Lim Kit Siang

Karim said those seeking independence for Sarawak can’t be blamed but he does not realise that the widespread unhappiness of Sarawakians is caused by the failure of the Sarawak government leaders 45 years ago

(Versi BM)

Recently, a GPS Minister, Abdul Kafim Rahman Hamzah, a vice president of Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (a mainstay of GPS) said that the people who seek independence for Sarawak cannot be blamed for such sentiments, in view of the record of lot state rights but he did not realise that the widespread unhappiness of Sarawakians is caused by the failure of the Sarawak government leaders 45 years ago.

This is why I am interrupting my campaigning for DAP and Pakatan Harapan candidates in the Sarawak state general election and returning to Kuala Lumpur tomorrow as Parliament will be debating and voting the 2021 Constitution Amendment Bill to undo 45 years of injustice to Sarawak (and Sabah) caused by the 1976 Constitution Amendment Bill which was passed by Parliament on 13th July 1976 by 130 votes in support and nine votes in opposition.

All the leaders of Sarawak Barisan Nasional (the predecessors of GPS) voted in support of the 1976 Constitution Amendment bill which reduced Sarawak (and Sabah) from one of the three territories together with Malaya to form Malaysia to one of the 13 states of Malaysia.

The nine Opposition votes all came from the DAP MPs at the time.

This event proved that the DAP was right and ahead of the times, and was more protective of the rights and interests of Sarawak than the Sarawak government leaders, as those who voted in support of the 1976 Constitution Amendment Bill were Sarawak government leaders like Abdul Rahman Yaacob Taib Mahmud, Ong Kee Hui, Stephen Yong, Edmund Langgu, Patrick Uren and Luhat Wan.

Abdul Karim said Sarawakians, in general, were proud to be Malaysians and appreciate their forefathers’ move in leading the state to join Malaya, Sabah and Singapore to form Malaysia in 1963.

He said: “But at the time, there were certain things that were very close to us, certain rights which we negotiated for, that throughout the years, have slowly diminished.”

Such rights included oil and gas royalties, the state’s entitlement to one-third of parliamentary seats, and rights over matters such as tourism that were not included in the list of matters under federal purview.

Karim said that regardless of whether there was malice by any party over the erosion of Sarawak’s rights, the reality was that certain leaders in the past had done things that were “not right”, and this was why the state was now pushing for the return of the rights.

He said the unequal development between West Malaysia and East Malaysia was a sore point for many, especially those who have seen the advanced stage of development in the Peninsula.

The 1976 Constitution Amendment Bill, which all the Sarawak government leaders supported resulting in 130 votes in agreement but which the DAP opposed with our nine votes, is the original cause for the unequal development between West Malaysia and East Malaysia.

I agree with Abdul Karim that Sarawakians have a right to demand equitable sharing of resources so that Malaysia and all states of Malaysia develop together.

There is nothing wrong for Sarawak to demand that its rights to development be returned, but the people must realise that the unhappiness of Sarawakians from 1976 to 2018 was due to the failures and negligence of the federal as well as the Sarawak government leaders.

In 2019, the Pakatan Harapan Government tried to undo the injustices of unequal development between West Malaysia and Sarawak caused by the 1976 Constitution Amendment and restore to Sarawak and Sabah the status of two of three regions together Malaya which formed Malaysia and not two of the 13 Malaysian states but this was move was defeated by the opposition of the GPS Members of Parliament who did not support it. Otherwise, this process of restoration of the development rights of Sarawak would have started from 2019 and not more than two years later from tomorrow.

We have wasted more than two years and we should not waste any more time, and that is why I rushing back to KL tomorrow to ensure that there is two-thirds parliamentary majority which is necessary for the 2021 Constitution Amendment Bill to be passed.

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at a dinner of DAP activists in Sibu on Monday, 13th December 2021 at 7 pm)


Karim berkata mereka yang menuntut kemerdekaan untuk Sarawak tidak boleh dipersalahkan tetapi beliau tidak menyedari bahawa rasa tidak senang rakyat Sarawak adalah disebabkan oleh kegagalan pemimpin kerajaan Sarawak sejak 45 tahun lalu

Baru-baru ini, seorang Menteri GPS, Abdul Karim Rahman Hamzah, naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (tunjang utama GPS) berkata bahawa rakyat yang menuntut kemerdekaan untuk Sarawak tidak boleh dipersalahkan untuk sentimen sedemikian, memandangkan Sarawak mempunyai haknya yang tersendiri, tetapi beliau tidak menyedari bahawa rasa tidak senang rakyat Sarawak berpunca daripada kegagalan pemimpin kerajaan Sarawak sejak 45 tahun lalu.

Itulah sebabnya saya menangguhkan kempen saya untuk calon DAP dan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum negeri Sarawak dan kembali ke Kuala Lumpur esok kerana Parlimen akan membahaskan dan mengundi Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 untuk menamatkan 45 tahun ketidakadilan terhadap Sarawak (dan Sabah) disebabkan oleh Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1976 yang diluluskan oleh Parlimen pada 13 Julai 1976 dengan 130 undi menyokong dan sembilan undi menolak.

Semua pemimpin Barisan Nasional Sarawak (pendahulu GPS) mengundi menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1976 yang mengurangkan status Sarawak (dan Sabah) sebagai satu daripada tiga wilayah bersama-sama dengan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia kepada satu daripada 13 negeri di Malaysia.

Sembilan undi Pembangkang semuanya datang daripada Ahli Parlimen DAP ketika itu.

Peristiwa ini membuktikan bahawa DAP adalah benar dan mendahului zaman, dan lebih menjaga hak dan kepentingan Sarawak berbanding pemimpin kerajaan Sarawak, kerana mereka yang mengundi menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1976 adalah pemimpin kerajaan Sarawak seperti Abdul Rahman Yaacob, Taib Mahmud, Ong Kee Hui, Stephen Yong, Edmund Langgu, Patrick Uren dan Luhat Wan.

Abdul Karim berkata rakyat Sarawak secara amnya berbangga menjadi rakyat Malaysia dan menghargai langkah nenek moyang mereka memimpin negeri itu menyertai Malaya, Sabah dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada 1963.

Beliau berkata: “Tetapi pada masa itu, ada perkara-perkara tertentu yang sangat dekat dengan kami, hak-hak tertentu yang kami rundingkan, yang sepanjang tahun, perlahan-lahan berkurangan.”

Hak tersebut termasuk royalti minyak dan gas, kelayakan Sarawak kepada satu pertiga daripada kerusi parlimen, dan hak ke atas perkara seperti pelancongan yang tidak termasuk dalam senarai perkara di bawah bidang kuasa persekutuan.

Karim berkata tanpa mengira sama ada terdapat niat jahat oleh mana-mana pihak terhadap penghakisan hak Sarawak, realitinya adalah pemimpin tertentu pada masa lalu telah melakukan perkara yang “tidak betul”, dan inilah sebabnya negeri itu kini mendesak untuk mengembalikan hak tersebut.

Beliau berkata pembangunan yang tidak sama rata antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur menimbulkan kekecewaan banyak pihak terutama mereka yang telah melihat tahap pembangunan yang maju di Semenanjung.

Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1976, yang disokong oleh semua pemimpin kerajaan Sarawak menghasilkan 130 undi bersetuju tetapi ditentang DAP dengan sembilan undi kami, adalah punca asal pembangunan yang tidak sama rata antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur.

Saya bersetuju dengan Abdul Karim bahawa rakyat Sarawak mempunyai hak untuk menuntut perkongsian sumber yang saksama supaya Malaysia dan semua negeri di Malaysia membangun bersama.

Tidak salah bagi Sarawak untuk menuntut hak pembangunannya dikembalikan, tetapi rakyat harus sedar bahawa rasa tidak senang rakyat Sarawak dari 1976 hingga 2018 adalah berpunca daripada kegagalan dan kecuaian kerajaan persekutuan serta pemimpin kerajaan Sarawak.

Pada tahun 2019, Kerajaan Pakatan Harapan cuba untuk membatalkan ketidakadilan pembangunan yang tidak sama rata antara Malaysia Barat dan Sarawak yang disebabkan oleh Pindaan Perlembagaan 1976 dan mengembalikan kepada Sarawak dan Sabah status dua daripada tiga wilayah bersama Tanah Melayu yang membentuk Malaysia dan bukan sekadar dilihat sebagai dua daripada 13 negeri di Malaysia tetapi langkah ini telah digagalkan oleh pembangkang yang terdiri daripada Ahli Parlimen GPS yang tidak menyokongnya. Jika tidak, proses pemulihan hak pembangunan Sarawak ini akan bermula dari 2019 dan tidak lebih dua tahun kemudian mulai esok.

Kita telah membazir lebih daripada dua tahun dan kita tidak perlu membuang masa lagi, dan itulah sebabnya saya bergegas pulang ke KL esok untuk memastikan terdapat dua pertiga majoriti parlimen yang diperlukan untuk Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 diluluskan.

(Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada majlis makan malam aktivis DAP di Sibu pada hari Isnin, 13 Disember 2021 jam 7 malam)

Exit mobile version