COVID-19

Agony to see Malaysia’s slow reduction of daily new Covid-19 cases struggling to go below the 4,000-case figure while Indonesia has been recording triple-digit numbers for 12 consecutive days

By Kit

October 27, 2021

(Versi BM)

It is an agony to see Malaysia’s slow reduction of daily new Covid-19 cases struggling to go below the 4,000-case figure while Indonesia, with more than eight times the population of Malaysia, has been recording triple-digit numbers for 12 consecutive days.

It is a dire warning of the signs of the times – the slackening competitiveness of the Malaysian economy as compared to Indonesia, and the narrowing of the gap in democratic freedoms, the rule of law and good governance between the two countries.

Malaysia has Rukun Negara and Indonesia has Pancasila – why are the two countries diverging, with Indonesia going forwards while Malaysia going backwards.

Is one reason because Pancasila in Indonesia is a living document, while more and more Malaysians, including Ministers, have refused to accept the nation-building principles of Rukun Negara?

The new Health Minister, Khairy Jamaluddin, must take serious action in view of Malaysia’s poor performance in fighting the Covid-19 pandemic as compared to Indonesia, which recorded 611 daily new Covid-19 cases and 35 Covid-19 deaths yesterday, as compared to 5,726 new Covid-19 cases and 84 deaths (including 20 Brought-in-Dead BID deaths) for Malaysia.

At the rate that the daily new Covid-19 cases are oscillating at the four-digit mid-levels, nobody would dare to predict when they would fall to three-digit numbers.

The same is also true of Covid-19 deaths, which continues at the high level of double-digit figures. When will it come down to single-digit numbers?

Also, what action has Khairy taken to rectify this serious drop in performance by the Malaysian public health system as compared to Indonesia?

Will this be reflected in the 2022 Budget which will be presented to Parliament by the Finance Minister, Tengku Zafrul Abdul Aziz on Friday?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 27th October 2021)

Penantian menunggu penurunan kes Covid-19 ke paras di bawah 4,000 kes amatlah menyeksakan sedangkan Indonesia pula telah mencatatkan angka tiga digit selama 12 hari berturut-turut

Penantian menunggu penurunan kes Covid-19 ke paras di bawah 4,000 kes amatlah menyeksakan sedangkan Indonesia, yang mempunyai lapan kali ganda lebih ramai penduduk pula telah mencatatkan angka tiga digit selama 12 hari berturut-turut.

Perkara ini menjadi satu amaran keadaan semasa — daya saing Malaysia yang semakin berkurangan berbanding dengan Indonesia, dan perapatan jurang dalam kebebasan berdemokrasi, kedaulatan undang-undang, dan tadbir urus yang baik di antara dua negara ini.

Malaysia mempunyai Rukun Negara, manakala Indonesia ada Pancasila — mengapakah kedua negara ini kelihatan seperti berada di arah yang berbeza, di mana Indonesia mara ke hadapan sedangkan Malaysia mundur ke belakang?

Adakah perkara ini terjadi kerana Pancasila di Indonesia ini adalah satu dokumen yang hidup, sedangkan di Malaysia semakin ramai rakyat Malaysia, termasuklah Menteri sendiri yang enggan menerima prinsip pembinaan negara bangsa dalam Rukun Negara?

Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin, perlu melihat prestasi tidak baik Malaysia berbanding dengan Indonesia dalam melawan wabak Covid-19 ini, di mana Indonesia hanya mencatatkan 611 kes baharu dengan 35 kematian akibat Covid-19 semalam, berbanding dengan 5,726 kes dan 84 kematian akibat Covid-19, termasuklah 20 kes kematian di bawa ke hospital (BID) di Malaysia.

Pada kadar semasa di mana kadar kes ini terus bergerak dalam julat pertengahan empat angka, tidak ada sesiapa pun yang berani menjangkakan bilakah angka ini akan turun ke tiga angka.

Perkara yang sama juga dilihat dari segi kematian, yang terus berada pada paras tinggi dua angka. Bilakah angka ini akan turun ke julat satu angka?

Selain itu, apakah yang telah dilakukan Khairy untuk menambah baik penurunan prestasi sistem kesihatan awam kita berbanding dengan Indonesia?

Adakah perkara ini akan ditunjukkan dalam Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz pada hari Jumaat ini?

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 27 Oktober 2021)