COVID-19

Is a historic breakthrough of a confidence-supply-reform agreement between the government and opposition in Parliament for the nation to single-mindedly focus on winning the war against the Covid-19 pandemic until the next general election an impossible goal?

By Kit

September 10, 2021

(Versi BM)

Former Prime Minister, Muhyiddin Yassin said that 2022 is the year of recovery for Malaysia.

This is like many of his statements and pronouncements when he was the eighth Prime Minister which had remained empty statements which had marked his disastrous premiership.

Take his 2021 New Year Message on Dec. 31, 2020 on five priorities for an integrated Covid recovery.

His first priority to “improve public health through the procurement of Covid-19 vaccines with the launch of a nationwide vaccination programme” had been completely pulverised by the Covid19 data in the past nine months.

Malaysia started the new year of 2021 with 2,064 Covid-19 cases and 474 Covid-19 deaths but we have now 1,919,774 Covid-19 cases and 19,486 Covid-19 deaths (a phenomenal increase of 930 times the number of cases and over 41 times the number of deaths).

We had low four-digit daily new Covid-19 cases and single-digit daily Covid-19 deaths but now we have five-digit daily new Covid-19 cases and three-digit daily Covid-19 deaths.

Tomorrow, we will overtake Iraq to be ranked No. 22 among nations with the most cumulative total of Covid-19 cases, and overtake Netherlands on Sunday to be ranked No. 21 in the world – when we were ranked No. 55 at the beginning of the year, an ignominious jump over 34 countries – and the dubious distinction of having probably the longest Covid-19 wave in the world since September last year.

Yesterday, we were ranked world’s Top No. 7th country in both daily new Covid-19 cases and daily Covid-19 deaths.

Muhyiddin’s second priority to “strengthen the people’s economy and drive the country’s economic growth post Covid-19 through the implementation of the 2021 Budget and the 12th Malaysia Plan (12MP)” has been defeated by the six-month unconstitutional suspension of Parliament during the Emergency and the 12th Malaysia Plan has not yet been presented to Parliament.

Muhyiddin’s third priority to “ensure political stability with strong emphasis on good governance as a foundation for sustainable economic recovery” was a joke with the Corruption Perception Index (CPI) 2020 of Transparency International(TI) undoing the best in 25 years in the previous TI CPI 2019, falling from 53 points to 51 points in score and a six- point fall in ranking from No. 51 to 57 – with worse to come in TI CPI 2021 in January 2022.

Muhyiddin’s fourth priority to “uphold the country’s sovereignty and strengthen Malaysia’s position on the world stage” was punctured by the Bloomberg August Covid Resilience Index when we fell to the rock bottom of 53 economies of more than US$200 billion from the best ranking of 16th in January 2021.

Muhyiddin’s fifth priority to “strengthen ties between races and religions in shaping a united community against any threat” made no sense whatsoever as it was completely antithetical to the very rational of the Sheraton Move conspiracy which was the basis of the Muhyiddin government.

I had said that the possibility of a historic confidence-supply-reform agreement between the government and opposition had suffered a grievous blow and is now “up in the air” as a result of the omission of the vote of confidence motion in Ismail Sabri as Prime Minister in the parliamentary agenda next week.

The stakes have been further raised against such a historic agreement with the unilateral announcement of Muhyiddin as Chairman of the National Recovery Council as the confidence-supply-reform agreement presupposed a more consultative approach in the worsening war against the Covid-19 pandemic.

Now there is talk that a former Prime Minister responsible for turning Malaysia into a kleptocracy would be appointed with ministerial rank as economic adviser to the Prime Minister.

It would appear that the possibility of a historic breakthrough in reaching a confidence-supply-reform accord between the government and opposition in Parliament so that all Malaysians can single-mindedly focus on winning the losing war against the Covid-19 pandemic until the 15th General Election would not be an achievable goal.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, Sept. 10, 2021)

 

Adakah kejayaan bersejarah perjanjian kepercayaan-perbekalan-reformasi antara kerajaan dan pembangkang di Parlimen untuk membolehkan negara memberikan tumpuan penuh kepada usaha melawan wabak Covid-19 sehingga pilihan raya umum akan datang merupakan suatu matlamat yang mustahil untuk dicapai?

Mantan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata bahawa tahun 2022 adalah tahun pemulihan bagi Malaysia.

Ini bukan kali pertama beliau membuat kenyataan dan pengumuman sebegitu. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan dengan nada serupa sewaktu menjadi Perdana Menteri kelapan yang akhirnya terbukti hanya cakap kosong.

Sebagai contoh, semasa Muhyiddin menyampaikan ucapan Tahun Baharu 2021 pada 31 Disember 2020, beliau antara lain menyentuh mengenai lima keutamaan strategi bersepadu pemulihan negara pasca Covid.

Keutamaan pertama adalah untuk “mempertingkatkan tahap kesihatan awam melalui perolehan bekalan vaksin COVID-19 dan melancarkan program vaksinasi di seluruh negara” yang mana telah gagal mencapai matlamatnya berdasarkan data-data Covid-19 yang direkodkan sejak sembilan bulan yang lalu.

Malaysia memulakan tahun baru 2021 dengan 2,064 kes Covid-19 dan 474 kematian akibat Covid-19, namun, kita kini mempunyai 1,919,774 kes terkumpul Covid-19 dan 19,486 kematian terkumpul akibat Covid-19 (peningkatan yang luar biasa — 930 kali ganda untuk jumlah kes jangkitan dan lebih 41 kali ganda untuk jumlah kematian).

Kita sebelum ini mencatatkan empat digit kes harian baharu Covid-19 dan satu digit kematian harian akibat Covid-19, tetapi sekarang kita merekodkan lima digit kes harian baharu Covid-19 dan tiga digit kes kematian harian akibat Covid-19.

Esok, kita akan mengatasi Iraq untuk berada di kedudukan ke-22 antara negara-negara dengan jumlah kumulatif kes Covid-19 tertinggi, dan mengatasi Belanda pada hari Ahad untuk berada di kedudukan ke-21 di dunia — sedangkan kita pernah berada di kedudukan ke-55 pada awal tahun, prestasi yang lemah dan amat memalukan — dan mungkin menjadi antara negara yang mengalami gelombang Covid-19 paling lama di dunia sejak September tahun lalu.

Semalam, kita berada di kedudukan ke-7 teratas dalam kategori kes harian baharu Covid-19 dan kes kematian harian.

Keutamaan kedua Muhyiddin untuk “memperkukuh ekonomi prihatin rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi negara pasca COVID-19 melalui pelaksanaan Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)” telah digagalkan oleh tindakan tidak berperlembagaan pentadbiran beliau yang menggantung Parlimen selama enam bulan semasa darurat berkuatkuasa dan sehingga kini RMK-12 masih belum dibentangkan di Parlimen.

Keutamaan ketiga Muhyiddin untuk “memastikan kestabilan politik dan kerajaan termasuk tadbir urus yang baik sebagai asas kepada pemulihan ekonomi yang mampan” juga gagal selepas pencapaian terbaik negara dalam tempoh 25 tahun dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI) musnah pada tahun 2020 selepas mata yang diperoleh negara merudum dari 53 mata kepada 51 dan jatuh dari tangga ke-51 ke tangga ke-57 — kita mungkin bakal mengulang prestasi terburuk ini dalam CPI TI 2021 pada Januari 2022.

Keutamaan keempat yang digariskan Muhyiddin untuk “menjamin kedaulatan negara terpelihara dan kedudukan Malaysia di persada antarabangsa diperhebat” juga tidak kesampaian selepas Indeks Ketahan Covid yang dikeluarkan Bloomberg untuk bulan Ogos meletakkan Malaysia di kedudukan tercorot antara negara-negara dengan nilai ekonomi melebihi AS$200 bilion berbanding kedudukan ke-16 — yang merupakan kedudukan terbaik negara setakat ini — pada Januari 2021.

Keutamaan kelima Muhyiddin untuk “memperkukuh hubungan antara kaum dan agama dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu menentang sebarang ancaman” dilihat tidak masuk akal kerana kerajaan Muhyiddin ketika itu dibentuk menerusi konspirasi Langkah Sheraton yang tidak beretika.

Saya telah berkata sebelum ini kemungkinan untuk melihat peristiwa bersejarah di mana pihak kerajaan dan pembangkang untuk melaksanakan perjanjian kepercayaan-perbekalan-reformasi bakal hancur lebur selepas usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Ismail Sabri tidak diletakkan dalam agenda aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat minggu depan.

Perjanjian bersejarah itu turut berdepan kegagalan selepas kerajaan membuat keputusan sepihak dalam melantik Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara kerana perjanjian kepercayaan-perbekalan-reformasi itu sepatutnya mengambil semangat dan pendekatan rundingan dalam usaha untuk memenangi perang melawan Covid-19.

Kini, terdapat cakap-cakap yang mengatakan seorang mantan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengubah Malaysia kepada kleptokrasi akan dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri bertaraf menteri.

Nampaknya kemungkinan adanya kejayaan bersejarah dalam membentuk perjanjian kepercayaan-perbekalan-reformasi antara kerajaan dan pembangkang di Parlimen sehingga semua rakyat Malaysia dapat memberikan tumpuan tunggal untuk memenangi perang melawan Covid-19 hingga Pilihan Raya Umum ke-15 tidak akan dapat dicapai.

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 10 September 2021)