(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
If there are only two names for the position of Prime Minister, then one can be Prime Minister and the other Deputy Prime Minister to form a War Cabinet to combine all political forces in a War Parliament to gain control of the war against Covid-19 pandemic and to pave the way for the 15th General Election in 18 months’ time.
The War Cabinet should reflect this parliamentary unity to turn the tides of defeat in the 20-month war against the Covid-19 pandemic with a new policy and strategy to gain control of the Covid-19 pandemic and restore pubic hope, trust and confidence in a “whole-of-society” approach.
Yesterday, Malaysia continues to set new records in the Covid-19 pandemic.
Firstly, we set a new peak for daily new Covid-19 cases – 22, 242 cases.
Secondly, we overtook Canada and is now ranked No. 25 among countries with the most cumulative total of Covid-19 cases, when 12 months ago last year, we were ranked No. 89.
When Malaysia declared emergency on January 11, 2021 to combat the Covid-19 pandemic, there were 138,224 Covid-19 cases and 555 Covid-19 deaths.
Today, we have 1,466,512 Covid-19 cases and 13,302 Covid-19 deaths – a runaway scenario with over 10 times more Covid-19 cases and 24 times the Covid-19 deaths since the declaration of Emergency.
In fact, since in the past seven days, we had a total of 145,965 Covid-19 cases and 1,929 Covid-19 deaths.
This is Malaysia’s “darkest hour”. We must staunch the national haemorrhage to find our “finest hour” – and a War Cabinet and a War Parliament are the remedy for such dire times.
The War Parliament must forge national unity to wage the war against the Covid-19 pandemic with MPs playing a leading role in the various parliamentary select committees not only in the Covid-19 pandemic but to prepare the ground for an economic and national recovery to fulfil Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman’s aspiration for Malaysia to be “beacon of light to a difficult and distracted world”.
The War Cabinet and War Parliament must established on the bedrock principles in the Malaysian Constitution and the Rukun Negara of constitutional monarchy based on parliamentary democracy, the doctrine of the separation of powers, uphold the rule of law, good governance and human rights.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 19th August 2021)
Sekiranya hanya ada dua nama untuk jawatan Perdana Menteri, seorang boleh dilantik sebagai Perdana Menteri dan seorang lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk membentuk kabinet perang yang melibatkan semua kuasa politik di Parlimen untuk memenangi perang melawan penularan wabak Covid-19 sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 dalam masa 18 bulan
Sekiranya hanya ada dua nama untuk jawatan Perdana Menteri, seorang boleh dilantik sebagai Perdana Menteri dan seorang lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk membentuk kabinet perang yang melibatkan semua kuasa politik di Parlimen untuk memenangi perang melawan penularan wabak Covid-19 sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 dalam masa 18 bulan.
Kabinet Perang tersebut perlulah mencerminkan perpaduan Parlimen untuk mengubah nasib negara kita yang sedang kalah selama 20 bulan dengan wabak Covid-19 dengan membawa dasar-dasar dan strategi baharu untuk mengawal wabak ini dan mengembalikan harapan, keyakinan, dan kepercayaan rakyat kepada satu pendekatan yang melibatkan “keseluruhan masyarakat”.
Semalam, negara kita mencatatkan rekod baharu Covid-19 sekali lagi.
Pertamanya, kita mencatatkan kemuncak baharu 22,242 kes.
Kedua, kita mengatasi kedudukan Kanada dan kini berada di tempat ke-25 dengan jumlah kes tertinggi di dunia, sedangkan 12 bulan yang lepas kita berada di tempat ke-89.
Semasa Malaysia mengisytiharkan darurat pada 11 Januari 2021 untuk memerangi wabak ini, kita mencatatkan sejumlah 138,224 kes dan 555 kematian akibat Covid-19.
Hari ini, kita mempunyai 1,466,512 kes dan 13,302 kematian akibat Covid-19 — satu situasi yang kini berada di luar kawalan dengan 10 kali ganda lebih banyak kes dan 24 kali ganda lebih banyak kematian berbanding dengan semasa darurat diisytiharkan.
Malah, hanya dalam tujuh hari yang lepas sahaja, kita mencatatkan 145,965 kes dan 1,929 kematian akibat Covid-19.
Sekarang adalah antara masa yang paling kelam dalam sejarah negara. Kita perlu menghentikan pendarahan negara kita ini dan mencari penyelesaiannya — dan sebuah Kabinet Perang dan Parlimen Perang adalah salah satu penyelesaian kepada masalah seperti ini.
Parlimen perang ini perlulah membentuk perpaduan negara untuk memerangi wabak Covid-19 dengan Ahli-ahli Parlimen memainkan peranan di dalam pelbagai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, bukan sahaja untuk memerangi Covid-19, tetapi juga untuk menyediakan negara kita untuk pemulihan ekonomi dan kehidupan untuk memenuhi aspirasi Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, di mana Malaysia menjadi satu “sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu”.
Kabinet Perang dan Parlimen Perang ini perlulah dibentuk di atas batu asas Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dan sistem monarki berperlembagaan yang berteraskan demokrasi berparlimen, doktrin pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, dan penghormatan kepada hak asasi manusia.
(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 19 Ogos 2021)