COVID-19

Its unbelievable – Malaysia not only losing out to Indonesia and Philippines but also to India and China in daily new Covid-19 cases and deaths in battling Covid-19 pandemic!

By Kit

November 10, 2021

(Versi BM)

Its unbelievable – Malaysia not only losing out to Indonesia and Philippines but also to India and China in daily new Covid-19 cases and deaths in battling the Covid-19 pandemic!

Yesterday, Malaysia did a rebound for the second consecutive day, increasing its daily new Covid-19 cases and Covid-19 deaths to 5,403 cases and 78 deaths, as compared to 4,343 daily new Covid-19 cases and 35 deaths two days earlier.

What makes the rebound particularly shocking and unbelievable is that Malaysia is not only losing out to Indonesia and Philippines in ASEAN, but also losing out to India and China in Asia.

Yesterday, Indonesia recorded 434 new Covid-19 cases (Indonesia’s 26th consecutive day in triple-digit numbers) and 21 Covid-19 deaths (Indonesia’s 40th consecutive day in double-digit numbers) while Philippines recorded 1,407 daily new Covid-19 cases and 46 Covid-19 deaths.

What is more shocking is that India, which has over 43 times the population of Malaysia, is performing better than Malaysia recording 4,502 daily new Covid-19 cases and 64 Covid-19 deaths yesterday.

China, which is now ranked No. 113 among nations with the most cumulative total of Covid-19 cases as compared Malaysia’s global rank of No. 20, recorded 62 new Covid-19 cases and zero Covid-19 deaths yesterday.

Khairy Jamaluddin has succeeded in ending the exponential increase of Covid-19 cases and deaths in Malaysia but he has failed to end the third Covid-19 wave in Malaysia – which is becoming the longest Covid-19 wave in the world lasting over 14 months since the Sabah state general election in September last year.

Malaysians are paying a heavy price for the Sheraton Move conspiracy in February 2020, as I believe that whatever its faults, the Pakatan Harapan government would have kept the Covid-19 cases and deaths very low, like South Korea, which today ranks No. 73 among nations with the most cumulative total of Covid-19 cases.

South Korea’s cumulative totals yesterday were 383,407 Covid-19 cases and 2,998 Covid-19 deaths.

In contrast, although the exponential increase of Covid-19 cases and deaths in Malaysia have been halted, Covid-19 pandemic statistics is still on the high side with cumulative total of 2,516,255 Covid-19 cases and 29,427 Covid-19 deaths.

This is the price of the Sheraton Move conspiracy – instead of less than half a million Covid-19 cases and less than 3,000 Covid-19 deaths under a Pakatan Harapan government.

One the the reasons Pakatan Harapan signed the confidence-supply-reform (CSR) Memorandum of Understanding (MOU) with Prime Minister Ismail Sabri on Sept. 13, 2021 was to save Malaysian lives and livelihoods by stopping the exponential increase of Covid-19 cases and deaths to reach four, five or even six million Covid-19 cases and over 100,000 Covid-19 deaths in Malaysia.

But Khairy should explain why Malaysia is performing so poorly in the Covid-19 pandemic, losing out not only to Indonesia and Philippines in ASEAN but to India and China in Asia.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 10th November 2021)

Sukar untuk dipercayai — Malaysia bukan sahaja kalah dengan Indonesia dan Filipina, tetapi juga kalah dengan India dan China dari segi jumlah kes dan kematian harian dalam perang melawan wabak Covid-19!

Sukar untuk dipercayai — Malaysia bukan sahaja kalah dengan Indonesia dan Filipina, tetapi juga kalah dengan India dan China dari segi jumlah kes dan kematian harian dalam perang melawan wabak Covid-19!

Semalam, kita mencatatkan lantunan semula untuk hari kedua berturut-turut, meningkatkan jumlah kes baharu dan kematian harian kepada 5,403 kes dan 78 kematian, berbanding dengan 4,343 kes dan 35 kematian yang dicatatkan dua hari sebelumnya.

Apa yang membuatkan peningkatan semula ini lebih mengejutkan dan sukar dipercayai adalah apabila kita bukan sahaja di belakang Indonesia dan Filipina di ASEAN, tetapi juga kalah dengan India dan China dalam benua Asia.

Semalam, Indonesia mencatatkan 434 kes baharu Covid-19 (hari ke-26 berturut-turut negara tersebut mencatatkan kes dalam julat tiga angka) dan 21 kematian akibat Covid-19 (hari ke-40 berturut-turut mencatatkan kematian dalam julat dua angka) sementara Filipina mencatatkan 1,407 kes baharu dan 46 kematian akibat Covid-19.

Apa yang lebih mengejutkan adalah India, yang mempunyai 43 kali ganda lebih ramai penduduk berbanding Malaysia, mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan Malaysia dengan 4,502 kes baharu dan 64 kematian akibat Covid-19 semalam.

China yang kini berada di tempat ke-113 dari segi kes terkumpul di seluruh dunia, berbanding dengan kedudukan Malaysia di tempat ke-20, mencatatkan hanya 62 kes baharu dengan sifar kematian akibat Covid-19 semalam.

Khairy Jamaluddin telah berjaya menamatkan peningkatan mendadak kes baharu dan kematian di Malaysia, namun beliau gagal menamatkan gelombang ketiga ini — yang telah berlarutan selama 14 bulan, menjadi gelombang penularan terpanjang di dunia sejak PRN Sabah pada bulan September tahun lepas.

Rakyat Malaysia kini menanggung bala daripada konspirasi Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020, kerana saya percaya, walaupun ada kekurangannya, kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan kadar kes dan kematian akibat Covid-19 ini rendah, seperti di Korea Selatan yang kini berada di tempat ke-73 dari segi jumlah kes terkumpul.

Jumlah kes terkumpul di Korea Selatan setakat semalam adalah 383,407 kes dengan 2,998 kematian akibat Covid-19.

Sebaliknya, walaupun peningkatan mendadak kes dan kematian di Malaysia telah dihentikan, statistik wabak ini dalam negara masih berada pada paras yang tinggi, dengan sejumlah 2,516,255 kes dan 29,427 kematian akibat Covid-19.

Inilah harga konspirasi Langkah Sheraton yang ditanggung kita semua — jumlah kes yang mungkin berada di bawah paras setengah juta dan kematian di bawah 3,000 kes di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Salah satu sebab Pakatan Harapan menandatangani memorandum persefahaman (MOU) kepercayaan-perbekalan-reformasi (CSR) dengan Perdana Menteri Ismail Sabri pada 13 September 2021 adalah untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat dengan menghentikan peningkatan mendadak kes Covid-19 daripada mencecah empat, lima atau enam juta kes dan mengelakkan kadar kematian dalam negara daripada mencecah sehingga kepada tahap 100,000 korban nyawa.

Tetapi, Khairy perlu menjelaskan, mengapakah prestasi negara kita amat buruk sekali, kalah bukan sahaja dengan Indonesia dan Filipina di kawasan serantau ASEAN, tetapi juga kalah dengan India dan China dalam Asia.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 10 November 2021)