Selangor

Noh Omar should not only be removed as Chairman of Selangor National Security Council (NSC), he should be sacked for his abysmal performance in the massive Selangor floods

By Kit

December 22, 2021

(Versi BM)

Noh Omar should not only be removed as Chairman of Selangor National Security Council (NSC), he should be sacked as the Entrepreneur and Co-operative Development Minister for his abysmal performance in the massive Selangor floods.

How could Noh get 90% for his first 100-day performance as Minister when all he deserved was -90% for his performance as Selangor NSC Chairman in his abysmal handling of the massive Selangor floods.

It is poetic justice that Noh was giving a roasting when he visited a relief shelter in Ulu Langat yesterday when a flood victim gave him an earful over her harrowing experience and the government’s slow response in rescuing victims trapped by the deadly disaster.

Noh’s irresponsibility and negligence was highlighted by the Selangor Mentri Besar, Amirudin Shari, who said if he had been Selangor NSC chief, he would have called in the military and the army to help manage the massive floods.

The National Security Council is under the Prime Minister’s Department, and in November the chairmanship for Selangor was handed over to a federal minister – the Minister for Entrepreneur and Co-operative Development, Noh Omar.

Did Noh Omar convened any Selangor NSC meeting before the massive floods in Selangor last weekend?

Amirudin was only reinstated as chairman of the Selangor NSC yesterday.

Another branch of government that was grossly remiss was Dewan Rakyat itself which refused to have special debate on the massive floods in Selangor and Pahang which have so far claimed 27 lives, and more deaths are expected.

Although the DAP MP for Bagan, Lim Guan Eng, asked for a Minister to give an explanation on the measures take on the issue, no such Minister was forthcoming and the Speaker, Azhar Azizan Harun, refused to allow a debate on the ground that it was against the Standing orders.

As a result, we not only have a “D Class” Minister, we have a “D Class” Cabinet and a “D Class” Parliament.

I fully agree with the call by the parliamentary opposition leader, Anwar Ibrahim, for a Royal Commission of Inquiry into the disastrous management of the massive floods in Selangor and Pahang, both before and post-floods, as well as for a parliamentary committee on the government’s tardy response to the massive floods.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Wednesday 22nd December 2021)

Noh Omar bukan sahaja perlu disingkirkan daripada jawatan sebagai Pengerusi MKN Selangor tetapi beliau juga perlu dipecat kerana prestasi buruknya dalam mengendalikan bencana banjir besar di Selangor

Noh Omar bukan sahaja perlu disingkirkan daripada jawatannya sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, beliau juga perlu dipecat daripada jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi kerana prestasi buruknya dalam mengendalikan bencana banjir besar di Selangor.

Bagaimana Noh boleh mendapat markah 90% untuk prestasi 100 hari pertamanya sebagai Menteri sedangkan apa yang beliau layak terima hanyalah -90% untuk prestasinya sebagai Pengerusi MKN Selangor dengan pengurusan buruknya dalam bencana banjir besar di Selangor.

Memang layaklah beliau dihentam teruk semasa melawat pusat pemindahan di Selangor oleh seorang mangsa banjir mengenai pengalaman mengerikan beliau dalam berhadapan dengan bencana banjir ini dengan respons dari pihak kerajaan yang lambat dalam menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Sikap tidak bertanggungjawab dan kecuaian Noh ditonjolkan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, yang berkata jika beliau menjadi ketua MKN Selangor, beliau akan memanggil tentera dan tentera untuk membantu menguruskan banjir besar itu.

Majlis Keselamatan Negara berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, dan pada November jawatan Pengerusi MKN Selangor diserahkan kepada menteri persekutuan – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noh Omar.

Adakah Noh Omar mengadakan sebarang mesyuarat MKN Selangor sebelum banjir besar di Selangor hujung minggu lalu?

Amirudin hanya dilantik semula sebagai pengerusi MKN Selangor semalam.

Satu lagi cabang kerajaan yang sangat lalai ialah Dewan Rakyat sendiri yang enggan mengadakan perbahasan khas mengenai banjir besar di Selangor dan Pahang yang setakat ini telah meragut 27 nyawa dengan lebih banyak kematian dijangkakan.

Walaupun ahli parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng, meminta seorang Menteri memberi penjelasan mengenai langkah-langkah yang diambil dalam isu itu, tiada Menteri yang menjawab dan Speaker, Azhar Azizan Harun, enggan membenarkan perbahasan atas alasan ia bertentangan dengan Aturan Urusan Mesyuarat.

Akibatnya, kita bukan sahaja mempunyai Menteri “Kelas D”, kita mempunyai Kabinet “Kelas D” dan Parlimen “Kelas D”.

Saya bersetuju sepenuhnya dengan gesaan ketua pembangkang parlimen, Anwar Ibrahim, supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pengurusan bencana banjir besar di Selangor dan Pahang, sebelum dan selepas banjir diadakan, berserta dengan jawatankuasa khas parlimen mengenai tindak balas lambat kerajaan terhadap bencana banjir besar ini.

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Rabu 22hb Disember 2021)