A former Prime Minister wanted me to completely retire from Malaysian politics since I announced my political retirement at the DAP Congress on March 20, 2022.
I am afraid that I have to disappoint him for I am retiring from competitive politics and will not stand for any election inside or outside the party, including parliamentary and state assembly election, but it is not possible to retire completely from politics as politics affects every aspect and every second of one’s life.
There are two million Malaysians above the age of 65 and three million Malaysians in the 55-64 age group, and I strongly believe that these five million senior citizens have a role to play to support the young generation of Malaysians to realise the Malaysian Dream to make Malaysia a world-class great nation.
I want to thank the MP for Bukit Mertajam, Steven Sim, for volunteering to stand in for me in the proposed debate with the former Prime Minister.
I have opted out of such politics but even more important, I will not debate with Najib Razak, as the best thing he can do if he really love Malaysia is to disappear from the Malaysian political scene after the infamy, ignominy and iniquity he had brought to the country by turning Malaysia into a kleptocracy in his years as Prime Minister.
He is only bringing more infamy, ignominy and iniquity to Malaysia by claiming that he is proud of Malaysia’s kleptocracy in the world.
I do not wish to give any platform to the disgraced former Prime Minister which will only enhance his credibility and belief that there is nothing wrong in turning Malaysia into a kleptocracy.
I want to thank the people of Bukit Mertajam and Malaysia for their support and co-operation in the last six decades in striving for the Malaysian Dream.
I have been thinking not only about Malaysia’s present position but also about the future, what Malaysia will be like when Malaysia marks its Centennial. I will not be around but we all have a responsibility about it, for we are all Malaysian patriots and want a better and successful Malaysia for our children and children’s children.
Will Malaysia become a Sri Lanka, Philippines and even a Lebanon?
In the last half a century, Malaysia nearly became a Tiger economy, but we took a wrong turn in our nation-building policies and we have lost out not only to the four Tiger economies of Taiwan, Singapore, South Kore and Hong Kong, we have been overtaken by Vietnam and in danger of being overtaken by other countries.
We stand the danger of becoming one of the most corrupt nations in Asia.
In the first list of the Transparency International (TI) annual Corruption Perception Index (CPI) in 1995, Malaysia was the least corrupt Organisation of Islamic State (OIC) nation, ranked No. 23 out 41 nations, while another OIC country, Indonesia, was the most corrupt – No. 41 out of 41 countries, even more corrupt than China, ranked No. 40.
Today, four OIC countries – UEA (ranked No. 24), Qatar (31) Brunei (35), Saudi Arabia (52) – have outranked Malaysia (62) and from the present corruption trajectory, we are likely lose out to China, India, Vietnam, Sri Lanka, Thailand, Indonesia and Philippines in TI CPI 2030
If we are to become a world-class great nation, we must return to the nation- building principles our founding fathers have agreed in the Malaysian Constitution – constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, good governance, respect for human rights and national unity from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious and multi-cultural diversity.
We have so lost our way in nation-building that we have now in the Cabinet Ministers who do not accept the basic nation-building principles in our Constitution and the Rukun Negara – whether it be the rule of law, separation of powers, good governance or Malaysia as a plural society;
Recently, a Malaysian Malay leader asked: “Could it be that after being given all sorts of crutches, the effect has been to make the Malays weak and insecure, and most noticeably, lacking in resilience? What has led to this lack of confidence? It seems that when the Malays were facing real challenges, such as fighting for independence, our resilience was so much stronger.
“As ease and comfort and quality of life improved, confidence and resilience abated. These observations call for sincere self-reflection – instead of picking fights with perceived enemies, we should look inwards and try to better ourselves instead of blaming all of our ills on others. We seem to be scared of our own shadows.”
He said the “choice is up to Malaysians” – nak duduk macam katak di bawah tempurung, to become a force to reckon within the context of the national agenda, Malaysia Baru, or to go down the path Malaysians are currently treading?
He asked: “Do we proclaim a narrative that is narrow, focused only on ourselves? Or will we pursue a truly National or Malaysian Narrative, in which we participate and play a very active role?
“The National Agenda is not a Malay agenda or a non-Malay agenda. It is a Malaysian Agenda that takes into consideration all Malaysians. That fights poverty and inequality without discrimination, respecting the Constitution.”
This is the challenge Malaysians are confronted with in the 15th General Election which must be held within a year, whether this year or next.
Malaysia needs to return to the basic nation-building principles in the Malaysian Constitution and the Rukun Negara if we are not to end up as a failed state.
(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at the retirement appreciation dinner organised by the Bukit Mertajam DAP Parliamentary Liaison Committee in Bukit Mertajam on Sunday, 29th May 2022)
Saya tidak akan berdebat dengan Najib yang sepatutnya sudah menghilangkan dirinya dari arena politik Malaysia selepas mengubah Malaysia menjadi sebuah kleptokrasi
Seorang bekas Perdana Menteri mahu saya untuk bersara sepenuhnya dari politik Malaysia selepas saya mengumumkan persaraan saya dalam Kongres DAP pada 20 Mac 2022.
Malangnya, saya terpaksa mengecewakan dia kerana saya hanyalah bersara dari politik kompetitif dan memilih untuk tidak bertanding untuk apa-apa jawatan di dalam atau di luar parti, termasuklah dalam mana-mana pilihan raya parlimen dan negeri, tetapi tidak mungkin untuk saya bersara sepenuhnya dari politik kerana politik memberikan kesan kepada setiap aspek kehidupan harian seseorang itu.
Ada dua juta orang rakyat Malaysia yang berusia di atas 65 tahun dan tiga juta rakyat Malaysia yang berusia di antara 55 ke 64 tahun, dan saya benar-benar percaya yang lima juta rakyat warga emas ini mempunyai peranan untuk menyokong golongan muda untuk merealisasikan Impian Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia.
Saya ingin berterima kasih kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, kerana menawarkan dirinya untuk menggantikan saya untuk berdekat dengan bekas Perdana Menteri tersebut.
Saya telah memilih untuk tidak terlibat dalam politik sebegini lagi tetapi apa yang lebih penting adalah, saya tidak akan berdebat dengan Najib Razak, kerana perkara yang terbaik yang dia boleh lakukan sekiranya dia benar-benar sayangkan Malaysia adalah untuk hilang terus dari arena politik Malaysia selepas membawa malu dan mencemarkan nama negara sebagai sebuah kleptokrasi semasa pemerintahannya sebelum ini.
Dia hanya akan membawa lebih banyak malu kepada nama negara dengan mengatakan yang dia bangga dengan kleptokrasi Malaysia di dunia.
Saya tidak berhasrat untuk memberikan apa-apa ruang kepada bekas Perdana Menteri ini yang hanya akan digunakan untuk meningkatkan kredibilti dan kepercayaan yang kononnya tidak ada salahnya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah kleptokrasi.
Saya ingin berterima kasih kepada penduduk di Bukit Mertajam dan rakyat Malaysia untuk sokongan dan kerjasama anda semua dalam enam dekad yang untuk berjuang demi Impian Malaysia.
Saya telah berfikir, bukan sahaja mengenai keadaan semasa Malaysia, tetapi juga mengenai masa hadapan, bagaimanakah rupa negara kita ini menjelang ulang tahun ke-100 kelak. Saya tidak akan ada lagi pada waktu itu, tetapi kita semua bertanggungjawab mengenai perkara ini, kerana kita semua adalah rakyat Malaysia yang patriotik dan mahukan sebuah Malaysia yang lebih baik dan lebih maju untuk anak-anak kita dan cucu-cucu kita.
Adakah Malaysia akan menjadi suatu lagi kisah seperti Sri Lanka, Filipina, atau Lubnan?
Dalam setengah dekad yang lepas, Malaysia hampir menjadi sebuah Harimau ekonomi, tetapi kita mengambil langkah yang salah dalam dasar-dasar pembangunan negara bangsa kita dan kini ditinggalkan bukan sahaja di belakang empat Harimau ekonomi Asia – Taiwan, Singapura, Korea Selatan, dan Hong Kong – dan juga ditinggalkan di belakang Vietnam dan kini berhadapan dengan risiko dipintas oleh negara-negara lain.
Kita berhadapan dengan risiko untuk menjadi negara yang paling korup di Asia.
Dalam penerbitan pertama Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) pada tahun 1995, Malaysia merupakan negara Pertubuhan Negara Islam (OIC) yang paling kurang korup, menduduki tempat ke-23 daripada 41 negara, manakala sebuah lagi negara OIC, Indonesia, adalah yang paling korup – di tempat ke-41 daripada 41 negara, malah lebih korup daripada China, yang menduduki tempat ke-40.
Hari ini, empat negara OIC – UAE (kedudukan ke-24), Qatar (31) Brunei (35), Arab Saudi (52) – telah mengatasi Malaysia (62) dan dari trajektori sedia ada, kita mungkin akan ditinggalkan di belakang China, India, Vietnam, Sri Lanka, Thailand, Indonesia dan Filipina dalam TI CPI 2030.
Sekiranya kita hendak kembali menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia, kita perlu kembali kepada prinsip pembinaan negara bangsa yang dipersetujui oleh bapa penubuhan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan – monarki berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, tadbir urus baik, hormat kepada hak asasi manusia dan perpaduan masyarakat majmuk pelbagai kaum, bahasa, agama dan budaya.
Kita telah sesat jauh dalam usaha pembangunan negara bangsa kita sehingga kita kini mempunyai Menteri Kabinet yang tidak menerima prinsip asas pembangunan negara bangsa yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara – baik kedaulatan undang-undang, pemisahan kuasa, tadbir urus yang baik, atau Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk.
Baru-baru ini, seorang pemimpin Melayu Malaysia bertanya: “Adakah selepas diberikan pelbagai tongkat, kesannya hanya menjadikan orang Melayu lemah dan tidak berkeyakinan dan yang paling ketara sekali, kurang berdaya tahan? Apakah perkara yang telah membawa kepada kekurangan keyakinan ini? Kelihatan seperti apabila orang Melayu berhadapan dengan cabaran yang nyata, seperti memperjuangkan kemerdekaan kita, ketahanan kita jauh lebih tinggi.
“Dengan peningkatan kesenangan, keselesaan, dan kualiti hidup, kelihatan seperti keyakinan dan ketahanan berkurang. Pemerhatian ini memerlukan kita untuk muhasabah diri – bukannya untuk bergaduh dengan mereka yang dianggap musuh, kita perlu melihat ke dalam dan cuba untuk menambah baik diri kita dan bukannya menyalahkan orang lain. Kita kelihatan seperti takut dengan bayang-bayang sendiri.”
Beliau katakan “pilihannya di tangan rakyat Malaysia” – nak duduk macam katak di bawah tempurung, atau untuk menjadi suatu kuasa yang dihormati dalam konteks agenda nasional, Malaysia Baru, atau untuk mengikut langkah yang sedia ada?
Beliau tanyakah: “Adakah kita mengumumkan suatu naratif yang sempit, yang hanya berkisar kepada diri kita? Atau kita kejar Naratif Nasional atau Naratif Malaysia, yang mana kita sertai dengan peranan yang aktif?
“Agenda Nasional ini bukanlah agenda Melayu atau agenda bukan-Melayu. Ia adalah Agenda Malaysia, yang mengambil kira kepentingan semua rakyat Malaysia. Agenda yang melawan kemiskinan dan ketidaksamaan tanpa diskriminasi, dengan menghormati Perlembagaan.”
Inilah cabaran yang dihadapi rakyat malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-15 yang perlu diadakan dalam masa setahun yang akan datang ini, sama ada tahun ini atau tahun hadapan.
Malaysia perlu kembali semula kepada prinsip asas pembinaan negara bangsa yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara sekiranya kita tidak mahu menjadi sebuah negara gagal.
(Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di majlis makan malam sempena persaraan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhubungan Parlimen DAP Bukit Mertajam pada hari Ahad, 29 Mei 2022)