Lim Kit Siang

Height of irresponsibility of UMNO “court cluster” to force general election in Johore when for the last two weeks, Johor had the highest number of Covid-19 cases and deaths in all states of Malaysia

(Versi BM)

It is the height of irresponsibility of the UMNO “court cluster” to force general election in Johore when for the last two weeks, Johore had the highest number of Covid-19 cases and deaths in all the states of Malaysia.

The UMNO “court cluster” want the Johore state general election to be a rehearsal of the 15th General Election which, they hope, will restore UMNO political hegemony with the return of UMNO hegemon/kleptocrats to power – and possibly a convicted criminal of corruption as the 10th Prime Minister of Malaysia.

If this political scenario eventuates, Malaysians will have to deny that they are Malaysians when travelling abroad or they will the butt of international mockery and odium.

The denials of spokesmen of the UMNO “court cluster” that the Johore state general election had anything to do with them are weak and unconvincing, for the “Ministers Cluster” in UMNO will have no say whatsoever to determine the slate of UMNO candidates for the Johore state general election.

A good test as to whether the Johore general election is triggered by the “Court Cluster” in UMNO is whether UMNO is prepared to elevate the issue of the war against corruption as one of the top issues in the Johore polls.

Bersatu President Muhyiddin Yassin’s revelation that the UMNO “court cluster’ had wanted him when he was Prime Minister to intervene in their court cases is most shocking as it showed that the top UMNO leaders do not uphold the principles entrenched in the Malaysian Constitution and the Rukun Negara such as the rule of law and the doctrine of separation of powers among the Executive, Parliament and the Judiciary.

It is clear that the UMNO “Court Cluster” have deviated far from the UMNO principles of the first four UMNO Presidents – Onn Jaffar, Tunku Abdul Rahman, Razak and Hussein Onn.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 24th January 2022)


Amat tidak bertanggungjawab untuk “kluster mahkamah” UMNO memaksa diadakan pilihan raya negeri Johor tanpa mengambil kira bahawa negeri itu mencatatkan jumlah kes dan kematian Covid-19 tertinggi di Malaysia sejak dua minggu lepas

Amatlah tidak bertanggungjawab untuk “kluster mahkamah” UMNO memaksa diadakan pilihan raya negeri Johor tanpa mengambil kira bahawa negeri tersebut mencatatkan jumlah kes dan kematian Covid-19 tertinggi di Malaysia sejak dua minggu lepas.

“Kluster mahkamah” UMNO mahu pilihan raya negeri Johor menjadi pemanas badan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang diharapkan mereka akan memulihkan hegemoni politik UMNO dengan kembalinya hegemon/kleptokrat UMNO – dan mungkin seorang penjenayah rasuah yang telah disabitkan bersalah oleh mahkamah bakal ditabalkan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Jika senario politik ini berlaku, rakyat Malaysia perlu menafikan bahawa mereka adalah rakyat Malaysia apabila melancong ke luar negara atau mereka akan menjadi bahan ejekan dan cemuhan masyarakat antarabangsa.

Penafian jurucakap “kluster mahkamah” UMNO bahawa pilihan raya umum negeri Johor ada kaitan dengan mereka adalah alasan yang lemah dan tidak meyakinkan, kerana “Kluster Menteri” dalam UMNO tidak akan mempunyai kuasa untuk menentukan senarai calon UMNO untuk parti itu dalam Pilihan raya umum Johor kali ini.

Ujian yang baik untuk menentukan sama ada pilihan raya negeri Johor dicetuskan oleh “Kluster Mahkamah” dalam UMNO atau tidak adalah dengan melihat sama ada UMNO bersedia untuk mengangkat isu perang menentang rasuah sebagai salah satu isu utama dalam pilihan raya negeri Johor.

Pendedahan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin bahawa “kluster mahkamah” UMNO mahu beliau – ketika menjadi Perdana Menteri – campur tangan dalam kes mahkamah adalah pendedahan yang amat mengejutkan kerana ia menunjukkan bahawa pemimpin tertinggi UMNO tidak menjunjung prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara seperti kedaulatan undang-undang dan doktrin pengasingan kuasa dalam kalangan Eksekutif, Parlimen dan Badan Kehakiman.

Jelas sekali bahawa “Kluster Mahkamah” UMNO telah jauh menyimpang daripada prinsip UMNO yang dipegang erat empat Presiden UMNO yang pertama – Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Razak dan Hussein Onn

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP untuk Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 24 Januari 2022)

Exit mobile version