DAP

My first 81st birthday wish is for people of Johore representing Malaysians to tell the world on March 12 that Malaysians are capable of differentiating between right and wrong, what is corruption and abuses of power and what is not

By Kit

February 21, 2022

(Versi BM)

I thank all Malaysians who send me greetings on my 81st birthday yesterday.

I have two 81st birthday wishes.

My first wish is for the people of Johore, representing Malaysians, to tell the world on March 12 that Malaysians are capable of differentiating between what is right and wrong, what is corruption and abuses of power and what is not.

The DAP and I have been accused of many fake and false things. The latest false accusation is that MUDA is the creation of DAP aimed at baiting Malay youths.

The DAP has also been accused of setting up Amanah.

These false accusations are like the false accusations of the then UMNO President who told the 2015 UMNO General Assembly that the DAP was anti-Malay and anti-Islam.

Although I was born, bred and schooled in Batu Pahat, there were allegations that I came from China when I was eighteen years old and there were also allegations that I was related to Chin Peng and Lee Kuan Yew, although they never explained how this could be so as Chin Peng is a Hockchia, Kuan Yew a Hakka and I a Hokkien.

I am now waiting for more idiotic accusations in the same vein – like instructing the PAS President Abdul Hadi Awang to support Bersatu and Perikatan Nasional and to oppose UMNO despite Muafakat Nasional.

In my 55 years in Malaysian politics, I have been demonised from one end of the spectrum to the other end.

I have been accused of being anti-Malay and anti-Islam on one hand accused of being anti-Chinese over the Jawi issue.

I am not anti-Malay or anti-Islam. No one can be a Malaysian leader if he or she is anti any race and religion in Malaysia, for he or she must be committed to Malaysia as a multi-racial, multi-lingual, multi-religious and multi-cultural Malaysia.

Malaysia must be Truly Asia, not just to draw the tourists, but as an ineluctable fact of Malaysian life.

I have never changed my stand on the Jawi issue. I have always opposed the compulsory learning of Jawi but support the optional right of Malaysians to learn Jawi. In fact, I learnt Jawi in 1969 when I was first detained under the Internal Security Act for 17 months in the Muar detention centre.

My second 81st birthday wish is that Malaysia is capable of rising from the disappointments of our high hopes in the 14th General Election to continue the mission to unite Malaysia into a world-class great nation to fulfil Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman’s aspiration for Malaysia to be a “beacon of light to a difficult and distracted world” despite half-a-century of national decline, losing out to one nation after another – Taiwan, South Korea, Singapore and Vietnam.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 21st February 2022)

Harapan pertama ulang tahun yang ke-81 saya adalah agar rakyat Johor akan mewakili Malaysia untuk memberitahu dunia pada 12 Mac bahawa rakyat Malaysia mampu membezakan antara perkara yang betul dan salah dan membezakan di antara rasuah dan salah guna kuasa dan perkara yang bukan

Saya berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menghantar ucapan pada hari lahir saya yang ke-81 semalam.

Saya mempunyai dua harapan sempena ulang tahun saya yang ke-81.

Harapan pertama ulang tahun yang ke-81 saya adalah agar rakyat Johor akan mewakili Malaysia untuk memberitahu dunia pada 12 Mac bahawa rakyat Malaysia mampu membezakan antara perkara yang betul dan salah dan membezakan di antara rasuah dan salah guna kuasa dan perkara yang bukan.

Saya dan DAP telah dituduh melakukan banyak perkara palsu dan palsu. Tuduhan palsu terbaru ialah MUDA adalah ciptaan DAP bertujuan untuk mengumpan anak muda Melayu.

DAP juga telah dituduh menubuhkan Amanah.

Tuduhan palsu ini adalah seperti tuduhan palsu Presiden UMNO suatu masa dahulu yang mengatakan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015 bahawa kononnya DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam.

Walaupun saya dilahirkan, dibesarkan dan bersekolah di Batu Pahat, ada dakwaan mengatakan saya datang dari China ketika saya berumur lapan belas tahun dan ada juga dakwaan yang menfitnah saya kononnya ada kaitan dengan Chin Peng dan Lee Kuan Yew, walaupun mereka tidak pernah menjelaskan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana Chin Peng adalah seorang Hockchia, Kuan Yew adalah seorang Hakka dan saya adalah seorang Hokkien.

Saya kini menunggu lebih banyak tuduhan bodoh dalam nada yang sama – seperti tuduhan kononnya mengarahkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk menyokong Bersatu dan Perikatan Nasional dan untuk menentang UMNO walaupun adanya Muafakat Nasional.

Dalam 55 tahun saya dalam politik Malaysia, saya telah difitnah dari satu hujung spektrum ke hujung yang lain.

Saya telah dituduh sebagai anti-Melayu dan anti-Islam manakala di satu pihak dituduh anti-Cina dalam isu Jawi.

Saya bukan anti-Melayu atau anti-Islam. Tiada siapa yang boleh menjadi pemimpin Malaysia jika dia anti mana-mana kaum dan agama di Malaysia, tetapi mereka perlu komited kepada idea Malaysia sebagai negara yang berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya.

Malaysia mesti benar-benar Asia, bukan hanya untuk menarik pelancong, tetapi sebagai fakta yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan Malaysia.

Saya tidak pernah mengubah pendirian saya dalam isu Jawi. Saya sentiasa menentang pembelajaran wajib Jawi tetapi menyokong hak pilihan rakyat Malaysia untuk mempelajari Jawi. Malah, saya belajar Jawi pada 1969 ketika pertama kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 17 bulan di pusat tahanan Muar.

Harapan kedua sempena ulang tahun saya yang ke-81 ialah supaya Malaysia mampu bangkit daripada kekecewaan harapan tinggi kita pada Pilihan Raya Umum ke-14 untuk meneruskan misi menyatukan Malaysia menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia bagi memenuhi aspirasi Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman untuk Malaysia menjadi “suar cahaya kepada dunia yang sukar dan terganggu” walaupun negara kita telah mengalami kemerosotan selama setengah abad, kalah kepada satu demi satu negara – daripada Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan kini Vietnam.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP untuk Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 21 Februari 2022)