COVID-19

#kerajaangagal166 –Call for a “Malaysia Reset” Roundtable of political and civil society on the occasion of the anniversaries of 64th National Day/58th Malaysia Day on August 31/Sept. 15 to save Malaysia from the fate of a failed state

By Kit

July 11, 2021

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

An international media two days ago carried an article entitled: “Malaysia is staggering down the road to failed statehood”.

I agree. Malaysia is not yet a failed state but it is on the trajectory of a failed state, and Malaysians, regardless of race, religion, region or politics, must unite to save Malaysia from the fate of a failed state.

Malaysia has failed to live up to the promises of Merdeka in 1957 and the formation of Malaysia in 1963 for the country to be an example and showcase to the troubled world as to how diverse races, languages, religions, cultures and civilisations could successfully co-exist and integrate to build a united, harmonious, purposive, democratic, just, progressive and prosperous nation – a top world-class nation.

Malaysia has become one of the worst-performing nations in the world in the 18-month long Covid-19 pandemic, overtaking in less than eight months over 50 countries having the most cumulative total of Covid-19 cases – falling from 85th rank in November last year to 33rd rank today.

Previous worst-performing nations like China, United States, India, United Kingdom, Italy, France, Spain, Germany, Turkey and Iran have turned the corner and seen light at the end of the tunnel, considerably reduced their Covid-19 cases (India fell by 90%, US by 95% and China by 99.8% from their respective peaks) and Covid-19 deaths (India fell by 82%, US by 97% and China by 99% from their respective peaks), while Malaysia has just set a new daily peak of 9,353 cases yesterday and breaking the 6,000-mark for cumulative total of Covid-19 deaths.

From the present rate of Covid-19 infection, Malaysia will be ranked among the 30 worst countries in the world in the Covid-19 pandemic, having more than a million cases and over 10,000 Covid-19 deaths when we celebrate our 64th National Day on August 31 and 58th Malaysia Day on Sept. 16, 2021.

I call for a “Malaysia Reset” Roundtable of the political and civil society on the occasion of the anniversaries of the 64th National Day/58th Malaysia Day on August 31/Sept. 15 to save Malaysia from the fate of a failed state

The “Malaysia Reset” Roundtable Conference should, among others, pursue the following objectives:

1. Reaffirm Malaysia as a constitutional monarchy based on parliamentary democracy.

2. Uphold the five nation-building principles of Rukun Negara.

3. Make Malaysia a normal democratic country.

4. Restore Parliament as the highest legislative and political chamber in the land, in accordance with the constitutional doctrine of separation of powers among the Executive, Legislature and Judiciary.

5. Uphold the independence, impartiality and professionalism of the Judiciary.

6. Ensure an independent, non-partisan, professional and efficient Election Commission.

7. War against corruption, cronyism and abuses of power.

8. Malaysia should become a country where the talents and expertise of all Malaysians can find fulfilment so that the nation realise the full potential in its development in all spheres of human endeavour.

9. The fulfilment of aspirations of the people of Sabah and Sarawak for an equal place under the Malaysian sun, as spelt out in the 1963 Malaysia Agreement.

10. An national unity mission and goal to unite all Malaysians e.g. a united and progressive Malaysian nation in 2050.

Seventy years ago in 1951, the founder of UMNO Datuk Onn Jaafar was told that he was “too ahead of the times” when he left UMNO because his proposal to UMNO to open its doors to non-Malays and end the race-based communalist politics was rejected.

Fifty-five years ago, on 18th March 1966, DAP was told that we are “too ahead of the times” when we formed a political party dedicated towards the goal of a democratic, prosperous and just Malaysia for all Malaysians, regardless of race, religion or region.

Thirty-four years ago, in December 1987, a top police official visited me where I was held in solitary confinement for 60 days during the ISA custodial detention in my second ISA detention under Operation Lalang, and I was told that I would be formally detained and be sent to Kamunting Detention Centre, because the DAP was “too ahead of the times” although DAP principles and polices are right and good for the country – but it might take another generation for them to become generally acceptable.

This is 2021, sixty-four years after Merdeka in 1957 and 58 years after the formation of Malaysia – after three generations of Malaysians.

Are we still “too ahead of the times” to expect Malaysians to think of themselves as Malaysian first, and their other ethnic, religious, cultural, linguistic and regional identities second?

A “Malaysia Reset” is imperative but such a “Malaysia Reset” is only possible if two conditions are met:

· firstly, Malaysians, regardless of race, religion, region or politics reach a consensus to strive to achieve Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman’s aspiration for Malaysia to be “a beacon of light in a difficult and distracted world”; and

· secondly, for Malaysians to stop thinking of themselves merely as Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Ibans, Orang Asli but to start thinking of themselves as Malaysians!

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Sunday, 11th July , 2021)

 

#kerajaangagal166 — Seruan untuk persidangan meja bulat “Reset Malaysia” bersama dengan parti politik dan persatuan sivil sempena Hari Kebangsaan ke-64 dan Hari Malaysia ke-58 untuk menyelamatkan Malaysia dari menjadi negara gagal

Satu akhbar antarabangsa menerbitkan satu artikel pendapat yang bertajuk “Malaysia sedang menjunam ke arah negara gagal”.

Saya setuju. Malaysia belum menjadi sebuah negara gagal, tetapi kita sedang berada dalam sebuah trajektori ke arah menjadi negara gagal, dan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang kaum, agama, kawasan, atau politik, perlu bersatu-padu untuk menyelamatkan negara kita daripada ditakdirkan menjadi sebuah negara gagal.

Kita telah gagal untuk memenuhi aspirasi Merdeka pada tahun 1957 dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963 di mana negara ini sepatutnya menjadi contoh dan menunjukkan kepada dunia yang bermasalah tentang bagaimana pelbagai kaum, bahasa, agama, budaya dan peradaban dapat berjaya wujud bersama dan berintegrasi untuk membina sebuah negara yang bersatu, harmoni, bermatlamat, demokratik, adil, progresif dan sejahtera — sebuah negara bertaraf dunia yang terbaik.

Malaysia telah menjadi salah satu negara dengan prestasi terburuk di dunia dalam mengendalikan wabak Covid-19 untuk 18 bulan yang lepas, dalam masa tidak sampai lapan bulan, melonjak 50 kedudukan dari segi jumlah kes Covid-19 terkumpul — dari tempat ke-85 pada bulan November tahun lepas ke kedudukan ke-33 hari ini.

Negara-negara dengan prestasi terburuk sebelum ini seperti China, Amerika Syarikat, India, United Kingdom, Itali, Perancis, Sepanyol, Jerman, Turki dan Iran telah berubah kepada yang lebih baik dan kini dapat melihat cahaya di hujung terowong, mengurangkan kes Covid-19 mereka (India menyaksikan penurunan 90%, AS 95% dan China 99.8% dari kemuncak penularan masing-masing) dan kematian Covid-19 (India jatuh 82%, AS 97% dan China 99% dari puncak masing-masing), sementara Malaysia baru sahaja mencapai kemuncak harian baru sebanyak 9,353 kes semalam dan memecahkan angka 6,000 untuk jumlah kematian Covid-19 terkumpul.

Dengan kadar jangkitan Covid-19 semasa ini, Malaysia akan berada dalam kalangan 30 negara dengan jumlah kes tertinggi di dunia, dengan lebih daripada satu juta kes dan lebih daripada 10,000 kematian akibat Covid-19 menjelang Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia ke-58 pada 16 September 2021.

Saya menggesa supaya persidangan meja bulat “Reset Malaysia” bersama dengan parti politik dan persatuan sivil sempena Hari Kebangsaan ke-64 dan Hari Malaysia ke-58 diadakan untuk menyelamatkan Malaysia dari menjadi negara gagal.

Persidangan Meja Bulat “Reset Malaysia” harus antara lain mencapai objektif berikut:

1. Menegaskan semula asas Malaysia sebagai negara dengan sistem raja berperlembagaan yang berteraskan demokrasi berparlimen.

2. Menegakkan lima prinsip pembinaan negara Rukun Negara.

3. Menjadikan Malaysia sebagai negara demokratik yang normal.

4. Kembalikan Parlimen sebagai ruang perundangan dan politik tertinggi dalam negara, selari dengan doktrin pemisahan kuasa di antara pihak Eksekutif, Badan Perundangan dan Kehakiman.

5. Menegakkan kebebasan, sifat tidak partisan, dan profesionalisme Kehakiman.

6. Memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas, tidak berpihak, profesional dan cekap.

7. Perang menentang rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

8. Malaysia perlu menjadi sebuah negara di mana bakat dan kepakaran semua rakyat Malaysia dapat memperoleh kepuasan sehingga negara dapat merealisasikan potensi penuh dalam pembangunannya dalam semua bidang usaha manusia.

9. Pemenuhan aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak untuk mendapat tempat yang saksama di bawah sinar matahari Malaysia, seperti yang dijelaskan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

10. Misi dan matlamat perpaduan nasional untuk menyatukan semua rakyat Malaysia, misalnya, bangsa Malaysia yang bersatu dan progresif pada tahun 2050.

Tujuh puluh tahun yang lalu pada tahun 1951, pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar diberitahu bahawa beliau “terlalu awal untuk era itu” ketika beliau meninggalkan UMNO kerana cadangannya kepada UMNO untuk membuka pintu kepada orang bukan Melayu dan mengakhiri politik komunal berdasarkan kaum ditolak.

Lima puluh lima tahun yang lalu, pada 18 Mac 1966, DAP diberitahu bahawa kita “terlalu maju untuk era tersebut” ketika kita membentuk sebuah parti politik yang ditujukan untuk tujuan sebuah Malaysia yang demokratik, makmur dan adil untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau wilayah.

Tiga puluh empat tahun yang lalu, pada bulan Disember 1987, seorang pegawai tinggi polis melawat saya di mana saya ditahan dalam penjara selama 60 hari semasa penahanan di bawah ISA kedua saya di bawah Operasi Lalang, dan saya diberitahu bahawa saya akan ditahan secara rasmi dan dihantar ke Pusat Penahanan Kamunting, kerana DAP “terlalu kehadapan berbanding dengan zaman itu” walaupun prinsip dan polisi DAP betul dan baik untuk negara — tetapi mungkin memerlukan generasi lain agar mereka dapat diterima secara umum.

Kini, sudah 2021, enam puluh empat tahun selepas Merdeka pada tahun 1957 dan 58 tahun selepas pembentukan Malaysia — sudah ada tiga generasi rakyat Malaysia.

Adakah masih “terlalu awal” untuk kita meminta rakyat Malaysia untuk melihat diri mereka pertamanya sebagai rakyat Malaysia, mengutamakan identiti Malaysia mereka sebelum identiti-identiti lain mereka?

“Reset Malaysia” ini memang penting, tetapi perkara ini hanya boleh berlaku sekiranya dua keadaan berikut dipenuhi:

– Pertama, rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum , agama, wilayah atau politik mencapai kata sepakat untuk berusaha mencapai hasrat Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman agar Malaysia menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”; dan

– Kedua, agar rakyat Malaysia berhenti memikirkan diri mereka hanya sebagai orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli sebaliknya mula melihat diri mereka, pertamanya sebagai rakyat Malaysia!

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 11 Julai 2021)