Yesterday’s 6,709 new Covid-19 cases fuels relief and anticipation that we can finally get a grip on the over-a-year long third Covid-19 wave since the Sabah state general election last September.
If we can go below a thousand numeral a day in daily new Covid-19 cases, then we can expect to reach triple-digit numbers by Sunday on 17th October 2021.
This is subject to two caveats: firstly, the daily new Covid-19 cases can drop by a thousand numeral a day, i.e. in five thousand figures today and four thousand figures tomorrow, etc; and secondly, it still pales into insignificance when we consider that Indonesia has been having triple-digit new Covid-19 cases for the last two days, i.e. 895 new daily Covid-19 cases on Sunday and 620 cases yesterday.
What is even more serious, Indonesia is reporting lower daily Covid-19 deaths in the last three days, i.e. 52, 39 and 65 Covid-19 deaths in the last three days in Indonesia as compared to 74, 64 and 92 Covid-19 deaths in Malaysia.
The respective Covid-19 death situation in Indonesia and Malaysia has reinforced my call for a full and frank statement by the Health Minister, Khairy Jamaluddin, on the high Covid-19 death situation in Malaysia, particularly the high Brought-in-Dead (BID) Covid-19 deaths.
It is long overdue that Khairy should explain the unusual phenomenon of persistently-high “back-log” Covid-19 deaths with the Health Ministry claiming that there is no new daily Covid-19 death but all due to “backlogs” – how this could continue to happen six weeks after Khairy had taken his oath as Health Minister.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 12th October 2021)
6,709 kes jangkitan Covid-19 yang dicatatkan semalam, memberikan kita harapan bahawa negara semakin pulih selepas teruk dilanda gelombang ketiga wabak itu, namun pencapaian itu tidaklah begitu besar jika dibandingkan dengan Indonesia yang telah mencatatkan kes harian baharu Covid-19 tiga angka sejak dua hari lalu
6,709 kes jangkitan Covid-19 yang dicatatkan semalam, memberikan kita harapan bahawa negara semakin pulih selepas teruk dilanda gelombang ketiga wabak itu sejak pilihan raya negeri Sabah pada September tahun lalu.
Jika jumlah kes baharu Covid-19 mampu diturunkan sebanyak 1,000 berbanding hari sebelumnya, kita bakal mencatatkan kes jangkitan tiga angka menjelang Ahad, 17 Oktober 2021.
Ia bagaimanapun bergantung kepada dua faktor: pertama, jumlah kes harian baharu Covid-19 mampu diturunkan sebanyak 1,000 sehari berbanding hari sebelumnya, contoh: 5,000 kes hari ini dan 4,000 kes esok, dan kedua, ia masih dilihat sebagai sasaran yang rendah jika dibandingkan dengan angka kes jangkitan yang dicatatkan di Indonesia, di mana negara jiran tersebut telah mencatatkan jumlah kes jangkitan harian Covid-19 tiga angka sejak dua hari lalu; 895 kes pada Ahad dan 620 kes semalam.
Malah, Indonesia juga mencatatkan jumlah korban harian akibat Covid-19 yang lebih rendah berbanding negara kita sejak tiga hari lalu, Indonesia mencatatkan 52, 39 dan 65 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh tiga hari lalu, berbanding Malaysia yang mencatatkan angka korban sebanyak 74, 64 dan 92 pada hari yang sama.
Perbezaan jumlah korban akibat Covid-19 di Indonesia dan Malaysia telah memaksa saya untuk mendesak agar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan situasi angka korban Covid-19 yang begitu tinggi di negara ini, terutama berhubung kematian yang berlaku di luar fasiliti (BID).
Khairy harus segera menjelaskan berkenaan masalah tunggakan (backlog) pengurusan mayat yang begitu tinggi — lebih-lebih lagi selepas Khairy mendakwa kes korban tinggi akibat Covid-19 yang dilaporkan setiap hari tidak semestinya menggambarkan kadar kematian sebenar berikutan catatan backlog atau tertunggak dalam pengumpulan data.
Mengapa Khairy membiarkan masalah ini terus berpanjangan meskipun sudah enam minggu beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Kesihatan?
(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 12 Oktober 2021)