Corruption

PKR fined RM10,000 for crowdless ceramah is height of idiocy

By Kit

November 01, 2021

(Versi BM)

The RM 10,000 fine on PKR for the crowdless ceramah in Paya Rumput, Melaka last night is the height of idiocy in the Covid-19 pandemic for the forthcoming Malacca state general election.

I would have thought Malacca PKR should be commended for coming up with a very novel way of electioneering in the forthcoming general election in Malacca which takes into account the paramount consideration not to worsen the Covid-19 situation and yet further the objective of free, fair and clean election – but instead, there was a $10,000 fine.

There is a ban on physical election campaigns and social events which involve physical contacts with the voters – but it immediately ran into trouble with the Dua Darjat phenomenon repeating itself as action had not been taken against the two former Prime Ministers Najib Razak and Muhyiddin Yassin, who had flouted the ban through “disguised” activities in Malacca recently.

The ban announced by the Health Minister, Khairy Jamaluddin, on Oct. 24 is not a well-considered and practical one, and should be cancelled immediately and replaced by SOPs especially tailored for the Malac ca state general elections – and this is why I have called for an immediate meeting of the Election Commission, the Ministry of Health and all interested political parties and NGOs on the matter.

The Malaysian Anti-Corruption Commission is doing itself and its image no good when it failed to take action against former Prime Minister, Muhyiddin Yassin, following Bersih’s complaint that Bersatu’s Gerai Prihatin Rakyat, which sells sundry goods at cheap prices, was another “vote-buying” tactics and an election offence.

No wonder Malaysia is set for a plunge in the Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) 2021 when it is announced in January next year.

Will MACC redeem itself?

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 1st November 2021)

PKR didenda RM10,000 untuk ceramah tanpa hadirin adalah satu kemuncak kebodohan

Denda RM10,000 kepada PKR kerana mengadakah ceramah tanpa kehadiran fizikal di Paya Rumput, Melaka, semalam adalah salah satu contoh kemuncak kebodohan dalam keadaan pandemik Covid-19 untuk Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan datang.

Saya fikirkan, PKR Melaka sepatutnya dipuji kerana menggunakan cara yang unik untuk berkempen dalam PRN ini yang mengambil kira kepentingan untuk tidak memburukkan lagi keadaan Covid-19 dalam negara dan pada masa yang sama meneruskan objektif untuk mencapai satu pilihan raya yang bebas, adil, dan bersih — sebaliknya mereka dikenakan denda RM10,000.

Terdapat larangan untuk kempen dan acara sosial pilihan raya yang melibatkan aktiviti fizikal dengan pengundi — tetapi perkara ini sepantas kilat menjadi ulangan fenomena Dua Darjat di mana tindakan tidak diambil terhadap dua orang mantan Perdana Menteri, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin, yang telah mengingkari larangan ini dengan aktiviti-aktiviti “secara bersorok” di Melaka baru-baru ini.

Larangan yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pada 24 Oktober adalah satu larangan yang tidak dipertimbangkan dengan baik dan tidak praktikal. Larangan ini perlu dibatalkan segera dan digantikan dengan SOP yang dibuat khusus untuk PRN Melaka — kerana inilah saya telah menyeru supaya satu mesyuarat diadakan bersama dengan SPR, Kementerian Kesihatan, dan semua parti-parti politik yang berminat dan juga NGO yang berkenaan untuk membincangkan perkara ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pula tidak membantu untuk menjaga imejnya apabila badan tersebut gagal mengambil tindakan terhadap mantan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, selepas aduan daripada Bersih yang Gerai Prihatin Rakyat yang dikendalikan Bersatu dengan menjual barang runcit pada harga murah adalah satu taktik “pembelian undi” dan merupakan satu kesalahan pilihan raya.

Tidak peliklah sekiranya kedudukan negara kita menjunam lagi dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2021 yang akan diumumkan Januari tahun hadapan.

Adakah SPRM akan menebus semula maruah mereka?

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 1 November 2021)