#kerajaangagal110 – The “flying car” Minister, who made everyone squirm when he opened his mouth when he was in Pakatan Harapan Government, is right this time – no need for NOC but crucial to open Parliament


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The “flying car” Minister, who made everyone squirm when he opened his mouth when he was in Pakatan Harapan Government, is right this time – no need for a National Operations Council (NOC) but crucial to reconvene Parliament as soon as possible.

May be this was the reason why he was sidelined and excluded from the National Security Council; (NSC) meetings on the Covid-19 disaster, although he is the Minister in charge of the National Disaster Management Agency (Nadma).

Mohd Redzuan Md Yusof, the Special Functions Minister in the Prime Minister’s Department, recently lamented that he was no longer invited to NSC meetings on Covid-19.

He said: “As of now, I am not a member of the NSC. I used to be. I do not know what is going on. The last time I was with NSC was before Hari Raya (Aidilfitri).”

Redzuan was describing how a kakistocracy works.

As for the National Covid-19 Immunisation Programme (NIP), Redzuan felt that more could be done.

He questioned the decision to accept certain vaccines but not others that have received approval from their countries of origin and the World Health Organization (WHO) like Sputnik V and Sinopharm.

Redzuan was also critical of the government’s handling of the inoculation process, including the focus on setting up mega vaccine centres, better known as PPVs.

He said while such facilities might be good for large cities to prevent overcrowding, the government should instead utilise existing facilities nationwide to make it easier for the public to get vaccinated.

Redzuan also complained that the government had not fully made use of its immense human resources, which could be mobilised to speed up the NIP, for example, the Civil Defence Force (CDF), an agency under Nadma, which has more than 2.2 million volunteers.

I find myself agreeing more with Redzuan than with the Prime Minister and other members of the present bloated Cabinet, and definitely more now than when Redzuan was a Minister in the Pakatan Harapan days – on his stand with regard to the government’s handling of the pandemic especially with regard to the vaccination rollout.

But his most profound contribution is his view that there is no need for a National Operations Council (NOC) in Malaysia in 2021 and crucial to reconvene Parliament as soon as possible.

Will Foreign Minister, Hishamuddin Hussein, touted as a Prime-Ministerial possibility and the second minister to criticise Putrajaya’s pandemic response particularly the pace of the national vaccination rollout, support Redzuan in Cabinet for an end to the emergency and the reconvening of Parliament immediately?

(Media Statement (3) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 14th June 2021)

=======================

#kerajaangagal110 — Menteri “kereta terbang” yang membuatkan semua orang menggelupur apabila beliau membuka mulutnya semasa beliau merupakan sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan mengatakan perkara yang tepat kali ini, tidak ada keperluan untuk MAGERAN tetapi penting untuk Parlimen dibuka

Menteri “kereta terbang” yang membuatkan semua orang menggelupur apabila beliau membuka mulutnya semasa beliau merupakan sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan mengatakan perkara yang tepat kali ini, tidak ada keperluan untuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) tetapi penting untuk Parlimen bersidang semula secepat mungkin.

Mungkin inilah sebabnya mengapa beliau diketepikan dan dikeluarkan daripada mesyuarat-mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan dengan bencana Covid-19, walaupun beliau adalah menteri yang bertanggungjawab ke atas Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA).

Mohd Redzuan Mohd Yusof, Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, baru-baru ini mendedahkan yang beliau tidak lagi dijemput ke mesyuarat MKN mengenai Covid-19.

Beliau berkata: “Setakat ini, saya bukan lagi ahli MKN. Saya pernah menganggotainya. Saya tidak tahu apa yang berlaku. Kali terakhir saya menyertai mesyuarat MKN adalah sebelum Hari Raya (Aidilfitri).”

Redzuan sedang menjelaskan bagaimana kakistokrasi bergerak.

Mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Redzuan merasakan banyak lagi perkara yang boleh dilakukan.

Beliau mempersoalkan keputusan untuk menerima sesetengah vaksin tetapi pada masa yang sama tidak yang lain sedangkan vaksin-vaksin ini telah menerima kelulusan daripada negara pengeluaran mereka dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seperti vaksin Sputnik V dan Sinopharm.

Redzuan juga bersifat kritikal terhadap cara kerajaan mengendalikan proses vaksinasi, termasuklah terhadap fokus kerajaan dalam membuka pusat vaksinasi berskala mega.

Beliau berkata, mungkin kemudahan seperti ini sesuai untuk bandar-bandar besar untuk mengelakkan kesesakan, kerajaan sepatutnya menggunakan kemudahan sedia ada untuk memudahkan rakyat untuk menerima vaksin.

Redzuan juga mengadu mengenai kerajaan tidak menggunakan sumber manusia yang sedia ada yang boleh digembeleng untuk mempercepatkan pelaksanaan PICK, seperti Pasukan Pertahanan Awam, sebuah agensi di bawah NADMA yang mempunyai lebih daripada 2.2 juta sukarelawan.

Saya mendapati diri saya bersetuju mengenai lebih banyak perkara dengan Redzuan berbanding dengan Perdana Menteri atau mana-mana ahli lain Kabinet gergasi sedia ada, semestinya saya lebih bersetuju dengan beliau sekarang berbanding dengan beliau semasa menjadi menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan — terutamanya mengenai pendirian beliau mengenai cara kerajaan mengendalikan program vaksinasi kebangsaan.

Tetapi, sumbangan terbesar beliau adalah kenyataan beliau yang mengatakan tidak ada perlunya untuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) di Malaysia pada tahun 2021, sebaliknya, penting untuk kita buka semula sidang Parlimen secepat mungkin.

Adakah Menteri Luar Negeri, Hishamuddin Hussein, yang kini dikatakan sebagai calon pengganti Perdana Menteri, dan juga menteri kedua yang telah mengkritik tindakan Putrajaya dalam menguruskan wabak ini, akan menyokong Redzuan dalam mesyuarat Kabinet untuk menamatkan darurat dan membuka semula sidang Parlimen secepat yang mungkin?

(Kenyataan Media (3) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 14 Jun 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.