The Covid-19 statistics yesterday is a cause for mixed feelings – glad that the number of new Covid-19 cases achieved another slow breakthrough of 4,783 cases but concern at the still high fatality numbers of 92 daily deaths.
Although the new case count is the lowest in 125 days since June 22, we are reducing the daily new cases at an agonisingly slow pace.
Indonesia, for instance, had been able to reduce its peak of 56,757 daily new Covid-19 cases on July 15 to it lowest triple-digit number of 460 Covid-19 cases yesterday – all in a matter of 102 days when Malaysia is still in four-thousand numbers and far from triple-digit figures.
When Khairy was sworn in as the Health Minister on 30th August, there were 19,268 Covid-19 cases. Can he explain why it is taking such a long time to bring down the daily new Covid-19 cases in Malaysia to triple and then double digit numbers?
On the Covid-19 fatalities, Malaysia is still on the high side as compared to other ASEAN nations.
When on Oct. 23 and 24 there were 42 and 46 Covid-19 deaths respectively, they held out hope that the Covid-19 fatality rates were being reduced, but these expectations were dashed with the record of 92 deaths (including 11 Brought-in-Dead) yesterday.
Khairy owes Malaysians an explanation for the high Covid-19 fatality rates as compared to other nations, and in particular, why there had been 5,751 BID (Brought-in-Dead) deaths.
When will BID Covid-19 deaths be a rare occurrence in Malaysia?
Can Malaysians expect the Covid-19 statistics to progressively, though agonisingly, reduce to double-digit figures for daily new cases and single-digit figures for Covid-19 deaths, and will these numbers shoot up again?
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 26th October 2021)
Bercelaru perasaan dengan statistik Covid-19 semalam — gembira melihat jumlah kes baharu menurun kepada 4,782 kes tetapi pada masa yang sama gusar dengan kadar kematian yang masih tinggi pada kadar 93 kematian semalam
Statistik Covid-19 semalam memberikan perasaan yang bercelaru kepada saya — saya gembira melihat jumlah kes baharu menurun kepada 4,782 kes tetapi pada masa yang sama gusar dengan kadar kematian yang masih tinggi pada kadar 93 kematian.
Walaupun jumlah kes baharu ini adalah kadar terendah dalam 125 hari yang lepas sejak 22 Jun, kadar kita menurunkan kes Covid-19 ini masihlah terlalu perlahan.
Indonesia misalnya, berjaya turun daripada kemuncak 56,757 kes pada 15 Julai kepada angka 460 kes semalam — hanya dalam 102 hari sedangkan kita masih lagi mencatatkan kes dalam julat empat ribu kes dan masih amat jauh untuk mencapai kes dalam julat tiga angka.
Semasa Khairy mengangkat sumpah sebagai Menteri Kesihatan pada 30 Ogos, terdapat 19,268 kes Covid-19. Bolehkah beliau menjelaskan mengapa penurunan angka kes ke julat tiga dan kemudiannya dua angka ini mengambil masa yang sebegitu lama sekali?
Dari segi kematian akibat Covid-19, Malaysia masih lagi mencatatkan kadar yang agak tinggi berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain.
Pada 23 dan 24 Oktober, di mana kita mencatatkan 42 dan 46 kematian akibat Covid-19, terdapat sedikit harapan yang kadar kematian ini semakin menurun, namun harapan ini dimusnahkan dengan rekod 92 kematian akibat Covid-19 (termasuklah 11 kes kematian di bawa ke hospital, BID) semalam.
Khairy perlu memberikan penjelasan mengenai kadar kematian akibat Covid-19 yang tinggi di Malaysia berbanding dengan negara lain, dan terutamanya mengapa kita mencatatkan sejumlah 5,751 kes kematian BID.
Bilakah kes kematian BID ini akan menjadi satu perkara yang jarang berlaku?
Bolehkan rakyat Malaysia melihat angka-angka ini terus menurun, walaupun dengan perlahan, kepada julat dua angka untuk kes harian dan satu angka untuk kematian akibat Covid-19 atau adakah angka-angka ini akan meningkat naik?
(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 26 Oktober 2021)