Elections

Election Commission has completely misconstrued its duties to conduct “free, fair and clean” Malacca general election and has become agents of Health Ministry to prevent spread of Covid-19 infection, when this is the work of Health Ministry officials themselves

By Kit

November 15, 2021

(Versi BM)

The Election Commission has completely misconstrued its duties to conduct “free, fair and clean” Malacca general election and has become the agents of the Health Ministry to prevent spread of Covid-19 infections, when this is the work of the Health Ministry officials themselves.

The Election Commission should ensure the highest voter turnout on Polling Day on Nov. 20, but it seems to be doing its utmost to ensure a low voter turnout.

The Election has a very antiquated and antideluvian conception of its duties, when it should realise that its duty does not focus on Polling Day but also on the whole campaign period – whether the electorate understands the import of the Malacca general election. By banning all forms of physical campaigning, the Election Commission is going against its own mandate.

The Election Commission should learn from the Jordanian and Algerian elections held during the Covid-19 pandemic, where the voter turn-out was as low as 30% and 29%, and do its utmost not to repeat these disasters of low election turnouts on polling day.

I would call on the Election Commission Chairman to resign in disgrace if the voter turn-out on Nov. 20 for the Malacca general election fall below 50%, for the Election Commission would have failed in discharging its constitutional duty to carry out “free, fair and clean” election for the Malacca general election.

There are now less than five days to the polling day, and I call on the Election Commission to be mindful of its duty to conduct “free, fair and clean” elections by immediately lifting its ban on all forms of physical campaigning and to allow physical campaigning which observes the SOP to prevent the spread of Covid-19 infections.

The Election Commission must be seen to be doing its utmost to ensure that the voter turnout in the Malacca general election is above 70 per cent!

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 15th November 2021)

SPR telah tersasar daripada skop tugasnya iaitu untuk memastikan pilihan raya negeri Melaka berjalan secara “bebas, adil dan bersih” dengan menjadi agen kepada Kementerian Kesihatan yang dipertanggungjawabkan untuk membendung penyebaran jangkitan Covid-19, sedangkan itu bukan tugas SPR, sebaliknya tugas pegawai Kementerian Kesihatan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah tersasar daripada skop tugasnya iaitu untuk memastikan pilihan raya negeri Melaka berjalan secara “bebas, adil dan bersih” dengan menjadi agen kepada Kementerian Kesihatan yang dipertanggungjawabkan untuk membendung penyebaran jangkitan Covid-19, sedangkan itu bukan tugas SPR, sebaliknya tugas pegawai Kementerian Kesihatan.

SPR sepatutnya memastikan seramai mungkin pengundi keluar pada hari pembuangan undi pada 20 November nanti, namun badan itu melakukan hal yang sebaliknya.

SPR masih berada di takuk lama dengan pemikiran lapuk dan usang dalam memahami tanggungjawabnya. Badan itu harus sedar bahawa tugasnya bukan hanya sekadar untuk memastikan hari pembuangan undi berjalan dengan lancar, malah perlu memberi tumpuan kepada perjalanan kempen — memberi kesedaran kepada pengundi tentang kepentingan untuk mengundi, dalam hal ini, mengundi dalam pilihan raya negeri Melaka. Dengan mengharamkan semua bentuk kempen secara fizikal, SPR telah culas dalam menjalankan tanggungjawabnya.

SPR harus mengambil iktibar daripada pilihan raya di Jordan dan Algeria yang dijalankan dalam suasana pandemik, di mana kadar peratusan keluar mengundi sangat rendah iaitu masing-masing sebanyak 30% dan 29%, dengan melakukan sehabis baik bagi memastikan perkara yang sama tidak berlaku dalam pilihan raya negeri Melaka.

Saya menggesa Pengerusi SPR untuk meletak jawatan jika kadar peratusan keluar mengundi pada 20 November ini berada pada tahap di bawah 50%, kerana jika perkara itu berlaku, SPR jelas sudah gagal untuk menjalankan pilihan raya negeri Melaka secara “bebas, adil dan bersih”.

Menjelang hari pembuangan undi yang akan tiba dalam masa lima hari lagi, saya menyeru SPR supaya sedar akan tugasnya untuk menjalankan pilihan raya secara “bebas, adik dan bersih” dengan segera menarik balik larangan kempen fizikal dan membenarkan kempen secara fizikal dijalankan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

SPR harus dilihat bekerja keras dalam memastikan peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya negeri Melaka kali ini melebihi paras 70%!

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 15 November 2021)