(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
The Cabinet today should follow the advice of the Johore Crown Prince, Tunku Ismail Sultan Ibrahim of no politicking and focus on health and economic crisis by inviting all leaders of political parties to a Roundtable Conference on the Covid-19 pandemic.
In breaking into the five-figure daily Covid-19 caseload yesterday , Malaysia became the top 13th country in the world in terms of daily new Covid-19 cases – a measure of the enormity of the failure of the government’s emergency measures to fight the Covid-19 pandemic, when two months before the emergency on January 11, 2021, Malaysia was ranked No. 85 in cumulative total of Covid-19 cases.
We have overtaken 53 countries and are now ranked No. 32 with 855,949 Covid-19 cases and 6,385 Covid-19 deaths.
By any measure, micro or macro, the Muhyiddin Cabinet has failed the nation in the war against the Covid-19 pandemic and should honourably resign especially as it could not demonstrate that it has the confidence of a majority of Members of Parliament.
But Malaysians are prepared to put all political considerations aside to focus single-mindedly on the health and economic crisis facing Malaysia provided the Cabinet is capable of rising up to the occasion.
If the ignominy of Malaysia becoming the world’s top 13th country in daily Covid-19 caseloads is incapable of lifting the Muhyiddin Cabinet to higher standards to turn the tides of defeat to win the war against the Covixd-19 pandemic, nothing will.
This is why today’s Cabinet meeting is critical – not only for the Cabinet but also for the nation.
I call on the Cabinet to rise to the occasion and perform the five tasks I outlined yesterday, viz:
1. The convening of Parliament on July 26, 2021 and a full debate on the Covid-19 pandemic crisis.
2. The ending of the emergency on August 1, 2021 as it is a dismal failure and wrong strategy to fight the war against the Covid-19 pandemic.
3. An apology to the nation for the failure of the government strategy and approach in the war against the Covid-19 pandemic, especially in the last six months of the emergency, causing a toll of 6,260 deaths (as of yesterday) and unprecedented high number of suicides, and supported by three international surveys, namely:
i. June 2021 Bloomberg Covid Resilience Ranking with Malaysia falling 35 places from its 16th ranking in January 2021 to 51st position in June 2021 edition out of 53 economies of more than US$200 billion;
ii. Economist’s global normalcy index which placed Malaysia in the last 50th position out 50 countries; and
iii. Nikkei Covid-19 Recovery Index on 7th July which ranks Malaysia No. 114 out of 120 countries on infection management, vaccine rollouts and social mobility.
4. Authorise the drafting of a new strategy to replace the National Recovery Plan to win the invisible but lethal war against Covid-19 pandemic by breaking from the present strategy of blind faith in lockdowns; and
5. Immediately invite all parliamentary political parties, including the Opposition parties, to a Covid-19 Pandemic Roundtable to draft a new strategy in the war against Covid-19 pandemic and to present the new strategy for endorsement by Parliament when it reconvenes on July 26, 2021.
The Cabinet should also work closely with the Parliamentary Select Committee (PSC) on health, science and innovation which is meeting on July 23 to draft a new strategy in the war against Covid-19 pandemic.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 14th July , 2021)
#kerajaangagal173 — Mesyuarat Kabinet hari ini perlu mengambil kira nasihat TMJ untuk berhenti berpolitik dan menumpukan usaha kepada krisis kesihatan dan ekonomi dengan menjemput semua pemimpin parti politik ke Persidangan Meja Bulat mengenai Pandemik Covid-19
Mesyuarat Kabinet hari ini perlu mengambil kira nasihat Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk berhenti berpolitik dan menumpukan usaha kepada krisis kesihatan dan ekonomi dengan menjemput semua pemimpin parti politik ke Persidangan Meja Bulat mengenai Pandemik Covid-19.
Dengan mencecah lima angka jumlah kes baharu Covid-19 semalam, Malaysia berada di tempat ke-13 dengan kadar kes baharu tertinggi di dunia — satu ukuran betapa besarnya kegagalan pengisytiharan darurat kerajaan untuk melawan wabak ini, sedangkan dua bulan sebelum darurat diisytiharkan pada 11 Januari 2021, Malaysia berada di tempat ke-85 dari segi jumlah kes terkumpul berbanding dengan negara-negara lain di seluruh dunia.
Kita telah mengatasi kedudukan 53 buah negara dan kini berada di tempat ke-32 dengan 855,949 kes terkumpul dan 6,385 kematian akibat Covid-19.
Tidak kira apa pun ukurannya, baik mikro mahupun makro, kerajaan Muhyiddin ini telah gagal dalam perang melawan wabak ini, dan mereka patut mengundurkan diri secara terhormat, terutamanya apabila mereka gagal menunjukkan yang mereka masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen.
Tetapi, rakyat Malaysia bersedia untuk mengetepikan pertimbangan politik untuk menumpukan semua usaha kepada krisis kesihatan dan ekonomi yang dihadapi oleh negara, dengan syarat, Kabinet juga bersedia untuk berbuat demikian.
Sekiranya penghinaan di mana Malaysia kini menjadi negara di tempat ke-13 dengan peningkatan harian kes Covid-19 di dunia ini tidak mampu untuk memberikan kesedaran kepada Kabinet Muhyiddin untuk mengubah hala tuju dan mengalahkan wabak Covid-19 ini, tidak ada apa-apa perkara lain yang boleh mengubah mereka.
Kerana itulah mesyuarat Kabinet hari ini kritikal — bukan sahaja kepada Kabinet itu sendiri, tetapi juga untuk seluruh negara.
Saya seru Kabinet untuk menjalankan lima tugas yang cadangkan semalam, iaitu:
1. Memanggil persidangan Parlimen pada 26 Julai 2021 dengan perbahasan penuh berhubung krisis pandemik Covid-19.
2. Penamatan darurat pada 1 Ogos 2021 kerana ia membawa kegagalan teruk dan jelas merupakan satu strategi yang salah untuk melawan Covid-19.
3. Permohonan maaf kepada negara atas kegagalan strategi dan pendekatan yang diterapkan kerajaan dalam perang lawan pandemik Covid-19, terutamanya dalam tempoh enam bulan terakhir darurat, yang telah mengakibatkan 6,260 nyawa terkorban dan jumlah kes bunuh diri yang tinggi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, yang dibuktikan oleh tiga tinjauan penerbitan antarabangsa:
i) Carta Ketahanan Covid Bloomberg untuk bulan Jun 2021 di mana Malaysia jatuh 35 anak tangga daripada tempat ke-16 pada bulan Januari 2021 kepada tempat ke-51 daripada 53 buah negara dengan saiz ekonomi yang lebih besar daripada ASD200 bilion;
ii) Indeks Kenormalan Global The Economist yang meletakkan Malaysia di tempat ke-50 daripada 50 negara; dan
iii) Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei yang diterbitkan pada 7 Julai yang meletakkan di tempat ke-114 daripada 120 negara dari segi pengurusan jangkitan, pemberian vaksin, dan mobiliti sosial.
4. Meluluskan penyusunan strategi baru untuk menggantikan Pelan Pemulihan Negara untuk menang dalam perang yang tidak dapat dilihat tetapi amat berbahaya terhadap Covid-19 dengan membebaskan negara dari strategi kepercayaan membuta tuli terhadap pelaksanaan “sekatan pergerakan” semata-mata; dan
5. Segera mengundang semua parti yang mempunyai wakil di parlimen, termasuk parti-parti Pembangkang, untuk menyusun strategi baru dalam perang melawan Covid-19 dan membentangkan strategi ini untuk diluluskan Parlimen semasa persidangan pada 26 Julai.
Kabinet juga perlu bekerjasama dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Kesihatan, Sains, dan Inovasi yang akan bermesyuarat pada 23 Julai untuk merangka strategi baharu dalam memerangi Covid-19.
(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 14 Julai 2021)