COVID-19

Election Commission failing its national duty to conduct “free, fair and and clean” Malacca general election with its antediluvian, anachronistic and antiquated election SOPs imposing a virtual ban on physical campaigning

By Kit

November 09, 2021

(Versi BM)

The Election Commission is failing in its national duty to conduct “free, fair and clean” Malacca general election on November 20, 2021 with its antediluvian, anachronistic and antiquated election SOPs imposing a virtual ban on physical campaigning.

Malacca is in Phase 4 of the National Recovery Plan (NRP). Is this the phase for the virtual ban on physical campaigning for elections? If so, when will physical campaigning be allowed?

Why can’t the Election Commission strike a proper balance between ensuring “free, fair and clean” Malacca general election and prevention of Covid-19 infection?

The Ministry of Education has announced that educational institutions under the Education Ministry in Perlis, Perak, Penang, Sabah and Kedah will resume operations on Nov 21 and 22, in accordance with the regulations stipulated under Phase Four of the National Recovery Plan (NRP).

It was announced that Malaysia and Singapore will launch a Vaccinated Travel Lane (VTL) between Changi Airport and Kuala Lumpur International Airport (KLIA) from Nov 29, 2021.

But the Election Commission continues to hide its head in the sand, oblivious to the need for Malaysia to “live with Covid” with the Covid-19 pandemic transiting from a pandemic to an endemic.

The Election Commission’s virtual total ban on all physical campaigning for the general election in Malacca is most disadvantageous and to the detriment of Opposition parties, who do not have access to radio and television facilities.

It is clear that the Election Commission has completely disregarded its responsibility to ensure that the Malacca General Election is conducted in a “free, fair and clean” manner, instead of allowing any form of abuse of power and corrupt practice in the election.

Lawyers have said that the Health Ministry’s blanket ban on all physical campaigning in Malacca state general election is against the law and that the government should instead allow activities where physical distancing was possible but which also complied with SOPs to prevent the spread of Covid-19 infections.

Will the Election Commission listen to immediately revise the election SOPs for the Malacca State Election, with Malacca voters slated to vote on November 20?

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 9th November 2021)

Suruhanjaya Pilihan Raya telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengadakan pilihan raya Melaka yang “bebas, adil, dan bersih” dengan SOP ketinggalan zamannya yang menghalang sebarang bentuk kempen secara fizikal

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengadakan pilihan raya Melaka pada 20 November 2021 yang “bebas, adil, dan bersih” dengan SOP ketinggalan zamannya yang menghalang sebarang bentuk kempen secara fizikal.

Melaka kini berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Adakah ini fasa yang melibatkan sekatan menyeluruh kepada aktiviti kempen fizikal dalam pilihan raya? Sekiranya ya, bilakah kempen fizikal akan dibenarkan semula?

Mengapa SPR tidak mampu untuk mencari titik perseimbangan di antara memastikan terdapatnya pilihan raya yang “bebas, adil, dan bersih” dan pada masa yang sama, mengekang penularan wabak Covid-19?

Kementerian Pendidikan telah mengumumkan yang institusi pendidikan di bawah Kementerian tersebut di Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, dan Kedah akan meneruskan operasi bermula 21 dan 22 November, selari dengan peraturan dibawah Fasa 4 PPN.

Juga telah diumumkan baru-baru ini yang Malaysia dan Singapura akan melancarkan Laluan Perjalanan untuk mereka yang telah menerima vaksin, Vaccinated Travel Lane (VTL) di antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 29 November 2021.

Tetapi SPR masih terus menyorokkan kepalanya di dalam pasir, tanpa mengambil kira keperluan untuk negara kita “hidup bersama Covid” dalam tempoh peralihan di antara fasa pandemik dan endemik.

Larangan menyeluruh SPR ini memberikan kesan yang amat buruk kepada parti-parti Pembangkang, yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan radio dan televisyen.

Jelas sekali SPR telah mengabaikan tanggungjawabnya untuk memastikan PRN Melaka ini diadakan secara “bebas, adil, dan bersih”, sebaliknya membenarkan penyalahgunaan kuasa dan amalan korup dalam PRN ini.

Para peguam telah mengatakan yang sekatan Kementerian Kesihatan terhadap semua bentuk kempen secara fizikal di Melaka ini bertentangan dengan undang-undang dan kerajaan sebaliknya patut membenarkan aktiviti di mana penjarakan boleh diadakan dengan mematuhi SOP untuk mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.

Adakah SPR akan akhirnya mendengar dan menyemak semula SOP pilihan raya untuk PRN Melaka, dengan rakyat Melaka yang kini dijadualkan mengundi pada 20 November?

(Kenyataan media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 9 November 2021)