Anwar Ibrahim

Malaysia needs Anwar Ibrahim as new Prime Minister to bring in new team and new policies to end the carnage of Covid-19 pandemic and ignite anew the Malaysian Dream

By Kit

August 16, 2021

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Malaysia needs Anwar Ibrahim as new Prime Minister of Malaysia to bring in a new team and new policies to end the carnage of Covid-19 pandemic and ignite anew the Malaysian Dream as Deputy Prime Minister Ismail Sabri had been public face of the government mishandling of the Covid-19 pandemic which had caused over 12,500 deaths and 1.4 million Covid-19 cases.

Unless there is new leadership and new policies, Malaysia is heading towards over 15,000 deaths and over 1.7 million Covid-19 cases when we grimly mark our 64th National Day on August 31.

There will be no change of policy direction whether on the Covid-19 pandemic, economic revival or breakaway from the nation-building policies which have caused more and more observers to remark that Malaysia is stuck in the trajectory towards a failed state.

Ismail Sabri as Prime Minister will mean more of the same policies of kakistocracy and kleptocracy which can only end up in Malaysia as a failed state.

Malaysia needs a new Prime Minister and a new leadership where Malaysians, regardless of ethnicity, religion, region or politics, can again dream the Malaysian Dream of Malaysia as a world-class great nation and to take steps to fulfil Bapa Malaysia’s aspiration to make Malaysia “a beacon of light in a difficult and distracted world”.

Since 1970, the GDP of Malaysia has increased 90 times but Indonesia has increased by 117 times, Vietnam 122 times, China 163 times, Singapore 175 times and South Korea 178 times.

After the past 50 years, both Singapore and Vietnam have overtaken Malaysia in having larger GDPs.

In 50 years’ time, will we be overtaking other countries and will more countries be overtaking us?

We want a Prime Minister and a new leadership planning for Malaysia in 2070 and not worrying about their survival in Parliament or just how to gain control of Covid-19 pandemic.

A Prime Minister and leadership for the future of all Malaysians – today and tomorrow!

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, August 16, 2021)

 

Malaysia memerlukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu untuk membawa masuk pasukan dan dasar-dasar baharu yang boleh menghentikan kemusnahan akibat Covid-19 dan juga menyalakan semangat untuk Impian Malaysia, bukannya Ismail Sabri yang telah menjadi muka awam kerajaan yang gagal menguruskan wabak Covid-19 sehinggalah negara kita menyaksikan lebih daripada 12,500 kematian dan lebih daripada 1.4 juta kes

Malaysia memerlukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu untuk membawa masuk pasukan dan dasar-dasar baharu yang boleh menghentikan kemusnahan akibat Covid-19 dan juga menyalakan semangat untuk Impian Malaysia, bukannya Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri, yang telah menjadi muka awam kerajaan yang gagal menguruskan wabak Covid-19 sehinggalah negara kita menyaksikan lebih daripada 12,500 kematian dan lebih daripada 1.4 juta kes.

Melainkan terdapatnya kepimpinan dan dasar-dasar baharu, Malaysia akan terus menuju ke arah 15,000 kematian dan lebih daripada 1.7 juta kes Covid-19 semasa kita menyambutkan Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos.

Tidak akan ada perubahan arah dasar, sama ada dalam pengurusan pandemik Covid-19, kebangkitan semula ekonomi, atau dasar pembangunan negara bangsa yang telah menyebabkan negara dikatakan sebagai berada dalam arah menjadi sebuah negara gagal oleh para pemerhati politik.

Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri hanya akan meneruskan dasar kakistokrasi dan kleptokrasi sedia ada ini yang hanya akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara gagal.

Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri baharu dan kepimpinan baharu di mana semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, mahupun politik boleh bercita-cita dengan Impian Malaysia, di mana negara kita menjadi sebuah negara berkelas dunia, dan mengambil langkah untuk memenuhi aspirasi Bapa Malaysia untuk menjadikan negara kita “sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu”.

Sejak tahun 1970, KDNK Malaysia telah berkembang sebanyak 90 kali ganda, namun begitu angka ini untuk Indonesia, Vietnam, China, Singapura, dan Korea Selatan, masing-masing berkembang sebanyak 117, 122, 163, 175, dan 178 kali ganda.

Selepas 50 tahun, kedua-dua Singapura dan Vietnam telah mengatasi kedudukan Malaysia dengan KDNK yang lebih besar.

Dalam masa 50 tahun yang akan datang, adakah kita akan mengatasi negara lain atau akan ada lebih banyak negara lain yang mengatasi kita?

Kita mahukan seorang Perdana Menteri dan pimpinan yang boleh merancang untuk Malaysia dalam tahun 2070, bukannya seorang Perdana Menteri yang hanya akan bimbang mengenai kelangsungan karier politiknya di Parlimen atau hanya menumpukan usaha untuk mengawal wabak Covid-19 sahaja.

Seorang Perdana Menteri untuk masa hadapan semua rakyat Malaysia — hari ini dan yang akan datang!

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 16 Ogos 2021)