There is no guarantee that the confidence-supply-reform (CSR) memorandum of understanding (MOU) signed between the Prime Minister, Ismail Sabri and Pakatan Harapan (PH) parties will successfully usher Malaysia into a new political landscape.
The CSR MOU has evoked a whole spectrum of reactions, from a G25 spokesman and a former Treasury secretary-general in the early nineties who said there was now hope that the country will progress towards a smooth pandemic recovery as he was more confident about the country moving ahead compared to just a few days ago and saw light at the end of the tunnel to the other extreme that saw the CSR MOU as giving a life-line to those who wanted Malaysia to continue in the trajectory towards a kleptocracy, kakistocracy and a failed state.
The CSR MOU also raised the alarm that it marked the end of the Opposition in Parliament.
Undoubtedly, the CSR MOU can fail as it will depend on both sides keeping to their bargain.
DAP and PH will do their utmost to honour their undertaking in the CSR MOU because we cannot allow the Covid-19 pandemic to continue with its ravages of lives and livelihoods in Malaysia, causing over two million Covid-19 cases and a toll of over 22,000 lives in 21 months.
Yesterday, on the 58th Malaysia Day, with 345 Covid-19 deaths, Malaysia was the world’s Top No. 5 country in daily Covid-19 deaths after the United States (1,291 deaths), Russia (794), Brazil (600) and Iran (453).
Since the swearing-in of the new Health Minister, Khairy Jamaluddin 18 days ago on August 30, Malaysians are still waiting for signs of a significant decline of daily new Covid-19 cases and Covid-19 deaths.
The daily average of new Covid-19 cases in the last 18 days was above 19,000 cases and the rolling daily Covid-19 deaths for the last 18 days was 330 deaths.
In view of the 14-day incubation period of the coronavirus, it is to be noted that the average of the daily Covid-19 deaths over the last four days is 411 deaths.
Are we heading with this present rate of exponential increase of Covid-19 infections and Covid-19 deaths which will take us to a cumulative total of over three million Covid-19 cases and 30,000 Covid-19 deaths by the end of October?
According to “Our World in Data” website, we are the top nation on Sept. 15 for “daily Covid-19 deaths per million population” not only for ASEAN, beating Indonesia, Philippines, Thailand, Myanmar and Vietnam, we also beat other bigger nations like China, India, Japan, South Korea, United States, United Kingdom, Iran, Turkey, Brazil and Mexico.
This is why there must be a political ceasefire in the next 10-18 months to unite Malaysians to single-mindedly win the losing war against the Covid-19 pandemic and overcome the existential threat posed by the Covid-19 pandemic.
We do not want Malaysia to end up as a kleptocracy, kakistocracy and a failed state.
The CSR MOU will not mean the end of the Opposition in Parliament for the DAP and PH Members of Parliament will continue to be as articulate and outspoken for justice, freedom, progress and unity as ever.
We want to fulfil the Malaysian Dream for Malaysia to become a world-class great nation and to bring to fruition the aspiration of Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman for Malaysia to be a “beacon of light in a difficult and distracted world”.
But Malaysians, regardless of ethnicity, religion, region or politics, must ensure that the CSR MOU signed between Ismail Sabri and the Pakatan Harapan leaders give Malaysia the historic opportunity to reset the country for economic, social and national recovery in the post-Covid-19 pandemic era and save Malaysia.
I hope Warisan, Pejuang and Muda support and sign the CSR MOU with the Prime Minister for a better future for all Malaysians.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, 17 September 2021)
DAP dan PH akan melakukan yang terbaik untuk menjayakan memorandum persefahaman yang ditandatangani antara Ismail Sabri dan Pakatan Harapan walaupun tidak ada jaminan bahawa ia akan berjaya membawa Malaysia ke suatu landskap politik baru
Tiada jaminan bahawa memorandum persefahaman reformasi-perbekalan-kepercayaan (CSR) yang ditandatangani antara Perdana Menteri, Ismail Sabri dan komponen Pakatan Harapan (PH) akan berjaya membawa Malaysia ke landskap politik baru.
Memorandum CSR telah menimbulkan pelbagai reaksi, dari jurucakap G25 dan mantan ketua setiausaha perbendaharaan yang mengatakan benda ini memberikan harapan bahawa negara sedang bergerak ke arah pemulihan pandemik yang lancar berbanding dengan beberapa hari lepas dan memberi sinar harapan bahawa perjanjian ini dapat menghentikan usaha pihak tentu yang mahu Malaysia menjadi sebuah negara kleptokrasi, kakistokrasi dan gagal.
MOU CSR ini juga telah menimbulkan kebimbangan bahawa ia akan menjadi tanda berakhirnya era Pembangkang di Parlimen.
Tidak dapat disangkal, MOU CSR boleh menemui jalan buntu kerana ia bergantung kepada tawaran dan persetujuan kedua-dua belah pihak.
DAP dan PH akan melakukan yang terbaik untuk menghormati janji yang termaktub dalam MOU CSR kerana kita tidak boleh membiarkan wabak Covid-19 terus berlanjutan dengan meninggalkan kerosakan terhadap kehidupan dan mata pencarian rakyat Malaysia, mengakibatkan lebih dua juta kes jangkitan Covid-19 dan mengorbankan lebih 22,000 dalam tempoh 21 bulan lalu.
Semalam, pada Hari Malaysia ke-58, sebanyak 345 kes kematian Covid-19 direkodkan, menjadikan Malaysia sebagai negara ke-5 di dunia dengan jumlah kes kematian akibat Covid-19 tertinggi selepas Amerika Syarikat (1,291), Rusia (794), Brazil (600) dan Iran (453).
Sejak Menteri Kesihatan yang baru, Khairy Jamaluddin mengangkat sumpah pada 18 hari yang lalu pada 30 Ogos, rakyat Malaysia masih menunggu tanda-tanda penurunan ketara kes baharu harian Covid-19 dan kes kematian akibat Covid-19.
Purata kes jangkitan Covid-19 sepanjang 18 hari lalu adalah melebihi 19,000 kes dan purata kes kematian akibat Covid-19 untuk tempoh yang sama adalah sebanyak 330 kes.
Memandangkan tempoh inkubasi coronavirus adalah selama 14 hari, perlu ditekankan bahawa purata kes kematian akibat Covid-19 sepanjang empat hari lalu adalah sebanyak 411 kes.
Dengan peningkatan kadar kes jangkitan Covid-19 dan kematian akibat Covid-19 ini, adakah kita akan mengumpulkan lebih lebih tiga juta kes jangkitan Covid-19 dan 30,000 kematian akibat Covid-19 pada akhir Oktober depan?
Menurut laman web “Our World in Data”, kita adalah negara teratas pada 15 September dengan “kes kematian akibat Covid-19 per sejuta penduduk” tertinggi, bukan hanya di rantau ASEAN, malah turut menewaskan Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar dan Vietnam, kita juga menewaskan negara-negara besar yang lain seperti China, India, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, United Kingdom, Iran, Turki, Brazil dan Mexico.
Inilah sebabnya mengapa gencatan senjata politik mesti dilaksanakan dalam tempoh 10-18 bulan dari sekarang untuk menyatukan rakyat Malaysia supaya mereka dapat memberikan tumpuan tidak berbelah dalam usaha memenangi perang melawan wabak Covid-19 dan mengatasi kesan yang ditimbulkan oleh wabak ini.
Kita tidak mahu Malaysia berakhir sebagai negara kleptokrasi, kakistokrasi dan gagal.
MOU CSR tidak bermaksud tiada lagi blok Pembangkang di Parlimen kerana Ahli Parlimen DAP dan PH akan terus bersuara dan mengangkat agenda keadilan, kebebasan, kemajuan dan perpaduan seperti biasa yang kami lalukan selama ini.
Kami ingin memenuhi Impian Malaysia; untuk negara ini menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia dan untuk menunaikan hasrat Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman agar Malaysia menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu”.
Pun begitu, rakyat Malaysia, tanpa mengira etnik, agama, wilayah atau politik, perlu memastikan bahawa MOU CSR yang ditandatangani antara Ismail Sabri dan pemimpin PH memberikan peluang bersejarah untuk menetapkan semula hala tuju negara ini ke arah pemulihan ekonomi dan sosial dalam era pasca-Covid-19 selain menyelamatkan Malaysia.
Saya berharap Warisan, Pejuang dan Muda menyokong dan menandatangani MOU CSR dengan Perdana Menteri untuk masa depan yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia.
(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 17 September 2021)