Lim Kit Siang

#kerajaangagal121 – Time is closing in for the Muhyiddin government to call for an emergency Cabinet meeting to comply with the Dewan Rakyat Standing Orders with the requisite 28 days’ notice to convene Parliament on July 19 and avoid any constitutional crisis

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Time is closing in for the Muhyiddin government to call for an emergency Cabinet meeting to comply with the Dewan Rakyat Standing Orders with the requisite 28 days’ notice and to convene Parliament on July 19, 2021 and avoid any constitutional crisis in the country.

The Dewan Rakyat Standing Orders provide that the Prime Minister will decide, at least 28 days in advance, when the Dewan Rakyat should meet, which means that tomorrow Sunday 20th June 2021 is the deadline for the Prime Minister to convene Parliament on July 19 and comply with the Dewan Rakyat Standing Orders on the 28 days’ requisite notice.

If the Cabinet meets on Wednesday, 23rd June 2021, it will not be able to convene the Dewan Rakyat on July 19 and comply with the Dewan Rakyat Standing Orders with the 28 days’ requisite notice, although it will still be possible to convene Parliament for the last ten days of July from July 22 – 30, 2021.

It has been argued that by using the Emergency Ordinance, this requirement of requisite 28 days’ notice can be set aside.

It must have shocked the world, just as it had shocked Malaysians, that the Yang di Pertuan Agong’s decree that the suspended Parliament ought to be reconvened “as soon as possible” to allow MPs to debate the emergency laws and the national recovery plan could be a subject of contention.

From the statements of the PAS Ministers, they have taken a position that the Yang di Pertuan Agong’s decree is in line with the Muhyiddin government’s stand that Parliament could be convened in September or October under Phase Three of the National Recovery Plan.

So far the Prime Minister and the other Perikatan Nasional Cabinet Ministers have not made public their interpretation of ASAP in this context.

Apart from the PAS leadership, nobody seems to have any problem as to what the Yang di Pertuan Agong meant with regard to the convening of Parliament ASAP. Why is this so?

This is not the first time that the Yang di Pertuan Agong had said that Parliament should meet despite the state of the emergency – as the Yang di Pertuan Agong had expressed this view when he met the President of Senate Rais Yatim and the Speaker of Parliament Azhar Azizan Harun in February.

It is shocking to see PAS Ministers trying to stretch the meaning of “as soon as possible” (ASAP) to embrace September or October under Phase Three of the National Recovery Plan.

But there are four objections to such an elastic expansion of the meaning of “ASAP”, viz:

· A Parliament convened after the end of emergency on August 1 will not comply with Article 150(3) which require the emergency ordinances to be laid before Parliament.

· The Yang di Pertuan Agong and the Rulers did not subject the convening of Parliament and the State Assemblies to the ending of emergency or the improvement of the Covid-19 situation.

· The Prime Minister had not convened Parliament in September or October but merely announced in his live national telecast on the eve of the Conference of Rulers special meeting that Parliament could be convened in September or October under Phase Three of the National Recovery Plan if three conditions are met: an average of less than 2,000 Covid-19 cases daily, sufficient ICU capacity and up to 40 percent of the population fully vaccinated. If these three conditions are not met, Parliament will not be convened in September or October.

· The Covid-19 situation is worsening, with a daily increase of 6,440 new Covid-19 cases and 74 new Covid-19 deaths yesterday – about three times more cases than the 2,232 new Covid-19 cases on January 11 when emergency was proclaimed, and about 19 times the four deaths on the first day of the Emergency.

The Prime Minister should not tarry and delay but should immediately hold an emergency Cabinet meeting to convene Parliament on July 19 for the country to start anew and unite Malaysians to win the war against Covid-19 pandemic. Any other interpretation of ASAP in the Yang di Pertuan Agong’s decree to convene Parliament will divide Malaysians further.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Saturday 19th June 2021)


#kerajaangagal121 — Masa semakin suntuk untuk kerajaan Muhyiddin mengadakan mesyuarat khas Kabinet untuk memanggil sidang Parlimen pada 19 Julai untuk mengelakkan sebarang krisis perlembagaan

Masa semakin suntuk untuk kerajaan Muhyiddin mengadakan mesyuarat khas Kabinet untuk memanggil sidang Parlimen pada 19 Julai untuk mengelakkan sebarang krisis perlembagaan memandangkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat memerlukan notis sekurang-kurangnya 28 hari sebelum persidangan bermula.

Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat memperuntukkan bahawa Perdana Menteri perlu memutuskan 28 hari lebih awal, bila Dewan Rakyat perlu bersidang. Perkara ini bermakna esok 20 Jun 2021 adalah tarikh akhir untuk Perdana Menteri memanggil sidang Dewan Rakyat pada 19 Julai dengan menghormati peruntukan Peraturan Mesyuarat ini.

Sekiranya Kabinet hanya bermesyuarat pada hari Rabu, 23 Jun 2021, ia tidak akan dapat memanggil sidang Parlimen pada 19 Julai dan pada masa yang sama menghormati peruntukan Peraturan Mesyuarat, walaupun masih terdapat ruang untuk mengadakan sidang Parlimen dalam 10 hari terakhir bulan Julai di antara 22 sehingga 30 Julai 2021.

Ada pihak yang memberikan hujah mengatakan yang dengan Ordinan Darurat, keperluan notis 28 hari ini dapat diketepikan.

Pastinya menjadi kejutan kepada seluruh dunia, seperti mana ia mengejutkan rakyat Malaysia, yang Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong menitahkan supaya Parlimen bersidang semula secepat mungkin untuk membolehkan Ahli-ahli Parlimen membahaskan undang-undang darurat dan Pelan Pemulihan Negara yang sedang hangat diperbincangkan.

Daripada kenyataan Menteri-menteri PAS, kelihatan seperti mereka mengambil kedudukan bahawa titah Yang di Pertuan Agong adalah selari dengan pendirian kerajaan Muhyiddin bahawa Parlimen akan dipanggil bersidang pada bulan September atau Oktober di bawah Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara.

Setakat ini, Perdana Menteri dan Menteri-menteri lain Perikatan Nasional masih belum menyatakan tafsiran “secepat mungkin” mereka dalam konteks ini.

Selain daripada pimpinan PAS, tidak ada sesiapa yang lain yang kelihatan seperti mempunyai masalah untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Yang di Pertuan Agong sebagai “secepat mungkin”. Mengapakah begini?

Ini bukanlah kali pertama Yang di Pertuan Agong menzahirkan bahawa Parlimen patut bersidang walaupun negara sedang berada dalam darurat — Baginda juga menzahirkan perkara yang sama semasa berjumpa dengan Yang di Pertua Dewan Negara, Rais Yatim dan Yang di Pertuan Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun pada bulan Februari.

Amat mengejutkan apabila Menteri-menteri PAS cuba mengubah maksud “secepat mungkin” menjadi tiga bulan sehingga bulan September atau Oktober di bawah Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara.

Tetapi, terdapat empat perkara yang menghalang pengubahan makna “secepat mungkin” ini, iaitu:

– Parlimen yang bersidang selepas 1 Ogos bertentangan dengan Perkara 150(3) Perlembagaan yang memerlukan Ordinan Darurat dibentangkan di Parlimen

– Yang di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu tidak mengatakan yang persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri hanya boleh berlaku selepas tamatnya darurat atau penambah baikan keadaan Covid-19

– Perdana Menteri belum memanggil sidang Parlimen pada bulan September atau Oktober, sebaliknya hanya mengumumkan dalam perutusan langsung beliau yang Parlimen akan bersidang dalam Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara sekiranya tiga syarat dipenuhi: purata kes harian di bawah 2,000 kes sehari, jumlah katil unit rawatan rapi yang mencukupi, dan sehingga 40% populasi telah diberikan vaksin. Sekiranya syarat ini tidak dipenuhi, mungkin Parlimen tidak akan dipanggil bersidang pada bulan September atau Oktober.

– Keadaan Covid-19 dalam negara semakin meneruk, dengan peningkatan harian 6,440 kes dan 74 kematian semalam — kira-kira tiga kali ganda berbanding dengan 2,232 kes pada 11 Januari semasa darurat diisytiharkan, dan 19 kali ganda lebih ramai kematian berbanding dengan empat kematian pada hari pertama darurat.

Perdana Menteri tidak boleh terus berlengah lagi, tetapi perlu memanggil mesyuarat Kabinet segera untuk memanggil sidang Parlimen pada 19 Julai untuk membolehkan kita membuat permulaan baharu dan menyatukan rakyat Malaysia untuk melawan wabak Covid-19. Sebarang tafsiran berbeza terhadap “secepat mungkin” yang dititahkan oleh Yang di Pertuan Agong hanya akan memecah belahkan rakyat Malaysia.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 19 Jun 2021)

Exit mobile version