Lim Kit Siang

#kerajaangagal146 – The Cabinet tomorrow will decide whether there will be a full-blown constitutional crisis as the Yang di Pertuan Agong has made it crystal clear as to what he meant by “as soon as possible”

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The Cabinet tomorrow will decide whether there will be a full-blown constitutional crisis as the Yang di Pertuan Agong has made it crystal clear as to what he meant by “as soon as possible”.

After meeting Dewan Rakyat speaker Azhar Azizan Harun, his deputies Azalina Othman Said and Mohd Rashid Hasnon, Dewan Negara president Rais Yatim and his deputy Mohamad Ali Mohamad at Istana Negara this morning, the Yang di Pertuan Agong reiterated that Parliament should be convened “as soon as possible” as he wishes to see the emergency proclamation and emergency ordinances debated in Parliament, in accordance to Article 150(3) of the Federal Constitution.

If Parliament is convened after emergency is ended on August 1, then it becomes academic and purposeless to debate the emergency proclamation and the emergency ordinances for emergency would have ended.

After the Yang di Pertuan Agong’s meeting with the presiding officers of Dewan Rakyat and Dewan Negara today, there is no question as to the meaning of “as soon as possible” intended by the Yang di Pertuan Agong and the Rulers at the Conference of Rulers special meeting on June 16.

Any Cabinet Minister who still doubt as to what the Yang di Pertuan Agong meant, and thought it could extend to the convening of Parliament in September, October or indefinitely is a fool or an imbecile, and is not fit to continue to be in the Cabinet and Malaysians as a whole have the right to demand his or her resignation as a Minister as he or she does not have the necessary IQ to be in the Cabinet.

(Media Statement (3) by DAP MP for Iskandar Puteri in Kuala Lumpur on Tuesday, June 29, 2021)

 


#kerajaangagal146 – Kabinet esok perlu memutuskan sama ada akan berlaku krisis perlembagaan pada skala besar kerana Yang di-Pertuan Agong telah menjelaskan dengan jelas tentang apa yang dimaksudkan baginda dengan titah “secepat mungkin”

Kabinet esok perlu memutuskan sama ada akan berlaku krisis perlembagaan pada skala besar kerana Yang di-Pertuan Agong telah menjelaskan dengan jelas tentang apa yang dimaksudkan baginda dengan titah “secepat mungkin”.

Selepas mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan dua timbalannya Azalina Othman Said dan Mohd Rashid Hasnon serta presiden Dewan Negara, Rais Yatim dan timbalannya, Mohamad Ali Mohamad di Istana Negara pagi ini, Yang di-Pertuan Agong sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Sekiranya Parlimen bersidang setelah darurat berakhir pada 1 Ogos, maka tidak ada lagi keperluan untuk membahaskan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat kerana tempoh darurat sudah berakhir.

Selepas pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan wakil-wakil dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara hari ini, tiada lagi keraguan mengenai “secepat mungkin” yang dimaksudkan oleh baginda dan Majlis Raja-raja Melayu selepas mengadakan perbincangan khas pada 16 Jun.

Mana-mana Menteri yang masih ragu-ragu mengenai apa yang dimaksudkan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan berpendapat sidang Parlimen boleh ditangguhkan sehingga bulan September, Oktober atau tanpa tarikh yang jelas adalah bodoh atau jahil, malah tidak layak untuk terus berada dalam barisan Kabinet dan rakyat Malaysia berhak menuntut agar Menteri terbabit berundur kerana jelas mereka tidak mempunyai kepintaran yang diperlukan untuk berada dalam Kabinet.

(Kenyataan Media (3) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 29 Jun 2021)

Exit mobile version