Lim Kit Siang

#kerajaangagal200– Tomorrow will be Malaysia’s Day of Shame when we break the million-mark for Covid-19 cases and overtake Pakistan to be ranked No 30 among nations with the most cumulative total of Covid-19 cases

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Tomorrow will be Malaysia’s Day of Shame when we break the million-mark for Covid-19 cases and overtake Pakistan to be ranked among nations with the most cumulative total of Covid-19 cases.

But we must not give in to despondency, despair, hopelessness and even helplessness.

We must continue to live in hope and belief that Malaysia deserves better and take courage from the support of Malaysians for justice, truth and a better Malaysia as demonstrated by the success of Muar MP Syed Saddiq Syed ‘Abdul Rahman to crowdfund for his legal cost and bail, raising more than RM700,000 in just 24 hours

The easiest thing is to surrender to despair and hopelessness, especially with Covid-19 pandemic doing its worst havoc in the past 18 months,, destroying lives and livelihoods, and turning Malaysia into a nation of food banks.

But as the surreal opening of Tokyo Olympics last night demonstrated, we must have the will and resolve to turn the present despair into a new hope for a better world – to turn the crisis into an opportunity.

One lesson of the Covid-19 pandemic is that we must unite as Malaysians to face this existential test, as the new coronavirus does not distinguish race, religion, region or politics. We must respond as one people, regardless of race, religion, region or politics to firstly bring the Covid-19 Pandemic under control and build a better, more just and equal tomorrow for all Malaysians.

This is illustrated by the Club of 31 Covid-19 “millionaire” nations we will join tomorrow, for it illustrates that the Covid-19 pandemic inflicts damage on all nations, regardless of race, religion, region or politics.

Headed by three nations with over 10 million Covid-19 cases, United States (35 million cases), India (31 million) and Brazil (19 million) which together account for more than 44% of the global total of 193 million Covid-19 cases, the other nations with more than a million Covid-19 cases are Russia, France, UK, Turkey, Argentina, Colombia, Italy, Spain, Germany, Iran, Indonesia, Poland, Mexico, South Africa, Ukraine, Peru, Netherlands, Czechia, Chile, Philippines, Iraq, Canada, Bangladesh, Belgium, Sweden, Romania and Pakistan. Truly regardless of race, religion, region or politics.

Most of these countries have seen light at the end of the tunnel. USA, for instance, has made the transition from its daily peak of 305,073 cases on January 8 and peak daily deaths of 4,449 dead on January 12, 2021 and reduced by 80% for daily increase of cases and by over 90 per cent in daily Covid-19 deaths despite the recent spike of Covid-19 cases because of the Delta variant. India have made even more progress after the catastrophe of its recent oxygen crisis in the Covid-19 pandemic, reducing both its daily increase of new cases and new deaths by over 90 per cent. Even the United Kingdom, which declared last Monday as “Freedom Day” by removing most Covid-19 restrictions which many experts considered reckless, have come down from a high of 54,674 daily new cases on 17th July to 36,389 cases yesterday.

But there is still no light at the end of the tunnel for Malaysia, which is one of the countries which is still trying to establish a new peak for daily new cases and new deaths.

Is the national vaccination rollout – which has reached half a million doses administered a day – the light at the end of the tunnel?

This depends on whether the rollout could be further accelerated and whether the target of vaccinating every adult by October can be achieved.

The convening of Parliament on Monday has come at a critical moment – whether it will mark the beginning of a new policy and strategy to bring the Covid-19 pandemic under control or whether Malaysia bungles along with past mistakes and disasters.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Saturday, 24th July 2021)

 


#kerajaangagal200 — Esok akan menjadi hari yang memalukan buat Malaysia apabila kita melepasi paras sejuta kes Covid-19 dan mengatasi kedudukan Pakistan untuk menjadi salah satu daripada 30 negara teratas dengan jumlah kes Covid-19 terkumpul tertinggi di dunia

Esok akan menjadi hari yang memalukan buat Malaysia apabila kita melepasi paras sejuta kes Covid-19 dan mengatasi kedudukan Pakistan untuk menjadi salah satu daripada 30 negara teratas dengan jumlah kes Covid-19 terkumpul tertinggi di dunia.

Namun, kita tidak boleh berputus asa atau berputus harap.

Kita perlu terus hidup dengan harapan dan kepercayaan yang Malaysia patut dapat yang lebih baik, dan mengambil semangat keberanian daripada sokongan yang ditunjukkan rakyat Malaysia kepada Syed Saddiq dengan kejayaannya Ahli Parlimen Muar tersebut untuk meraih bantuan untuk kos guaman dan bayaran ikat jamin, yang berjumlah RM700,000 yang dikumpul dalam masa 24 jam.

Perkara termudah untuk kita lakukan sekarang adalah untuk hanya menyerah kalah kepada kekecewaan dan rasa berputus asa, terutamanya apabila wabak Covid-19 ini telah memporak perandakan kehidupan kita semua dalam 18 bulan yang lepas, menghancurkan punca pendapatan dan kehidupan rakyat, menjadikan Malaysia sebuah negara yang bergantung kepada bank makanan.

Namun, seperti mana semangat acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo semalam, kita juga perlu terus mempunyai semangat dan keazaman untuk mengubah keadaan kita menjadi satu harapan untuk dunia yang lebih baik — mengubah krisis ini menjadi satu peluang.

Salah satu pengajaran pandemik Covid-19 ini adalah di mana kita semua perlu bersatu padu sebagai rakyat Malaysia untuk berhadapan dengan ancaman ini, kerana koronavirus itu tidak membezakan di antara kaum, agama, kawasan, mahupun politik. Kita perlu bertindak sebagai satu bangsa, tanpa mengira kaum, agama, kawasan atau politik, untuk mengawal wabak Covid-19 ini dan membina semua masa hadapan yang lebih baik, lebih adil, dan lebih saksama untuk semua rakyat Malaysia.

Perkara ini dapat dilihat daripada kelab 31 negara “jutawan Covid-19” yang kita akan sertai esok, yang menunjukkan pandemik ini meninggalkan kesan kepada semua negara, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, mahupun politik.

Diketuai oleh tiga negara dengan lebih daripada 10 juta kes Covid-19, Amerika Syarikat (35 juta kes), India (31 juta kes), dan Brazil (19 juta kes), yang bersama-sama, mewakili 44% kes global sebanyak 193 juta kes Covid-19. Negara-negara lain dalam kelab jutawan Covid ini adalah Rusia, Perancis, UK, Turki, Argentina, Colombia, Itali, Sepanyol, Jerman, Iran, Indonesia, Poland, Mexico, Afrika Selatan, Ukraina, Peru, Belanda, Czechia, Chile, Filipina, Iraq, Kanada, Bangladesh, Belgia, Sweden , Romania dan Pakistan. Satu senarai yang benar-benar tidak memilih antara kaum, agama, kawasan, mahupu politik.

Kebanyakan negara-negara ini kita telah dapat melihat penghujung kepada kesengsaraan mereka. AS misalnya, telah beralih daripada kemuncak dengan 305,073 kes sehari pada 8 Januari dan 4,449 kematian sehari pada 12 Januari, kini melihat penurunan 80% angka kes baharu dan 90% kadar kematian walaupun dengan penularan varian Delta. India pula telah melakarkan kemajuan yang lebih baik selepas berhadapan dengan krisis kekurangan oksigen baru-baru ini, mengurangkan kadar kes baharu dan kematian dengan kadar lebih dari 90%. Malah, United Kingdom, yang pada hari Isnin lepas mengisytiharkan “Hari Kebebasan” dengan membuang hampir ke semua sekatan Covid-19 yang dianggap sebagai satu tindakan yang tidak berhati-hati oleh kebanyakan pakar, telah mencatatkan penurunan daripada kemuncak 54,674 kes sehari pada 17 Julai kepada 36,389 kes semalam.

Namun, situasi di Malaysia kelihatan berbeza, kita adalah salah satu negara yang masih belum menemui kemuncak peningkatan kes harian dan kematian akibat Covid-19.

Adakah program imunisasi kebangsaan — yang mencapai kadar setengah juta dos diberikan — penyelesaian kepada masalah kita?

Perkara ini bergantung kepada sama ada kita boleh mempercepatkan lagi program ini dan sama ada sasaran untuk memberikan vaksin kepada semua orang dewasa menjelang bulan Oktober dapat dicapai.

Persidangan Parlimen pada hari Isnin depan datang pada satu waktu yang kritikal — sama ada ia akan menandakan permulaan strategi dan dasar baharu untuk mengawal penularan wabak Covid-19 atau sama ada kita akan terus mengulangi kesilapan lampau.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Sabtu, 24 Julai 2021)

Exit mobile version