time in the future by reviewing why Vision 2020 failed to achieve its nine strategic challenges to create a Bangsa Malaysia and why the Malaysian Education Blueprint 2013-2025 (MEB) failed to spearhead educational transformation of the country.

The Malaysian Education Blueprint, which cost the country RM20 million as it was contracted out to McKinsey and Co, was an utter flop as illustrated by its failure to realise its objective for Malaysia to be above global average and be in top one-third of countries in international educational standards in global assessments like Programme for International Student Assessment (PISA) and (Trends in international Mathematics and Science Study (TIMSS) by 2025.

All indications point to Malaysia to be solidly in the lowest one-third bloc of the world in 2025 as illustrated by PISA 2012, 2015 and 2018 and TIMSS 2011, 2015 and 2019.

The MEB was formulated to deal with the adverse performance of Malaysian students in the quadrennial 2007 TIMSS and triennial 2009 PISA, resulting in the policy statement that the 13-year MEB will catapult Malaysia in a triple “hop-step-jump” from the bottom-third to the top-third of PISA and TIMSS systems by the following decade, viz:

*Wave 1 (2013-2015) to achieve a “turn-around” of the system of deteriorating educational standards;

*Wave 2 (2016-2020) where Malaysia’s performance will be at par with the international average of PISA and TIMSS benchmarks; and

*Wave 3 (2021-2025) where Malaysia’s performance on PISA and TIMSS will be in the top third of PISA and TIMSS assessments.

But the first two waves of MEB proved to be mere “hot air” as illustrated by the results of PISA 2012, 2015, 2018 and TIMSS 2011, 2015, 2019, which showed there will be no “third wave” as Malaysia’s performance on PISA and TIMMS in 2025 will not be in the top third but solidly in the bottom third of PISA and TIMSS assessments.

There is a possibility for the Malaysian Parliament to be a historic “Reform Parliament” in its July/August meeting.

The question is whether this opportunity will be grasped for Malaysia to show the world that Malaysia is bouncing back post-pandemic.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Monday, 13th June 2022)

Kabinet pada hari Rabu ini perlu mengambil keputusan untuk menjadikan sidang Julai/Ogos yang akan datang sebagai sidang “Parlimen Reformasi” yang bersejarah

Kabinet pada hari Rabu ini perlu mengambil keputusan untuk menjadikan sidang Julai/Ogos yang akan datang sebagai sidang “Parlimen Reformasi” yang bersejarah.

Mereka perlu mengarahkan dan memberikan kuasa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk menjadikan sidang Parlimen selama 14 hari dari 18 Julai sehingga 4 Ogos 2022 sebagai satu sidang Parlimen Reformasi yang bersejarah dengan mengambil beberapa langkah.

Pertamanya, bentangkan beberapa undang-undang reformasi seperti pengharaman melompat parti dan pemansuhan hukuman mati mandatori.

Keduanya, berikan komitmen untuk

(i) Bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 sehinggalah Perkenan Seri Paduka Baginda diberikan kepada pemansuhan hukuman mati mandatori;

(ii) Terbitkan kepada orang awam Laporan Richard Malanjum mengenai Hukuman Alternatif kepada Hukuman Mati Mandatori;

(iii) Pastikan tidak ada hukuman mati dilaksanakan sementara kerajaan mengkaji hukuman alternatif untuk lebih daripada 2,000 orang pesalah yang sedang menanti hukuman mati untuk 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori sebelum ini.

Ketiga, bertindak atas nasihat Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong untuk merangka pelan jangka panjang untuk memastikan Malaysia dapat mencapai aspirasinya sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia dengan mengembalikan negara kita kepada prinsip-prinsip asas yang telah dipersetujui oleh bapa penubuhan negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara – Malaysia sebagai sebuah negara beraja berperlembagaan, dengan demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, integriti awam, hormat terhadap hak asasi manusia, dan perpaduan negara yang terbentuk dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya di mana tidak wujud pembahagian rakyat kelas pertama atau kelas kedua berdasarkan kaum, agama, atau kawasan.

Keempat, pastikan Malaysia tidak akan menjadi negara gagal pada bila-bila masa sekalipun dengan menyemak semula mengapa Wawasan 2020 gagal untuk mencapai sembilan cabaran strateginya untuk membentuk Bangsa Malaysia dan mengapa Pelan Pembangunan Pendidikan (MEB) 2013-2025 gagal untuk mewujudkan transformasi pendidikan di dalam negara.

Pelan Pembangunan Pendidikan ini yang memakan belanja sebanyak RM20 juta kerana kontrak perangkaannya diberikan kepada McKinsey and Co, adalah satu kegagalan yang boleh dilihat kegagalannya untuk mencapai objektifnya untuk meletakkan Malaysia di kedudukan di atas purata dan berada dalam kalangan satu pertiga tertinggi negara dalam penilaian pendidikan antarabangsa seperti Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) menjelang 2025.

Semua petanda sedia ada menunjukkan yang Malaysia akan berada di dalam kumpulan satu pertiga terendah di dunia menjelang 2025 seperti yang ditunjukkan oleh kedudukan negara dalam PISA 2012, 2015, dan 2018 dan juga TIMSS 2011, 2015, dan 2019.

MEB ini dirangka untuk mengatasi masalah prestasi kurang baik pelajar Malaysia dalam TIMSS 2007 dan PISA 2009, membawa kepada kenyataan dasar yang mengatakan MEB ini akan melonjakkan Malaysia daripada satu pertiga terendah kepada satu pertiga tertinggi sistem PISA dan TIMSS menjelang dekad yang akan datang melalui cara berikut:

– Gelombang 1 (2013-2015) mengundurkan semula kemerosotan standard sistem pendidikan;

– Gelombang 2 (2016-2020) peringkat di mana prestasi pelajar di Malaysia akan berada di paras purata antara bangsa dalam tanda aras PISA dan TIMSS; dan

– Gelombang 3 (2021-2025) kedudukan prestasi Malaysia dalam PISA dan TIMSS akan berada dalam kalangan satu pertiga teratas penilaian PISA dan TIMSS.

Namun, dua gelombang pertama MEB ini telah dibuktikan hanya sebagai kata-kata kosong yang dapat dilihat daripada keputusan PISA 2012, 2015, 2018, dan TIMS 2011, 2015, 2019, yang menunjukkan tidak akan ada gelombang tiga untuk PISA dan TIMSS pada tahun 2025 kerana prestasi Malaysia kekal di dalam kumpulan satu pertiga terbawah.

Terdapat kemungkinan untuk sidang Parlimen Julai/Ogos yang akan datang ini untuk menjadi sidang Parlimen Reformasi yang bersejarah.

Persoalannya adalah sama ada peluang ini akan digunakan untuk menunjukkan kepada dunia yang Malaysia akan bangkit semula dalam era pasca-pandemik.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Isnin, 13 Jun 2022)