Lim Kit Siang

Is Khairy following the Indonesian Covid-19 statistics where for ten consecutive days, it has been recording triple-digit numbers of daily new Covid-19 cases and half of Malaysia’s Covid-19 deaths – when will Malaysia reduce the daily new Covid-19 cases to triple digit numbers and have less Covid-19 deaths than Indonesia?

(Versi BM)

I am glad that after my media statement yesterday asking Khairy Jamaluddin, the Health Minister, to clarify why CovidNow website reported 42 Covid-19 deaths while the Worldometer website reported 222 Covid-19 deaths for October 23, 2021, the Worldometer website corrected its figure to be consistent with CovidNow figures.

I want to ask Khairy whether he is following the Indonesian Covid-19 statistics where for ten consecutive days, it had been reporting triple-digit numbers for daily new Covid-19 cases and ask when will the daily new Covid-19 cases in Malaysia be reduced to triple-digit numbers.

On daily Covid-19 deaths, Malaysia had been exceeding the daily Covid-19 deaths in Indonesia for more than a month. In six of the last 10 days, daily Covid-19 deaths in Indonesia is less than half that of Malaysia. For instance, on- 17th October, Indonesia’s daily Covid-19 deaths were 19 compared to Malaysia’s 63 or only 30 per cent.

Can Khairy give an explanation for such a gross anomaly, most critical of Malaysia’s health system?

Furthermore, Malaysians are still waiting for Khairy’s explanation with regard to the high Covid-19 fatalities in Malaysia and why Malaysia has become the worst performer in ASEAN in the Covid-19 pandemic.

Friday is 2022 Budget Day. Like the rest of the world, Malaysia had been suffering the loss of lives and livelihoods for the past two years.

Malaysia must learn from the lessons of the Covid-19 pandemic, where we have lost 28,400 lives with a cumulative total of 2,431,716 Covid-19 cases, and be prepared for the next pandemic which medical experts have warned could come anytime.

The 2022 Budget is the occasion for the country to strengthen frontline services for pandemic responses and supportive health financing policies by reinforcing health system resilience, health security and universal health coverage (UHC).

The 2022 Budget should focus on raising adequate revenues for health systems, organizing those revenues in order to maximize risk-sharing across the entire population, and spending those funds in the best way to improve the health of all citizens of a country.

This is the test for the 2022 Budget.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 25th October 2021)


Adakah Khairy mengikuti statistik Covid-19 Indonesia di mana untuk 10 hari berturut-turut, negara jiran tersebut telah merekodkan kes harian baharu Covid-19 dalam julat tiga angka dan mencatatkan separuh daripada angka kematian akibat Covid-19 yang direkodkan di Malaysia — bilakah Malaysia akan mengurangkan kadar kes baharu Covid-19 kepada julat tiga angka dan mencatatkan kadar kematian akibat Covid-19 yang lebih rendah berbanding Indonesia?

Saya gembira selepas saya mengeluarkan kenyataan media semalam bagi meminta Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menjelaskan mengenai mengapa laman web CovidNow melaporkan 42 kematian akibat Covid-19 sedangkan laman web Worldometer melaporkan 222 kematian akibat Covid-19 pada 23 Oktober 2021, laman web Worldometer memperbetulkan angkanya selari dengan angka yang disiarkan CovidNow.

Saya ingin bertanya kepada Khairy sama ada beliau mengikuti statistik Covid-19 di Indonesia di mana untuk sepuluh hari berturut-turut, ia telah melaporkan kes harian baharu Covid-19 pada paras julat tiga angka dan meminta penjelasan beliau tentang bilakah kes harian baharu Covid-19 di Malaysia akan diturunkan kepada paras julat tiga angka.

Berhubung kematian akibat Covid-19, kematian harian akibat Covid-19 di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Indonesia untuk lebih sebulan lamanya. Dalam enam daripada 10 hari lalu, kes kematian harian di Indonesia adalah kurang lebih separuh berbanding Malaysia. Sebagai contoh, pada 17 Oktober, kes kematian harian akibat Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 19 berbanding 63 kes kematian di Malaysia atau hanya 30 peratus daripada angka kematian yang dilaporkan di Malaysia.

Bolehkah Khairy memberikan penjelasan mengenai kejanggalan ini, terutama berhubung sistem kesihatan awam Malaysia?

Tambahan pula, rakyat Malaysia masih menantikan penjelasan Khairy berhubung angka kematian akibat Covid-19 yang tinggi di Malaysia dan mengapa Malaysia telah menjadi salah sebuah negara dengan prestasi terburuk di rantau ASEAN dalam menguruskan wabak Covid-19.

Jumaat ini adalah hari Belanjawan 2022. Seperti negara-negara lain di seluruh dunia, Malaysia telah kehilangan begitu banyak nyawa dan rakyatnya telah kehilangan mata pencarian sejak dua tahun lalu.

Malaysia harus mengambil iktibar daripada wabak Covid-19, di mana 28,400 nyawa telah terkorban dan 2,431,716 juta orang telah dijangkiti Covid-19, dan bersedia untuk wabak yang seterusnya yang mana pakar perubatan meramalkan akan bakal berlaku pada bila-bla masa.

Belanjawan 2022 adalah wadah untuk negara memperkukuhkan perkhidmatan barisan hadapan untuk menghadapi wabak dan memberikan sokongan sewajarnya terhadap dasar kewangan kesihatan dengan memperkukuhkan ketahanan sistem kesihatan, keselamatan kesihatan dan liputan kesihatan sejagat.

Belanjawan 2022 harus memberikan fokus untuk meningkat hasil yang mencukupi untuk sistem kesihatan, menggunakan hasil tersebut untuk memaksimumkan perkongsian risiko merentas seluruh penduduk, dan membelanjakan dana tersebut dengan cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan semua rakyat.

Ini adalah ujian untuk Belanjawan 2022.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 25 Oktober 2021)

Exit mobile version