COVID-19

Memorandum of Understanding on confidence-supply-reform (CSR) between Ismail Sabri and Pakatan Harapan the most important political document in the nation’s history since the drafting of Malaysian Constitution and Rukun Negara

By Kit

September 16, 2021

(Versi BM)

The memorandum of understanding on confidence-supply-reform (CSR) between the ninth Prime Minister, Ismail Sabri and Pakatan Harapan is the most important political document in the nation’s history since the drafting of the Malaysian Constitution and Rukun Negara.

One pertinent question is why such a memorandum of understanding had not been drawn up earlier in the nation’s history.

There are two reasons:

Firstly, the Umno-dominated Barisan Nasional coalition which ruled the country for half a century from the seventies to the 14th General Election on May 9, 2018 was too powerful and hegemonic.

Secondly, the existential threat posed by the 21-month Covid-19 pandemic.

When Muhyiddin Yassin was sworn in as Prime Minister on March 1, 2020, there were 29 Covid-19 cases and zero Covid-19 deaths.

But when Malaysia celebrates the 58th Malaysia tomorrow on Sept. 16, 2021, we would have more than two million Covid-19 cases and more than 22,000 Covid-19 deaths – marking Malaysia as one of the world’s worst-performing nations in the Covid-19 pandemic.

When we celebrated the 57th Malaysia Day twelve months ago on September 16, 2020, we were ranked No. 89th among nations in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases.

We have overtaken 68 other countries in the past 12 months to be ranked No. 21 among nations with the most cumulative total of Covid-19 cases.

If we continue with the present rate of Covid-19 infections, we are heading to pass the three million mark for Covid-19 cases by the end of October and be ranked No. 16 among nations with the most cumulative total of Covid-19 cases – as well as passing the 30,000-mark for Covid-19 deaths in Malaysia.

These are dubious world distinctions which Malaysians do not want the country to have – just as they do not want Malaysia to have the appellation of a kleptocracy, kakistocracy or a failed state.

Malaysians must unite to win the losing war against the Covid-19 pandemic so that we can embark on economic, social and national recovery and normality.

These are important reasons for the CSR MOU between the Prime Minister, Ismail Sabri and the Pakatan Harapan parties – to win the war against Covid-19, strengthen and normalise democracy and pave the way for national recovery and normality.

We must have the stamina and perseverance to see through political change for the better in Malaysia.

Forty-four years ago on March 21, 1978, I moved a Private Member’s Bill for an Anti-Hopping Act to combat political corruption and to protect the integrity of Parliament. Fifty years ago in 1971, I first raised in Parliament the issue of reducing the voting age to 18 years old.

I am now an octogenarian but it is good to see the reforms I had advocated half a century ago coming to fruition.

Lets see which political party can field the most number of young Malaysians between the ages of 18 – 21 as Parliamentary and State Assembly candidates in the 15th General Election.

DAP and Pakatan Harapan had always advocated democratic changes for the country rather than for self-advancement and this is one great example.

DAP leaders and activists must lead public opinion that the country demands a moratorium and a political ceasefire for the next 10-18 months until the15th General Election so that we can focus on winning the war against the Covid-19 pandemic and reset the country for economic, social and national recovery and normality.

If there had been no CSR MOU, Ismail Sabri might have lost his first vote in Parliament over the appointment of a Deputy Speaker on the first working day of Parliament last Tuesday and he might end up as the Malaysian Prime Minister serving the shortest term – shorter than Muhyiddin Yassin’s term of 17 months.

But this is not the time for political intrigues, plots and counter-plots but for unity and co-operation by all Malaysians, regardless of race, religion, region or politics to end the longest Covid-19 wave in the world, which had caused over two million Covid-19 cases and over 22,000 Covid-19 deaths in Malaysia, especially as any new 10th Prime Minister in such circumstances will not be Anwar Ibrahim.

We still have critical differences with the government parties, on constitutional democracy and the Rukun Negara; the rule of law, good governance, war against corruption and abuses of power, respect for human rights and freedom of speech and expression; the economic, social and educational injustices and inequalities in the country; Malaysia as a world-class great nation and how to forge Malaysian unity out of diverse races, religions, regions and cultures in Malaysia.

But our differences can wait and must wait in the face of the existential threat of the Covid-19 pandemic.

Our commonalities as a Malaysian, regardless of race, religion, region or politics, must take pre-eminent position and our common priority must be to win the war against the Covid-19 pandemic to assure a safe future for all Malaysians.

This is in fact a supreme test of one’s love for the nation and Malaysian people.

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at a zoom discussion organised by Johore DAP on Wednesday, Sept. 15, 2021 at 8.30 pm)

Memorandum persefahaman kepercayaan-perbekalan-reformasi (CSR) di antara Ismail Sabri dan Pakatan Harapan adalah dokumen politik yang paling penting dalam sejarah selepas daripada penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara

Memorandum persefahaman kepercayaan-perbekalan-reformasi (CSR) di antara Ismail Sabri dan Pakatan Harapan adalah dokumen politik yang paling penting dalam sejarah selepas daripada penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Persoalan yang lebih penting sekarang adalah, mengapakah memorandum persefahaman seperti ini tidak dirangka lebih awal lagi dalam sejarah negara sebelum ini.

Terdapat dua sebab:

Pertamanya, gabungan Barisan Nasional yang diketuai UMNO yang memerintah negara selama setengah abad daripada tahun 70-an sehinggalah Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 terlalu kuat dan bersifat hegemonik.

Kedua, ancaman kepada kehidupan yang dibawa oleh wabak Covid-19 dalam 21 bulan yang lepas.

Semasa Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020, terdapat 29 kes Covid-19 dan sifar kematian akibat wabak ini.

Tetapi, apabila negara kita menyambut ulang tahun ke-58 Hari Malaysia esok pada 16 September 2021, kita telah mencatatkan lebih daripada 2 juta kes jangkitan dan lebih daripada 22,000 kematian akibat Covid-19 — menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara dengan prestasi terburuk dalam mengendalikan wabak ini.

Semasa kita menyambut Hari Malaysia ke-57 tahun lepas, kita berada di tempat ke-89 dengan jumlah kes terkumpul tertinggi di dunia.

Kita telah mengatasi kedudukan 68 negara lain dalam 12 bulan yang lepas dan kini berada di tempat ke-21 dengan jumlah kes terkumpul tertinggi.

Sekiranya keadaan semasa ini berterusan, kita bakal melepasi paras tiga juta kes Covid-19 menjelang hujung bulan Oktober, berada di tempat ke-16 di dunia — dan juga melepasi paras 30,000 kematian akibat Covid-19.

Perkara ini bukanlah satu benda yang kita mahukan sebagai rakyat Malaysia — seperti mana juga kita tidak mahu digelar sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, atau negara gagal.

Rakyat Malaysia perlu bersatu padu untuk memenangi perang melawan wabak Covid-19 supaya kita boleh memulakan usaha pemulihan ekonomi dan sosial dan juga mengembalikan kehidupan normal.

Ini adalah antara sebab-sebab utama mengapakan memorandum persefahaman CSR di antara Perdana Menteri, Ismail Sabri, dan parti-parti Pakatan Harapan dipersetujui — untuk memenangi perang melawan Covid-19, mengukuhkan dan menerapkan nilai demokrasi, dan membuka jalan untuk pemulihan negara dan kehidupan normal.

Kita perlu mempunyai stamina dan kecekalan untuk terus membawa perubahan politik yang lebih baik di Malaysia.

Empat puluh tahun yang lepas, pada 21 Mac 1978, saya telah bawakan satu usul persendirian di Parlimen untuk membentangkan undang-undang anti-lompat parti untuk menyekat rasuah politik dan mempertahankan integriti Parlimen. Lima puluh tahun yang lepas pada tahun 1971, saya telah bangkitkan di Parlimen supaya had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun.

Kini, saya sudah berumur 80 tahun, dan saya berbesar hati melihat reformasi yang saya perjuangkan setengah abad yang lalu akhirnya menjadi kenyataan.

Mari kita perhatikan, parti politik manakah yang akan meletakkan jumlah calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berusia di antara 18 ke 21 yang paling ramai dalam Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

DAP dan Pakatan Harapan sentiasa memperjuangkan perubahan yang demokratik untuk negara dan bukannya agenda peribadi dan perkara ini adalah satu contoh yang jelas.

Pemimpin dan aktivis DAP perlu memimpin pendapat masyarakat yang bahawa negara kita memerlukan moratorium dan gencatan politik untuk tempoh 10 ke 18 bulan yang akan datang sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 supaya kita boleh fokus untuk memenangi perang melawan Covid-19 dan menetapkan semula negara kita ke arah pemulihan ekonomi, kehidupan sosial dan kembali normal.

Sekiranya tidak ada memorandum persefahaman CSR ini, Ismail Sabri mungkin telah kalah dalam undian pertama beliau di Parlimen untuk menentukan pelantikan Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat pada hari pertama perbahasan pada Selasa lepas dan beliau mungkin akan mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri dengan penggal terpendek — lebih pendek daripada penggal 17 bulan Muhyiddin Yassin.

Tetapi sekarang bukanlah masanya untuk plot dan komplot politik, sebaliknya kita semua sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu dan bekerjasama, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, mahupun politik, untuk menamatkan gelombang penularan Covid-19 yang terpanjang di dunia yang telah menjangkiti lebih daripada dua juta orang dan mengorbankan lebih daripada 22,000 nyawa di Malaysia, terutamanya apabila mana-mana Perdana Menteri ke-10 yang akan dilantik melalui plot dan komplot itu bukannya Anwar Ibrahim.

Kita masih mempunyai perbezaan kritikal dengan parti-parti kerajaan, mengenai hal demokrasi berperlembagaan dan Rukun Negara, berkenaan kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, perang melawan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, penghormatan kepada hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan berpendapat, ketidaksamaan taraf ekonomi, sosial, dan akses kepada pendidikan, masa hadapan Malaysia sebagai negara hebat bertaraf dunia, dan bagaimana untuk kita menyatukan pelbagai kaum, agama, kawasan, dan budaya di Malaysia.

Tetapi, perbezaan ini perlu menunggu masa yang sesuai kerana kita berhadapan dengan ancaman besar Covid-19.

Persamaan kita semua, sebagai rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, atau politik, perlulah diketengahkan dan keutamaan bersama kita semua mestilah untuk memenangi perang melawan wabak Covid-19 untuk memastikan adanya masa hadapan yang selamat untuk kita semua.

Inilah ujian terbesar dalam membuktikan cinta seseorang itu kepada negara dan rakyat Malaysia.

(Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang dalam perbincangan atas talian melalui Zoom bersama dengan DAP Johor pada hari Rabu, 15 September 2021, jam 8:30 malam)