Lim Kit Siang

Can Malaysia rise up like Ireland to the top of the Bloomberg Covid Resilience Ranking (September 2021) when Ireland was in January ranked No. 39 among the 53 biggest economies

(Versi BM)

In the September 2021 Bloomberg Covid Resilience Ranking released yesterday, Ireland tops the world and the rest of the Top Ten nations are Spain, Netherlands, Finland, Denmark, UAE, France, Switzerland., Canada and Norway.

Ireland was in January 2021 ranked No. 39 with the world’s worst rate of infection, with its daily new Covid-19 caseload shooting up from three-digit numbers at end of December to four-digit numbers, reaching a daily peak of 8,227 cases on January 8, 2021.

January was Malaysia’s best ranking of No.16 in the monthly Bloomberg Covid Resilience Ranking, when an emergency was declared to fight the Covid-19 pandemic. In August, we fell to the very bottom of ranking of the 53 nations – a fall of 37 places.

In September 2021, Malaysia improved two rankings to No. 51 but the last five rankings were all ASEAN nations, namely Indonesia, Thailand, Malaysia, Vietnam and Philippines.

Can the 12th Malaysia Plan cause Malaysia to rise up from Ranking No. 53 in August to No. 1 in the Bloomberg Covid Resilience Ranking like Ireland from No. 39 in January to No. 1 ranking in September?

This will not be an easy challenge for the new Prime Minister and new Heath Minster, for since the swearing-in of the Ismail Sabri’s Cabinet on August 30, Malaysia has not been able to break below the 10,000 daily new “Covid-19 cases.

September has been described as Malaysia’s deadliest month for the Covid-19 pandemic as it is likely to claim a toll of 10,000 deaths.

Already, Malaysia is becoming the worst-performing nation in ASEAN, definitely in terms of daily Covid-19 deaths if not in daily new Covid-19 cases as Philippines has more cases.

Yesterday, Malaysia reported more Covid-19 deaths than any other ASEAN nation – Malaysia has 240 deaths as compared to Indonesia 124, Philippines 91, Thailand 129, Vietnam 178 and Myanmar 48.

The record of yesterday’s new Covid-19 cases are: Malaysia 11,332, Indonesia 2057, Philipppines 13,848, Thailand 9489, Vietnam 452, Myanmar 1630 and Singapore 2236.

Malaysia has a long way to go if the 12th Malaysia Plan presented by the Prime Minister on Monday is to be the game-changer and propel the country from being ranked No. 52 to the very top of the Bloomberg Covid Resilience Ranking.

Dare the new Prime Minister have such an idea for Malaysia to excel next year?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, Sept. 29, 2021)


Mampukah Malaysia bangkit seperti Ireland yang kini berada di kedudukan teratas dalam Carta Ketahanan Covid Bloomberg (September 2021) selepas berada di tempat ke-39 daripada 53 negara dengan nilai ekonomi terbesar di dunia pada Januari lalu

Dalam Carta Ketahanan Covid bagi September 2021 yang dikeluarkan Bloomberg semalam, Ireland ditempatkan di kedudukan teratas diikuti negara-negara seperti Sepanyol, Belanda, Finland, Denmark, UAE, Perancis, Switzerland, Kanada dan Norway.

Pada Januari 2021, Ireland ditempatkan di kedudukan ke-39 dengan kadar jangkitan terburuk di dunia; kes harian baharu Covid-19 melonjak dari julat tiga angka pada hujung Disember kepada julat empat angka dan mencapai puncak 8,227 kes pada 8 Januari 2021.

Malaysia mencipta rekod terbaik pada Januari apabila ditempatkan di kedudukan ke-16 dalam carta tersebut, semasa darurat diisytiharkan dengan alasan untuk melawan wabak Covid-19. Pada Ogos, kedudukan negara kita menjunam ke kedudukan tercorot — jatuh 37 anak tangga.

Pada September 2021, kedudukan Malaysia melonjak dua anak tangga ke kedudukan ke-51, namun negara-negara yang menduduki lima kedudukan terakhir dalam carta tersebut adalah negara-negara ASEAN iaitu Indonesia, Thailand, Malaysia, Vietnam dan Filipina.

Mampukah Rancangan Malaysia ke-12 menjadi pemangkin untuk Malaysia bangkit dari kedudukan ke-53 pada Ogos kepada kedudukan pertama dalam Carta Ketahanan Covid Bloomberg seperti yang dilakukan Ireland apabila berjaya melonjakkan kedudukan mereka dari kedudukan ke-39 pada Januari kepada kedudukan pertama pada September tahun ini?

Ini adalah tugas paling getir yang perlu dipikul Perdana Menteri baharu dan Menteri Kesihatan baharu. Sejak Kabinet Ismail Sabri mengangkat sumpah pada 30 Ogos, Malaysia masih tidak mampu untuk menurunkan angka kes jangkitan harian Covid-19 ke bawah paras 10,000 kes.

September dianggap sebagai “bulan berdarah” buat Malaysia kerana 10,000 telah terkorban akibat wabak berkenaan sepanjang bulan tersebut.

Malaysia telah dianggap sebagai negara terburuk di ASEAN dalam menguruskan penularan wabak Covid-19, terutama dari segi angka kes kematian harian akibat Covid-19.

Semalam, Malaysia melaporkan kadar kematian harian akibat Covid-19 lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN yang lain — Malaysia merekodkan 240 kes kematian, berbanding Indonesia (124), Filipina (91), Thailand (129), Vietnam (178) and Myanmar (48).

Rekod kes harian baharu Covid-19 semalam adalah seperti berikut: Malaysia (11,332), Indonesia (2057), Filipina (13,848), Thailand (9,489), Vietnam (452), Myanmar (1,630) and Singapura (2,236).

Masih banyak yang perlu ditempuh oleh Malaysia jika Rancangan Malaysia ke-12 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada Isnin lalu mahu menjadi pengubah keadaan (game-changer) dan melonjakkan kedudukan negara dari kedudukan ke-52 ke kedudukan teratas dalam Carta Ketahanan Covid Bloomberg.

Beranikah Perdana Menteri untuk menyahut cabaran berkenaan — membawa Malaysia ke arah kejayaan pada tahun hadapan?

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 29 September 2021)

Exit mobile version