Lim Kit Siang

There is tentative good news from the Philippines and Indonesia where the Omicron wave seems to have receded, with Philippines reporting less than 2.5% of its daily peak six weeks ago and Indonesia receding for two weeks to below 40% of its daily peak

There is tentative good news from the Philippines and Indonesia on the Covid-19 front where the Omicron wave seem to have receded, with Philippines reporting less than 2.5% of its daily peak six weeks ago and Indonesia receding for two weeks to below 40% of its daily Omicron peak of 64,718 new cases on 16th February 2022.

So far, the Omicron daily peak of 38,867 new cases on 15th January 2022 in the Philippines is 48.3% higher than its Delta daily peak of 26,208 cases on 11th September 2021 and the Indonesian daily peak of Omicron wave of 64,718 new cases on 16th February 2022 is 14% higher than its Delta peak of 56,757 new cases on 15th July 2021.

In Thailand, the Omicron peak on 26th February 2022 with 25,615 new cases is 9.4% higher as compared to the Delta daily peak on 13th August 2021 with 23,418 new Covid-19 cases.

If this trend holds, then Malaysia will join Thailand, Philippines and Indonesia where daily peak of new Covid-19 cases in the Omicron wave will not exceed 50% of the Delta wave daily peak, unlike the United Kingdom and the United States, where the daily peak of new Omicron cases is about thrice that of the Delta peak, or in South Korea where it is 20 times higher or in Hong Kong where it is 60 times higher than the Delta daily peak.

India is a country where the Omicron daily peak is lower than the Delta daily peak. India’s Delta daily peak was 414,433 cases on 6th May 2021 while its Omicron daily peak was on 20th January 2022 with 347,254 new Covid-19 cases. Yesterday, India reported a three-digit figure of 951 new Covid-19 cases, or 0.27 per cent of its Omicron daily peak.

The Philippines has lifted most COVID-19 restrictions in the capital Manila after a sharp drop in infections and a rising number of people vaccinated.

It comes weeks after the country reopened its borders to foreign tourists for the first time in two years and as campaigning for the May 9 national presidential elections cranks up.

Businesses, government agencies and public transport will be allowed to operate at full capacity as the metropolis of 13 million people is placed on the lowest alert level in the “new normal”.

Masks will still have to be worn in public, but will no longer be required during sport or exercise under the new rules, which also apply to another 38 areas of the country. Temperature checks for entering establishments will not be necessary and contact tracing efforts all but scrapped.

The Covid-19 developments in Malaysia in the next few days are therefore important as to what is possible in the next week.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 1st March 2022)


Adakah Najib tidak mempunyai sebarang rasa kesal kerana menyebabkan skandal berbillion ringgit 1MDB dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah kleptokrasi?

UMNO telah memaksa pilihan raya negeri Johor untuk diadakan pada 12 Mac 2022, bukan untuk melindungi nyawa dan punca pendapatan rakyat bagi membolehkan aktiviti kehidupan harian dan sektor ekonomi selepas dua tahun berhadapan dengan wabak membawa maut Covid-19, sebaliknya untuk memaksa Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan awal untuk membolehkan Najib Razak untuk kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 atau yang ke-11.

Motif para pemimpin UMNO ini jelas. Walaupun tidak ada mana-mana pun calon UMNO untuk PRN Johor ini datang daripada “kluster mahkamah”, jelas dapat dilihat yang “kluster mahkamah” inilah yang memimpin kempen kerana mereka mahukan PRU-15 diadakan lebih awal lagi supaya mereka semua dapat mengelakkan hukuman penjara kerana jenayah rasuah yang dilakukan mereka semasa mereka berada di dalam kerajaan.

Kerana inilah, Najib Razak, seorang lagi protagonis skandal 1MDB, sedang bersungguh-sungguh berkempen dalam PRN Johor untuk menyebarkan mesej “Apa Malunya BOSSku”, menyebarkan konsep tidak bermoral di mana para pemimpin politik tidak perlu mempunyai standard moral kejujuran, ketelusan, dan akauntabiliti.

Para pengundi di Johor perlu mengambil iktibar dengan apa yang sedang berlaku di New York dalam perbicaraan jenayah pegawai bank warga Malaysia Malaysia, Roger Ng, atas tuduhan rasuah dalam skandal 1MDB yang bernilai berbillion dollar.

Untuk sekian lamanya, saya telah tertanya-tanya mengapakah bintang-bintang utama telah hadir ke parti hari jadi ke-31 seorang lagi protagonis skandal 1MDB, Jho Low – parti yang digambarkan oleh Wall Street Journal sebagai “parti yang paling liar yang pernah disaksikan (Las) Vegas”.

Jawapannya diberikan dalam perbicaraan jenayah Roger Ng di New York minggu lalu.

Jho Low membelanjakan berjuta-juta ringgit dalam satu malam daripada dana 1MDB dengan mengadakan pesta ulang tahun ke-31 mewah yang dihadiri bintang utama – yang dibayar “caj selebriti” untuk hadir – Leonard DiCaprio (AS$250,000), Paris Hilton (AS$100,000), Megan Fox ($AS250,000) dan Kim Kardashian (AS$50,000).

Invois telah dikeluarkan untuk menunjukkan bahawa parti Jho Low di Las Vegas menelan kos AS$3.6 juta atau kira-kira RM10 juta dalam satu malam.

Sekiranya perbelanjaan ini datang daripada kekayaan Jho Low sendiri, ia akan menjadi perkara yang berbeza, tetapi dia membelanjakan dana 1MDB, yang perlu dibayar balik oleh rakyat Malaysia sekarang dan juga oleh generasi yang akan datang.

Roger Ng didakwa menyeleweng AS$35 juta dalam bentuk “sogokan rahsia”.

Sama ada Roger bersalah atau tidak, atau dia dijadikan kambing hitam seperti yang dikemukakan oleh peguamnya di mahkamah New York, hakikatnya tiada penafian sama sekali bahawa skandal 1MDB bukanlah khayalan semata-mata yang kononnya tidak pernah wujud. Malah, bekas Peguam Negara AS Jeff Sessions menyifatkannya sebagai “kleptokrasi yang paling teruk”.

Peguam Roger Ng telah mengakui bahawa skandal 1MDB adalah “mungkin satu-satunya rompakan terbesar dalam sejarah dunia” dan sebab itulah amat mengejutkan apabila protagonis seorang lagi dalam skandal 1MDB, Najib Razak, langsung tidak menunjukkan rasa kesal dengan perkara ini, sebaliknya terus berkempen dalam PRN Johor untuk membuka jalan untuk beliau kembali sebagai Perdana Menteri ke-10 atau ke-11 dalam PRU15.

Adakah Najib tidak mempunyai sebarang rasa kesal kerana menyebabkan skandal berbillion ringgit 1MDB dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah kleptokrasi?

Buat pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya Malaysia selama 65 tahun, kita mengadakan pilihan raya di mana sebuah parti politik utama mengangkat sifat “tidak tahu malu” sebagai satu nilai moral, di mana pemimpin politiknya tidak perlu mempunyai standard moral atau rasa bersalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kleptokrasi, di mana pemimpin politik tidak dapat membezakan antara yang betul dan salah, dan membezakan antara rasuah dan salah guna kuasa dan apa yang bukan.

Adakah ini akan menjadi nasib Malaysia – jauh daripada menjadi negara hebat bertaraf dunia tetapi ditakdirkan untuk menjadi kleptokrasi, kakistokrasi dan negara gagal?

Inilah intipati pilihan raya umum negeri Johor pada 12 Mac.

Saya percaya bahawa semua tamadun dan agama besar di dunia mahu pemimpin mereka, malah rakyat mereka. untuk mempunyai standard moral dan boleh membezakan antara yang benar dan salah – mempunyai perasaan malu apabila mereka kehilangan kompas moral mereka – dan bukan untuk berakhir sebagai sebuah masyarakat di mana pemimpin politik tidak mempunyai rasa malu terhadap rasuah dan salah guna kuasa mereka.

(Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang dalam ceramah di Mengkibol, Kluang, pada hari Ahad, 27 Februari 2022)

Exit mobile version