Lim Kit Siang

Najib thought he has found a way to stop public discussion of two issues: the possibility of his return as the 10th Prime Minister of Malaysia in the 15GE and his brother Nazir’s proposal of a reset of national policies and institutions

(Versi BM)

Former Prime Minister Najib Razak thought he has found a way to stop public discussion of two issues: the possibility of his return as the 10th Prime Minister of Malaysia in the 15th General Election and his brother Nazir’s proposal for a reset of national policies and institutions.

But he cannot be more wrong when he thought he could achieve these two objectives when he tried to caricature me as being too obsessed with him.

Firstly, let me declare that Najib personally is not important, but it is in the interests of all Malaysians who want a clean and honest government to ensure that he does not return as the 10th Prime Minister of Malaysia in the 15th General Election, for it would mean the return of the days when Malaysia was associated with “kleptocracy at its worst”.

Secondly, while we can agree or disagree with the question of modus operandi, Malaysians must welcome Nazir’s call for a reset of national policies and institutions as it is precisely because of the failure to reset national policies and institutions that one country after another had overtaken Malaysia, whether in international competitiveness, good governance or in having an effective and efficient government.

The 22-month Covid-19 pandemic should serve as a further warning that unless Malaysia pull itself up by its bootstraps, we will not only be losing out to Taiwan, South Korea, Singapore and Vietnam, we will be losing out to more countries, even to Indonesia, in the coming decades.

This is evident from the fact that yesterday, Malaysia recorded 4,879 Covid-19 cases and 55 Covid-19 deaths, as compared to Indonesia’s 297 Covid-19 cases and 11 Covid-19 deaths. In the last ten days, Malaysia recorded 51,335 Covid-19 cases and 448 Covid-19 deaths as compared to Indonesia’s 3,311 Covid-19 cases and 102 Covid-19 deaths.

Are we condemned to lose out to Indonesia, India and China and must give up our Malaysian Dream for Malaysia to be a world-class great nation?

I expect Najib to use all sorts of stratagems through his cybertroopers in the online and mainstream printed media to distract public attention from these two issues, but for the sake of the nation and that of our children and children’s children, we must not allow such diversions and distractions to succeed.

We must soldier on with a “Malaysian First” mindset and mentality to achieve our Malaysian Dream for Malaysia to be a world-class great nation, even if takes one, two or more decades but before Malaysia’s Centennial in 2057 to achieve our objective!

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, December 1, 2021)


Najib ingat dia telah menjumpai cara untuk menghentikan wacana awam mengenai dua isu: kemungkinan kedatangan semula beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 dalam PRU15 dan juga cadangan adiknya, Nazir, untuk menetapkan semula dasar dan institusi negara

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak, ingat dia telah menjumpai cara untuk menghentikan wacana awam mengenai dua isu: kemungkinan kedatangan semula beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 dalam PRU15 dan juga cadangan adiknya, Nazir, untuk menetapkan semula dasar dan institusi negara.

Tetapi dia telah tersasar jauh sekali apabila dia memikirkan yang dia boleh mencapai dua matlamat ini dengan cuba mengejek saya sebagai terlalu obses dengannya.

Pertamanya, izinkan saya untuk jelaskan di sini, Najib itu sendiri tidaklah penting pun. Tetapi, menjadi tanggungjawab dan keutamaan untuk semua rakyat Malaysia yang mahukan kerajaan yang bersih dan telus untuk memastikan beliau tidak kembali sebagai Perdana Menteri ke-10 dalam Pilihan Raya Umum ke-15, kerana jika perkara ini berlaku, ia bermakna negara kita akan kembali ke era di mana kita dikenali sebagai “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk”.

Keduanya, walaupun kita mungkin bersetuju atau tidak bersetuju dengan cara dan bentuk cadangannya, rakyat Malaysia perlu menyambut baik seruan Nazir untuk menetapkan semula dasar-dasar dan institusi negara kerana kegagalan berbuat sebeginilah yang menyaksikan satu demi satu negara terus meninggalkan kita di belakang, sama ada dari segi daya saing di arena antarabangsa, tadbir urus yang baik, atau dalam mempunyai kerajaan yang efektif dan berkesan.

Wabak Covid-19 selama 22 bulan perlu menjadi satu lagi amaran kepada kita semua, yang mana melainkan kita sendiri cuba untuk mengubah nasib kita, kita bukan sahaja akan kalah dengan Taiwan, Korea Selatan, Singapura, dan Vietnam, tetapi kita juga akan kalah dengan lebih banyak negara, termasuklah Indonesia dalam dekad-dekad yang akan datang.

Perkara ini dapat dilihat jelas semalam, di mana kita mencatatkan 4,879 kes baharu dan 55 kematian akibat Covid-19, berbanding dengan 297 kes dan 11 kematian akibat Covid-19 di Indonesia. Dalam sepuluh hari yang lepas, Malaysia mencatatkan 51,335 kes baharu dan 448 kematian akibat Covid-19, berbanding dengan 3,311 kes dan 102 kematian akibat Covid-19 di Indonesia.

Adakah kita ini telah dikenakan sumpahan untuk kalah dengan Indonesia, India, dan China dan terpaksa melupakan Impian Malaysia untuk negara kita menjadi negara hebat yang bertaraf dunia?

Saya jangkakan yang Najib akan menggunakan pelbagai helah dengan tentera sibernya dalam media atas talian dan media cetak arus perdana untuk terus mengalihkan perhatian daripada kedua isu ini, tetapi demi masa hadapan negara kita dan anak serta cucu kita, kita tidak boleh biarkan helah sebegini untuk berjaya.

Kita perlu terus bergerak dengan pemikiran Utamakan Malaysia untuk mencapai Impian Malaysia di mana Malaysia menjadi negara hebat yang bertaraf dunia, walaupun sekiranya perjalanan untuk mencapai cita-cita ini mengambil masa satu atau dua dekad atau lebih lagi, asalkan sebelum kita menyambut ulang tahun ke-100 negara kita pada tahun 2057!

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 1 Disember 2021)

Exit mobile version