Economics

PM Ismail Sabri should reply to the devastating indictment of the 12th Malaysia Plan by Ramesh Chander and Lim Teck Ghee, two Malaysians who had distinguished themselves in their services with World Bank, when winding-up the parliamentary debate on the 12th Malaysia Plan on Thursday

By Kit

October 05, 2021

(Versi BM)

Two Malaysians, Ramesh Chander and Lim Teck Ghee, who had distinguished themselves in their services with the World Bank, have jointly made a devastating indictment of the 12th Malaysia Plan describing it as “Three Steps Backwards”.

Ramesh was formerly Chief Statistician of Malaysia while Teck Ghee was formerly senior official of the United Nations and the World Bank.

They believed that the 12th Malaysia Plan, if implemented as currently presented, is likely to be a “self-inflicted wound” that will “adversely alter the trajectory of the country’s socio-economic growth and heighten the likelihood of Malaysia becoming further entrapped as a middle income economy, with a clear risk of going backwards in Malaysia’s development and prosperity”.

This will contradict and negative the 12th Malaysia Plan’s claim that its “three themes, four policy enablers and 14 game changers” represent “new and innovative ideas to shift mindsets and fundamentally change the approach to national development”.

Both Ramesh and Teck Ghee called attention to “key longstanding stalled issues that necessitate rethinking and an entirely different set of policy initiatives if the Plan is to meet its goals of a high income country with inclusive and sustainable growth”, namely corporate and bumiputera equity, GLC (government-linked companies) reforms to dismantle rent-seeking, patronage and misuse of public funds to restore them as competitive entities and a revitalisation programme for the private sector, especially the small and medium sized enterprises.

It is clear that Ramesh and Teck Ghee finalized their study of the 12th Malaysia Plan before the release of the so-called Pandora papers.

The revelation in the Pandora papers confirms in part the nature of capital flight and is highly relevant in explaining why Bumiputera ownership of Malaysian corporate equity had stagnated or fallen.

It would indicate that the elites who acquired the reserved shares sell the shares. They then remit the proceeds to foreign destinations. This would imply that the 30 percent target will never ever be achieved. The target is thus of little value. The time has come to have a new measurement based on total assets (foreign and domestic) owned by the different groups.

Another aspect of relevance is that the system in place results in a loss of tax revenue since unremitted earnings are not taxed. This factor justifies a recalibration of the tax system.

For a start a study ought to be launched. A Parliamentary Consultative Committee should be established to study the implications of continuing with such flawed policies with the task to make recommendations to achieve a just and more egalitarian society.

It is pertinent that both Ramesh and Teck Ghee regarded the proposal to require existing non-bumiputera freight forwarders to divest 51 per cent of equity as tantamount to a robbery and classic “UMNO-ism”.

The Prime Minister, Ismail Sabri, should reply to the devasting indictment of the 12th Malaysia Plan by Chander Ramesh and Lim Teck Ghee in his winding up of the 12th Malaysia Plan debate on Thursday.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, October 5, 2021)

Perdana Menteri Ismail Sabri perlu memberikan jawapan terhadap dakwaan serius terhadap Rancangan Malaysia ke-12 oleh Ramesh Chander dan Lim Teck Ghee — dua rakyat Malaysia yang pernah berkhidmat dengan Bank Dunia — semasa penggulungan perbahasan RMK-12 pada hari Khamis ini

Dua orang rakyat Malaysia, Ramesh Chander dan Lim Tech Ghee, yang sebelum pernah berkhidmat di Bank Dunia, telah mengeluarkan kenyataan bersama yang membuat dakwaan yang amat serius terhadap Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), menggambarkan rancangan tersebut sebagai “Tiga Langkah ke Belakang”.

Ramesh sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pakar Statistik Malaysia, manakala Teck Ghee pula sebelum ini merupakan seorang pegawai kanan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Bank Dunia.

Mereka percaya bahawa RMK-12 ini, sekiranya dilaksanakan dalam bentuk sedia ada, berkemungkinan besar hanya akan menyebabkan kerosakan yang akan mengubah hala tuju pembangunan sosio-ekonomi negara dan meningkatkan kemungkinan Malaysia terus terjerat sebagai sebuah ekonomi berpendapatan sederhana, dengan risiko yang jelas yang Malaysia akan mundur dari segi pembangunan dan kemakmuran.

Perkara ini bertentangan dengan dakwaan RMK-12 yang mengatakan “tiga tema, empat pemangkin dasar, dan 14 pengubah keadaannya” mewakili satu “idea baharu dan inovatif untuk mengubah pemikiran dan mengubah pendekatan terhadap pembangunan negara”.

Kedua-dua Ramesh dan Teck Ghee menarik perhatian terhadap “isu-isu lama yang memerlukan pemikiran baharu dan satu pendekatan dasar yang berbeza sekiranya Rancangan ini hendak mencapai sasaran negara berpendapatan tingginya dengan pertumbuhan yang inklusif dan mampan”, iaitu ekuiti bumiputera dan korporat, isu reformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membuang unsur mencari hasil atas angin, budaya perlindungan, dan penyalahgunaan dana awam untuk mengembalikan badan-badan ini sebagai sebuah badan yang berdaya saing, dan juga program menghidupkan semula sektor swasta, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana.

Jelas sekali yang Ramesh dan Teck Ghee menyiapkan kajian RMK-12 mereka sebelum pendedahan Kertas-kertas Pandora.

Pendedahan Kertas-kertas Pandora sebahagiannya mengesahkan kelarian modal dari negara dan maklumat-maklumat ini amat relevan dalam menjelaskan mengapa pemilikan Bumiputera dalam ekuiti korporat telah dilihat sebagai tidak berkembang atau telah menguncup.

Perkara ini menunjukkan bahawa golongan elit yang mendapatkan saham rizab ini kemudiannya menjual saham-saham ini. Mereka kemudiannya memindahkan hasil jualan ini ke negara luar. Kita tidak akan dapat capai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera sekiranya perkara ini terus berlaku. Maka sasaran ini tidak mempunyai sebarang makna. Masanya telah tiba untuk satu ukuran baharu yang berasaskan jumlah aset (baik asing atau domestik) yang dimiliki oleh kumpulan yang berbeza.

Satu lagi aspek yang relevan adalah sistem sedia ada yang membawa kepada kehilangan hasil cukai kerana pendapatan yang dihantar keluar ini tidak dicukaikan. Faktor ini memerlukan penetapan semula sistem percukaian. Sebagai permulaan, satu kaji selidik perlu dimulakan. Satu Jawatankuasa Perundingan Parlimen perlu ditubuhkan untuk mengkaji kesan meneruskan dasar yang tempang sebegini dengan tugas untuk membuat cadangan untuk mencapai sebuah masyarakat yang lebih adil dan saksama.

Penting untuk kita ingat yang kedua-dua Ramesh dan Teck Ghee melihat cadangan untuk memerlukan syarikat fret bukan milik bumiputera sedia ada untuk menjual 51% pemilikan mereka sebagai satu bentuk rompakan dan budaya UMNO-isme.

Perdana Menteri, Ismail Sabri, perlu memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan berat terhadap Rancangan Malaysia ke-12 oleh Ramesh Chander dan Lim Tech Ghee ini dalam penggulungan perbahasan beliau pada hari Khamis yang akan datang.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 5 Oktober 2021)