(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
The statement by the Health director-general Noor Hisham Abdullah yesterday that a superspreader event is possible if the special parliamentary sitting proceeds is most unfortunate.
Where is the evidence? Is it just to frighten the MPs?
Let Noor Hisham prove that his statement was based on medical facts.
There were 11 cases out of 1,183 staff. If all 1,183 were tested, then the positivity rate is about 1% which is nowhere near superspreader status.
The other justification for superspreader possibility is a new variant? Were genomic studies done? If so what are the results.
The Parliament proceeding of fully vaccinated MPs should continue. The Prime Minister is fully vaccinated. Why is he not coming to Parliament to answer all the questions the country is asking?
(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 2nd August 2021)
Kenyataan Noor Hisham mengenai kejadian ‘superspreader’ di Parlimen amatlah malang sekali — di manakah buktinya?
Kenyataan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah, semalam yang mengatakan bahawa kejadian ‘superspreader’ yang boleh menjangkitkan rmaai orang dengan Covid-19 berkemungkinan berlaku sekiranya sidang khas Parlimen diteruskan amatlah malang sekali.
Di manakah buktinya? Atau adakah kenyataan ini hanya untuk menakut-nakutkan Ahli-ahli Parlimen?
Noor Hisham perlu membuktikan kenyataan beliau ini dengan fakta perubatan.
Terdapat 11 kes daripada 1,183 orang yang melalui ujian saringan. Sekiranya mereka ini semua telah disaring, maka, kadar kes positif di Parlimen ini hanyalah kira-kira 1%, jauh daripada status ‘superspreader’.
Satu lagi alasan kononnya mungkin berlaku kejadian ‘superspreader’ adalah varian baharu? Adakah kajian genom telah dijalankan, jika ya, apakah keputusannya?
Sidang Parlimen yang melibatkan Ahli-ahli Parlimen yang telah menerima vaksinasi lengkap perlu diteruskan. Perdana Menteri sendiri telah menerima vaksinasi lengkap. Mengapa beliau tidak hadir ke Parlimen untuk menjawab persoalan-persoalan yang ditanya di seluruh negara?
(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 2 Ogos 2021)