Khairy must explain why in the 53 days since he was sworn in as new Heath Minister on August 30, Malaysia had been having more new Covid-19 cases and Covid-19 deaths than Indonesia?


(Versi BM)

Khairy Jamaluddin must explain why in the 53 days since he was sworn in as new Heath Minister on August 30, Malaysia had been having more daily new Covid-19 cases and Covid-19 deaths than Indonesia?

On August 30, the cumulative total of Covid-19 cases in Malaysia was 1,725,357 cases. Yesterday, it rose by 688,235 cases to 2,413,592 cases.

On August 30, the cumulative total of Covid-19 cases in Indonesia was 4,079,267 cases. Yesterday, it rose by 158,567 cases to 4,237,834 cases.

This means that during the 53 days that Khairy had been Health Minister, Malaysia recorded more than half-a-million more cases than Indonesia?

Has Khairy any explanation?

But this is not confined to new Covid-19 cases, as it is also the case with Covid-19 deaths.

On August 30, the cumulative total of Covid-19 deaths was 16,382 deaths. This increased by 11,852 deaths to yesterday’s cumulative total of Covid-19 deaths of 28,234 deaths.

The cumulative total of Covid-19 deaths in Indonesia on August 30 was 132,491 deaths. This increased by 10,629 deaths to yesterday’s cumulative total of 143,120 deaths.

Khairy must be reminded that it is not good enough to be a better Health Minister than his immediate predecessor, but he must ensure that Malaysia is not the worst performing nation in Covid-19 pandemic in ASEAN region.

It is a matter of concern for all Malaysians that Malaysia has not been able to reduce daily new Covid-19 cases to below 5,000 cases for 19 days since falling to four-digit numbers on Oct. 3, while Indonesia has been chalking up triple-digit daily Covid-19 cases for seven consecutive days.

Yesterday, Malaysia recorded 6,210 new Covid-19 cases and 96 Covid-19 deaths (including 21 Brought-in-Dead) while Indonesia recorded 633 new Covid-19 cases and 43 deaths – one tenth of Malaysia’s daily new Covid-19 cases and 45% of Malaysia’s daily Covid-19 deaths when Indonesia’s population is more than eight times that of Malaysia!

Is Malaysia’s public health system so bad and pathetic as compared to that of Indonesia? Has Khairy no explanation?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, October 22, 2021)


Khairy perlu menjelaskan mengapa dalam tempoh 53 hari sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Kesihatan yang baharu pada 30 Ogos, Malaysia mempunyai jumlah jangkitan dan korban Covid-19 lebih tinggi berbanding Indonesia?

Khairy Jamaluddin perlu menjelaskan mengapa dalam 53 hari sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Kesihatan yang baharu pada 30 Ogos, Malaysia mempunyai jumlah jangkitan dan korban Covid-19 lebih tinggi berbanding Indonesia?

Pada 30 Ogos, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,725,357. Semalam, angka itu meningkat sebanyak 688,235 kes kepada 2,413,592 kes.

Pada 30 Ogos, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Indonesia pula adalah sebanyak 4,079,267 kes. Semalam, angka itu meningkat sebanyak 158,567 kes kepada 4,237,832 kes.

Ini bermakna sepanjang 53 hari Khairy menjadi Menteri Kesihatan, Malaysia merekodkan lebih setengah juta kes lebih banyak berbanding Indonesia?

Adakah Khairy mempunyai penjelasan mengenai perkara ini?

Namun, masalah ini bukan sahaja membabitkan kes baharu Covid-19, ia juga membabitkan angka kematian akibat Covid-19.

Pada 30 Ogos, kes kematian terkumpul akibat Covid-19 adalah sebanyak 15,382. Angka ini meningkat sebanyak 11,852 kepada 28,234 semalam.

Jumlah kematian terkumpul akibat Covid-19 di Indonesia pada 30 Ogos adalah sebanyak 132,491. Ia meningkat sebanyak 10,629 kepada 143,120 semalam.

Khairy harus diingatkan bahawa tidak cukup hanya sekadar menjadi menteri Kesihatan yang lebih baik berbanding pendahulunya, namun beliau juga perlu memastikan Malaysia tidak menunjukkan prestasi terburuk dalam menguruskan wabak Covid-19 di rantau ASEAN.

Menjadi kebimbangan semua rakyat Malaysia bahawa negara kita masih tidak mampu untuk menurunkan jumlah kes harian baharu Covid-19 ke bawah paras 5,000 untuk tempoh 19 hari sejak angka kes menurun ke paras julat empat angka pada 3 Oktober, sementara Indonesia telah mencatatkan jumlah kes harian baharu Covid-19 pada paras julat tiga selama tujuh hari berturut-turut.

Semalam, Malaysia merekodkan 6,210 kes baharu Covid-19 dengan 96 kematian (termasuk 21 kematian di luar facility (BID)) sementara Indonesia merekodkan 633 kes baharu Covid-19 dengan 42 kematian — satu pertiga kes baharu Covid-19 di Malaysia dan 45% daripada kematian harian baharu akibat Covid-19 di Malaysia, sedangkan jumlah penduduk Indonesia adalah lapan ganda lebih ramai berbanding Malaysia!

Adakah sistem kesihatan awam Malaysia begitu teruk dan menyedihkan jika dibandingkan dengan Indonesia? Adakah Khairy tidak mempunyai sebarang penjelasan mengenai perkara ini?

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 22 Oktober 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.