COVID-19

Can Khairy explain why for 16 consecutive days, Indonesia has reduced its daily new Covid-19 cases to less than that of Malaysia — to even less than half like yesterday’s 8,955 cases to Malaysia’s 20,988 cases?

By Kit

September 03, 2021

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Can the new Health Minister, Khairy Jamaluddin, explain why for 16 consecutive days, Indonesia has reduced its daily new Covid-19 cases to less than that of Malaysia — to even less than half like yesterday’s 8,955 cases to Malaysia’s 20,988 cases?

This is not fault-finding but to find ways to improve our handling of the Covid-19 pandemic so as to win the war against it instead of being one of the worst-performing nations in the world in the Covid-19 pandemic in the past year.

According to Our World in Data website on Sept. 1, we are the worst performing country in ASEAN, whether in macro in micro numbers, whether in (i) total and daily cases per million population or (ii) total and daily deaths per million population. This is clear from the following tables:

(i)

Country Total cases per mil ppl New cases per mil ppl
Malaysia 53,850.55 572.43
Indonesia 14,836.13 37.40
Philippines 18,046.02 126.95
Myanmar 7,346.64 61.27
Thailand 17,354.39 131.88
Vietnam 4,823.63 116.45
Singapore 11,497.99 30.36
Brunei 6,472.92 328.40
Laos 2,071.86 21.42

(ii)

Country Total deaths per mil ppl New deaths per mil ppl
Malaysia 516.90 8.48
Indonesia 483.70 2.36
Philippines 301.97 0.77
Myanmar 282.63 1.84
Thailand 169.28 3.60
Vietnam 120.89 8.19
Singapore 9.33 0.00
Brunei 24.91 4.53
Laos 1.90 0.00

At the present pace of infection and death, we will break the 1.8 million-mark for cumulative total of Covid-19 cases today and we will break the two million-mark for cumulative total of Covid-19 cases and break the 20,000-mark for Covid-19 deaths when we celebrate our 58th Malaysia Day on September 16, 2021.

We will have overtaken another two countries, Iraq and Netherlands, to be ranked No. 21 among countries with the most cumulative total of Covid-19 cases, joining 20 other countries with over two million Covid-19 cases.

This is an infamy we must overcome as these are unimaginable numbers for Malaysia when the Covid-19 pandemic started 20 months ago.

For months, I have called on the government to distance itself from its blind faith in “total lockdowns” and to open up businesses in keeping with “Live with Covid” instead of “Zero Covid” objective and to use targeted lockdowns instead of total lockdowns.

I have also called for of an “all-of-government” and “whole-of-society” policy, strategy and approach to win the war against the Covid-19 pandemic.

I had glad that this “Live with Covid” policy is now the government policy, as the Prime Minister, Ismail Sabri has himself said yesterday that “everybody must be ready to live with Covid-19” — but it must be on our own terms.

We cannot allow a situation where Covid-19 cases are raging and there is a high fatality rate — as in Malaysia now, with 21,988 daily new cases yesterday and 249 Covid-19 deaths.

Furthermore, Malaysia does not want the infamy of having the longest Covid-19 wave in the world, as the present wave started from the Sabah state general election in September last year.

The greatest test for Khairy as the new Health Minister is whether he can return Malaysia firstly to before the emergency on Jan. 11, when we had 2,021 daily new Covid-19 cases and four Covid-19 deaths; and secondly, to the 57th Malaysia Day a year ago on Sept. 16, 2020 when we had 21 daily new cases and zero death.

Khairy evaded my question on the escalating daily new Covid-19 cases and record-high deaths in the midst of increasing vaccination rates by asking me to look at hospitalisation numbers from Covid-19.

Khairy had missed my point altogether.

I was not disputing the effectiveness of vaccination to reduce the risk of severe infection and complications, but warning of the fallacy of solely dependent on vaccination to win the war against Covid-19 pandemic, as illustrated by the experience of other countries.

The national vaccination rollout is too slow and should be ramped up but this alone will not win the war against the Covid-19 pandemic.

 

Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, September 3, 2021

Bolehkah Khairy menjelaskan mengapa untuk 16 hari berturut-turut, Indonesia berjaya menurunkan kes baharu Covid-19 negara tersebut berbanding Malaysia — sehingga berkurangan lebih daripada separuh seperti angka 8,955 kes di Indonesia semalam berbanding dengan 20,998 kes di Malaysia?

Bolehkah Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin, menjelaskan mengapa untuk 16 hari berturut-turut, Indonesia berjaya menurunkan kes baharu Covid-19 negara tersebut berbanding Malaysia — sehingga berkurangan lebih daripada separuh seperti angka 8,955 kes di Indonesia semalam berbanding dengan 20,998 kes di Malaysia?

Ini bukanlah cubaan untuk mencari kesalahan tetapi sebaliknya, untuk mencari cara menambah baik cara kita mengendalikan wabak Covid-19 supaya kita boleh menang melawan wabak ini daripada terus menjadi salah satu negara dengan prestasi terburuk di dunia dalam tahun yang lepas.

Menurut laman web Our World in Data pada 1 September, kita masih merupakan negara dengan prestasi paling buruk di ASEAN, sama ada dari segi angka makro atau mikro, sama ada dari (i) jumlah kes keseluruhan atau kes sehari per sejuta penduduk atau (ii) jumlah kematian dan kematian per sejuta penduduk. Angka-angka ini dapat dilihat jelas seperti berikut:

(i)

Negara Jumlah kes per sejuta penduduk Kes baru per sejuta penduduk
Malaysia 53,850.55 572.43
Indonesia 14,836.13 37.40
Filipina 18,046.02 126.95
Myanmar 7,346.64 61.27
Thailand 17,354.39 131.88
Vietnam 4,823.63 116.45
Singapura 11,497.99 30.36
Brunei 6,472.92 328.40
Laos 2,071.86 21.42

(ii)

Negara Jumlah kematian per sejuta penduduk Kematian baru per sejuta penduduk
Malaysia 516.90 8.48
Indonesia 483.70 2.36
Filipina 301.97 0.77
Myanmar 282.63 1.84
Thailand 169.28 3.60
Vietnam 120.89 8.19
Singapura 9.33 0.00
Brunei 24.91 4.53
Laos 1.90 0.00

Pada kadar semasa jangkitan dan kematian akibat wabak ini, kita akan melepasi paras 1.8 juta kes terkumpul hari ini dan kita akan melepasi paras dua juta kes terkumpul dan 20,000 kematian akibat Covid-19 pada sambutan Hari Malaysia ke-58 pada 16 September 2021.

Kita akan mengatasi dua lagi negara, Iraq dan Belanda, untuk berada di tempat ke-21 dengan jumlah kes terkumpul tertinggi, menyertai 20 negara lain dengan lebih dua juta kes Covid-19.

Perkara ini adalah satu perkara yang memalukan dan tidak pernah dibayangkan 20 bulan yang lepas semasa wabak ini mula tular.

Selama berbulan-bulan, saya telah menyeru supaya strategi, pendekatan, dan dasar yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” digunakan untuk memenangi perang melawan wabak Covid-19.

Saya lega apa bila dasar “Hidup Bersama Covid” kini menjadi dasar kerajaan, memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri sendiri telah mengatakan semalam yang “semua orang perlu bersedia untuk hidup bersama dengan Covid-19” — tetapi kita mestilah hidup dengan Covid dengan cara dan syarat kita.

Kita tidak boleh biarkan satu situasi di negara kita di mana kes Covid-19 terus meningkat dengan kadar kematian yang tinggi — seperti yang disaksikan sekarang dengan 21,988 kes baharu semalam dan 249 kematian akibat Covid.

Tambah lagi, kita tidak mahu Malaysia nama Malaysia dicalarkan sebagai negara dengan gelombang penularan Covid-19 terpanjang di dunia, memandangkan gelombang yang sedang bermula di negara kita ini bermula daripada Pilihan Raya Negeri Sabah pada bulan September tahun lepas.

Ujian terbesar untuk Khairy sebagai Menteri Kesihatan baharu adalah sama ada beliau boleh mengembalikan keadaan di negara kita seperti semasa sebelum darurat diisytiharkan pada 11 Januari semasa kita mencatatkan 2,021 kes harian dan empat kematian; dan kemudiannya kepada keadaan seperti semasa Hari Malaysia ke-57 setahun lepas apabila kita mencatatkan 21 kes baharu dengan sifar kematian.

Khairy tidak menjawab persoalan saya mengenai peningkatan jumlah kes dan kematian walaupun dengan kadar vaksinasi yang tinggi dengan meminta saya melihat kepada kadar hospitalisasi akibat Covid-19.

Khairy tidak faham apa yang cuba disampaikan.

Saya tidak menafikan keberkesanan vaksin untuk mengurangkan risiko jangkitan dan komplikasi serius, tetapi saya hanya ingin memberikan amaran mengenai bahaya bergantung sepenuhnya kepada vaksinasi untuk memenangi perang melawan Covid-19, seperti yang kini dapat dilihat daripada pengalaman negara-negara lain.

Program Vaksinasi Kebangsaan ini bergerak terlalu perlahan dan perlu dipercepatkan, tetapi perkara ini sahaja tidak akan membawa kemenangan dalam perang melawan Covid-19.

 

Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 3 September 2021