COVID-19

#kerajaangagal76 — CITF should consider incentives to accelerate the national vaccination rollout to ensure that vaccination does not become the nation’s Achilles’ Heel in the Covid-19 Pandemic when it is definitely a game-changer although it may not be the silver bullet to end the pandemic

By Kit

May 28, 2021

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The public unhappiness, frustration and anger was palpable and tangible in the many MySejahtera technical difficulties faced by the people seeking an appointment to receive Astra Zeneca’s Covid-19 vaccine on Tuesday.

Although the Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) has apologised for the confusion and technical hitches, it has yet to regain public trust and confidence.

The question is whether the CITF has learnt any lesson from the poor website architecture on Tuesday, as no head is rolling over the technical and system problems of the MySejahtera app.

IT professionals believed the system was not designed to handle millions of simultaneous requests.

A typical website is not the same as a registration site, which has to interact with many other sites to send and receive data.

Over a million slots were snapped in about an hour after registration opened, with people soon venting on social media about the various technical glitches they faced on the JKJAV website.

Apart from being unable to view the vaccination centres despite refreshing the website, they were blocked from submitting their applications despite entering details several times. There were also numerous complaints from applicants who said their appointment dates would not load after they clicked on their respective states.

Among the other complaints include applicants not receiving a message after completing their registration, leaving them unsure if their application was successful.

It was previously reported that RM70 million had been allocated for the National Covid-19 Immunisation Programme’s data integration and appointment system, a sum that coordinating minister Khairy Jamaluddin last month said was “prudent” for the country’s largest-ever immunisation drive.

I support the call by the DAP Kampung Tunku assemblywoman Lim Yi Wei asking Khairy to reveal the vendor, project manager, lead tech and developer behind the PICK system, provide details on the firm’s credentials as well as how much of the RM70 million had been spent so far and why the Covid-19 vaccine supply access guarantee special committee (JKJAV)’s hotline and email helpdesk were not responding to the public.

This is all the more important as Khairy’s deputy, Ahmad Amzad Hashim, earlier said the registration had gone through a stress test without any hitches.

There should be full disclosure of Covid-19 procurement contracts to boost public confidence that the government is doing its best to procure the best suppliers and contractors for key services, goods and public works and this applies to the respective costs and details of the various Covid-19 vaccines.

CITF should consider incentives to accelerate the national vaccination rollout to ensure that vaccination does not become the nation’s Achilles’ Heel in the Covid-19 Pandemic when it is definitely a game-changer although it may not be the silver bullet to end the pandemic.

(Media Statement (3) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday May 28, 2021)

#kerajaangagal76 — JKJAV harus mempertimbangkan insentif untuk mempercepatkan program imunisasi kebangsaan untuk memastikan bahawa vaksinasi tidak menjadi titik lemah negara dalam memerangi wabak Covid-19 sedangkan ia sepatutnya menjadi pengubah keadaan walaupun bukan penawar ajaib

Kekecewaan dan kemarahan rakyat dapat dilihat apabila berhadapan dengan kesulitan teknikal sistem MySejahtera semasa cuba mendapatkan temu janji untuk vaksinasi AstraZeneca pada hari Selasa lepas.

Walaupun Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) telah meminta maaf atas kekeliruan dan masalah teknikal ini, pihaknya masih belum berjaya mendapatkan semula kepercayaan dan keyakinan masyarakat.

Persoalannya ialah apakah JKJAV telah mendapatkan pengajaran dari bentuk laman web yang buruk pada hari Selasa, memandangkan belum ada sesiapa yang bertanggungjawab atas kegagalan teknikal sistem MySejahtera ini.

Golongan profesional IT di seluruh negara percaya sistem ini tidak dibina untuk menguruskan berjuta-juta permintaan secara serentak.

Laman web biasa tidak sama dengan laman pendaftaran, yang harus berinteraksi dengan banyak laman web lain untuk menghantar dan menerima data.

Lebih dari satu juta slot diedarkan kira-kira sejam selepas pendaftaran dibuka, dengan orang ramai segera meluahkan kemarahan mereka di media sosial mengenai pelbagai halangan teknikal yang mereka hadapi di laman web JKJAV.

Selain tidak dapat melihat pusat vaksinasi walaupun telah memuatkan semula laman web, mereka juga dihalang daripada menghantarkan permohonan mereka berkali-kali. Terdapat juga banyak aduan dari pemohon yang mengatakan tarikh temujanji mereka tidak muncul selepas mereka mengklik di negeri masing-masing.

Antara aduan lain termasuklah pemohon yang tidak menerima pengesahan selepas menyelesaikan pendaftaran, membuat mereka tidak pasti sama ada permohonan mereka berjaya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa RM70 juta telah diperuntukkan untuk sistem integrasi data dan temu janji Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, jumlah yang dikatakan oleh menteri penyelaras Khairy Jamaluddin bulan lalu sebagai “agak jimat” untuk usaha imunisasi terbesar di negara ini.

Saya menyokong seruan oleh ADUN DAP Kampung Tunku, Lim Yi Wei yang meminta Khairy mendedahkan vendor, pengurus projek, teknologi utama dan pemaju di sebalik sistem PICK, memberikan perincian mengenai bukti kelayakan syarikat itu dan berapa banyak RM70 juta telah dibelanjakan setakat ini dan mengapa talian telefon dan e-mel JKJAV tidak memberi respons kepada orang ramai.

Ini semua lebih penting kerana timbalan Khairy, Ahmad Amzad Hashim, sebelumnya mengatakan bahawa sistem pendaftaran telah melalui ujian tekanan tanpa cabaran.

Seharusnya ada pendedahan penuh mengenai kontrak perolehan Covid-19 untuk meningkatkan keyakinan masyarakat bahawa kerajaan melakukan yang terbaik untuk mendapatkan pembekal dan kontraktor terbaik untuk perkhidmatan utama, barang dan kerja awam dan ini berlaku untuk kos dan perincian masing-masing pelbagai Covid -19 vaksin.

JKJAV harus mempertimbangkan insentif untuk mempercepatkan program imunisasi kebangsaan untuk memastikan bahawa vaksinasi tidak menjadi titik lemah negara dalam memerangi wabak Covid-19 sedangkan ia sepatutnya menjadi pengubah keadaan walaupun bukanlah penawar ajaib untuk menamatkan wabak ini.

(Kenyataan media (3) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 28 Mei 2021)