(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
I do not expect any problem with all Members of Parliament physically attending the special meeting of Parliament of Monday, as the Prime Minister, Muhyiddin Yassin can declare a failed emergency to combat the Covid-19 pandemic but he would not be able to live down the infamy of a “new maths” where 220 is more than 300.
Yesterday, Muhyiddin joined a congregation of about 300 people to perform the Aidiladha prayer at the National Mosque in Kuala Lumpur.
The full capacity for MPs is 220 and it would be a fantastic stretch of the imagination if 220 is more than 300, especially as all MPs and parliamentary staff have been vaccinated.
I do not know why the Dewan Rakyat Deputy Speaker Rashid Hasnon is talking about Parliament limiting the number of MPs at reach sitting to 80, when all MPs and parliamentary staff have been vaccinated.
In any event, it is the height of irony and a reflection of how low Malaysia’s achievements and potential had slumped that we were at one time in the mid-nineties in the very forefront of the information era with the Multi-media Super Corridor (MSC) concept and we should be the first implement a virtual Parliament – but we have lagged so very far behind other countries who were latecomers in the information age.
Let the Parliament Speaker, Azhar Azizan Harun and the Minister for Communications and Multimedia, Saifuddin Abdullah explain why Malaysia had slipped so badly on this front and lost out to countries which had been later than Malaysia in embracing the information society.
The real question is to make the Parliamentary meeting on Monday to fulfil two objectives: firstly, the decrees of the Yang di Pertuan Agong and Conference of Rulers special meeting of June 16 to debate the Emergency Proclamation, the Emergency Ordinances and the National Recovery Plan; and secondly, to make a difference in the losing war against the Covid-19 pandemic, where Malaysia has become on the world’s worst performing nations.
This is why I am suggesting that the Cabinet meeting today should set a purpose for the special meeting of Parliament on Monday, and that the Prime Minister should lead the charge when Parliament meets to turn the tides of defeat in the war against Covid-19 pandemic with a truly “all-of-government” and “whole-of-society” national coalition at all levels of society to bring the Covid-19 pandemic under control, and using the “Roadmap to Recovery from Covid-19” drawn up by the new civil society coalition, the Health Emergency Action Plan (HEAP), as the basis for such a coalition.
The Prime Minister should ask Parliament to endorse HEAP, based on its three guiding principles:
1. Trust is crucial to fighting the pandemic and this is based on transparency
2. There must be an all-of-society approach
3. And we need a set of solutions that are not lockdown-based.
HEAP has warned that the worst in the Covid-19 pandemic is yet to come.
Let the special meeting of Parliament summon the unity, will and commitment of all Malaysians, regardless of race, religion, region or politics to end the worst of the Covid-19 pandemic in Malaysia as we already lost enough lives – 7,241 Covid-19 deaths and a spiralling rate of three suicides a day.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 21st July , 2021)
#kerajaangagal190 — Saya tidak jangkakan sebarang masalah dengan semua Ahli Parlimen menghadiri sidang Parlimen kerana sungguhpun Muhyiddin boleh mengisytiharkan sebuah darurat yang gagal melawan Covid-19 tetapi beliau tidak dapat elakkan momokan orang ramai sekiranya mendakwa bahawa angka 220 adalah lebih besar dari angka 300
Saya tidak jangkakan sebarang masalah dengan semua Ahli Parlimen menghadiri sidang Parlimen pada hari Isnin ini, kerana sungguhpun Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin boleh mengisytiharkan sebuah darurat yang gagal melawan Covid-19 tetapi beliau tidak dapat elakkan momokan orang ramai sekiranya mendakwa bahawa angka 220 adalah lebih besar dari angka 300
Semalam, Muhyiddin telah menyertai jemaah seramai 300 orang untuk melakukan sembahyang Hari Raya Aidiladha di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Kapasiti penuh kehadiran semua Ahli Parlimen adalah 220 orang, dan sudah tentunya 220 ini lebih sedikit daripada 300 orang, terutamanya memandangkan semua Ahli Parlimen dan kakitangan Parlimen telah diberikan vaksin.
Saya tidak pasti mengapa Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat, Rashid Hasnon, bercakap mengenai had kehadiran Ahli Parlimen kepada 80 orang, sedangkan semua Ahli dan kakitangan Parlimen telah divaksin.
Apa-apa pun, perkara ini menjadi kemuncak ironi mengenai bagaimana potensi pencapaian negara kita telah mencapai tahap terendah, di mana kita pada suatu masa dahulu di pertengahan tahun sembilan puluhan, merupakan perintis era teknologi maklumat dengan konsep Koridor Raya Multimedia (MSC) dan sepatutnya menjadi negara pertama yang melaksanakan sidang Parlimen secara maya — tetapi kita telah ketinggalan jauh di belakang negara lain yang bermula lebih lambat.
Yang di Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah, perlu menjelaskan mengapa negara kita telah mundur ke belakang sebegitu teruk dalam perkara ini.
Persoalan yang lebih penting sekarang adalah untuk memastikan sidang Parlimen pada hari Isnin memenuhi dua matlamat: pertamanya, memenuhi kesimpulan Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja Melayu dan Yang di Pertuan Agong pada 16 Jun untuk membahaskan Proklamasi Darurat, Ordinan Darurat, dan Pelan Pemulihan Negara, dan kedua, untuk membawa perubahan dalam perang melawan Covid-19.
Kerana inilah saya mencadangkan supaya mesyuarat Kabinet hari ini menetapkan matlamat untuk persidangan khas Parlimen pada hari Isnin akan datang ini, di mana Perdana Menteri memimpin apabila Parlimen bersidang, untuk mengubah nasib negara dalam perang melawan Covid-19 dengan pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dengan gabungan di setiap peringkat masyarakat untuk mengawal penularan Covid-19, menggunakan “Rancangan Pemulihan daripada Covid-19” yang dicadangkan Rancangan Tindakan Kecemasan Kesihatan (HEAP).
Perdana Menteri sepatutnya minta Parlimen untuk mengesahkan cadangan HEAP berasaskan tiga garis panduan berikut:
1. Kepercayaan dan ketelusan amatlah penting dalam usaha melawan pandemik ini
2. Perlu ada pendekatan melibatkan keseluruhan masyarakat
3. Kita memerlukan penyelesaian yang tidak berasaskan sekatan pergerakan.
HEAP telah memberikan amaran yang kita belum melihat situasi yang terburuk dengan pandemik ini lagi.
Marilah jadikan persidangan Parlimen ini satu usaha untuk mendapatkan perpaduan, keazaman, dan komitmen semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, agama, kawasan, mahupun politik, untuk menamatkan waktu terburuk pandemik Covid-19 di Malaysia memandangkan kita sudah pun melihat korban nyawa yang amat tinggi, dengan 7,241 kematian dan juga secara purata tiga kejadian bunuh diri setiap hari.
(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 21 Julai 2021)