Lim Kit Siang

Let Malacca general election be the start of a new journey for Malaysia to become a world-class great nation by 2050

(Versi BM)

We are now close to the finishing line for the Malacca general election on Saturday, November 20, 2021.

There are only four days left before Malacca voters cast their vote in a general election they do not want, but which will have a far-reaching effect on the future of Malaysia – determining whether the Malaysian Dream could be realised in 2050 to become a world-class great nation, instead of continuing to lose out to one nation after another like in the past half-a-century.

The Covid-19 pandemic is a forewarning that if Malacca and Malaysia continue in their present straits, even Indonesia will overtake Malaysia in per capita GDP, national competitiveness or in global success as a modern, united and plural nation.

Indonesia has more than eight times the population of Malaysia, but for 94 consecutive days since 18th August, Malaysia has been having more daily new Covid-19 cases than Indonesia. Even more worrying is that for 42 consecutive days, Malaysia had been having more daily Covid-19 deaths than Indonesia.

This would mean that on Ismail Sabri’s First Hundred Days as the ninth Prime Minister on Nov. 29, it is unlikely to reverse the Covid-19 pandemic data for daily new Covid-19 cases and daily Covid-19 deaths for the two countries.

It would also mean that in the First Hundred Days of Khairy Jamaluddin as the new Health Minister on Dec. 7, this trend in the favour of Indonesia would continue.

Is this a premonition that the respective stocks of Malaysia and Indonesia are being reversed, where it is Malaysia who will in the next few decades be sending their sons and daughters to Indonesia to be workers and maids than the other way round for the last half a century?

If so, then let the Malacca general election be a wake-up call not only for Malacca but for Malaysia – to save Malaysia from this man-made disaster and to forge ahead with the Malaysian Dream to make Malaysia a world-class great nation by 2050.

I will not be around in 2050, but Malaysians regardless of race, religion or region, must strive to achieve this Malaysian Dream in 2050.

Let the Malacca general election on Nov. 20 be the start of this long journey towards Malaysia becoming a world-class great nation in 2050, worthy of Malacca’s pre-eminence in world civilisation 500 years ago.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 16th November 2021)


Jadikan pilihan raya negeri Melaka sebagai permulaan perjalanan baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia menjelang tahun 2050

Pilihan raya negeri Melaka semakin menghampiri garis penamatnya yang akan datang pada hari Sabtu 20 November 2021 ini.

Empat hari lagi sebelum pengundi Melaka memilih dalam pilihan raya yang tidak dipinta mereka, tetapi mampu memberikan impak yang meluas terhadap masa depan Malaysia — menentukan sama ada Impian Malaysia mampu direalisasikan pada 2050 untuk menjadi negara hebat bertaraf dunia, dan tidak terus-menerus tewas kepada negara-negara lain seperti yang berlaku sepanjang tempoh setengah abad yang lalu.

Wabak Covid-19 adalah semacam amaran bahawa jika Melaka dan Malaysia terus dibuai dengan keselesaan, Indonesia bakal memintas Malaysia dari segi KDNK per kapita, daya saing nasional atau dalam kejayaan global sebagai negara moden, bersatu dan majmuk.

Indonesia mempunyai jumlah penduduk lapan kali ganda berbanding Malaysia, tetapi untuk 94 hari berturut-turut sejak 18 Ogos, Malaysia merekodkan jumlah kes harian Covid-19 yang lebih tinggi berbanding Indonesia. Lebih membimbangkan, untuk 42 hari berturut-turut, Malaysia merekodkan jumlah korban Covid-19 yang lebih tinggi berbanding Indonesia.

Ini bermakna pada hari ke-100 Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri ke-9 pada 29 November, kemungkinan untuk Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding Indonesia dalam jumlah jangkitan dan korban akibat Covid-19 amatlah tipis.

Ini juga bermakna, 100 hari pertama Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan baharu pada 7 Disember, trend yang menunjukkan Indonesia memintas Malaysia akan terus berlaku.

Adakah ini memberikan suatu firasat yang buruk, di mana takdir Malaysia dan Indonesia bertukar — pada beberapa dekad akan datang, Malaysia pula yang akan menghantar rakyatnya untuk bekerja sebagai pembantu rumah di negara tersebut?

Jika begitu, kita harus segera bangkit dan menjadikan pilihan raya negeri Melaka ini harus menjadi pemangkin kesedaran bukan sahaja buat Melaka, tetapi Malaysia secara keseluruhan — untuk menyelamatkan Malaysia daripada bahana ini dan merintis usaha untuk merealisasikan Impian Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia menjelang 2050.

Saya mungkin sudah tiada pada 2050, tetapi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau wilayah, harus tetap berusaha untuk merealisasikan Impian Malaysia pada 2050.

Jadikan pilihan raya negeri Melaka pada 20 November ini sebagai permulaan kepada perjalanan panjang ke arah Malaysia menjadi negara hebat bertaraf dunia pada 2050, seperti yang pernah dinikmati Melaka pada 500 tahun lalu.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 16 November 2021)

Exit mobile version