(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
Malaysia is having the worst of both worlds in the Covid-19 pandemic.
During the first 12 months of the pandemic, when the United States and the European nations were the worst-hit nations, Malaysia climbed from the ranking of No. 83 in November 2020 to be ranked No. 42 among nations with the most cumulative total of Covid-19 cases.
Now, when the game-changing impact of vaccination is causing a reversal of fortunes, as illustrated by the latest Bloomberg Covid Resilience Ranking (May 2021), providing a monthly snapshot of the best and worst places in the coronavirus era, Asia appears to be losing its edge with India overtaking the United States as the worst performing nation in the world in the Covid-19 pandemic.
Last month’s No. 1 – Singapore – slipped in May after a new flare-up, joining other Asian economies that had been lauded for nailing the virus. Taiwan and Japan dropped out of the top 10 amid sluggish inoculation drives and resurgent cases, while some of the world’s fiercest outbreaks held down places in Southeast and South Asia.
Overall, Asia accounted for seven of the biggest declines this month.
In contrast, the U.S. and parts of Europe have been steadily climbing up the ranking as the pandemic slowly recedes there. With vaccine protection growing, they’re reopening travel, scrapping mask mandates and looking to leave Covid-19 behind.
The U.K. jumped seven spots to 11th, and the U.S. is now at No. 13 in the Bloomberg Covid Resilience Ranking of May 2021.
But Malaysia did not benefit from the change of fortunes in the Covid-19 pandemic. In fact, we performed even worse than India and Indonesia.
India reached a peak of daily increase of 414,422 new Covid-19 cases on May 6, it had which had fallen by more than 40 per cent in the last five days in daily increase of new Covd-19 cases, while for the 15th consecutive day, Malaysia had a higher daily increase of new Covid-19 cases than Indonesia, which has about nine times the population of Malaysia!
Yesterday, Malaysia broke the record of daily increase of new Covid-19 cases with 7,478 new cases, bringing the cumulative total of Covid-19 cases to 533,367 cases and 2,432 Covid-19 deaths.
We maintain our position as the tenth in the world in terms of Covid-19 cases reported yesterday, except for France replacing Nepal in the first nine countries with the highest number of daily increase of new Covid-19 cases (worldometer) , viz:
1. India – 211,553 daily cases 2. Brazil – 78,714 3. Argentina – 35,399 4. Colombia ` 23,487 5. United States – 20,183 6. France – 12,646 7. Iran – 10,468 8. Turkey – 8,736 9. Russia – 8,373 10. Malaysia – 7,478 With the exception of Brazil, Argentina and Colombia, the other six nations of India, United States, France, Iran, Turkey and Russia have passed their peak but Malaysia is still on the upsurge to find the peak on the Covid-19 curve.
The Covid-19 vaccines may not be a silver bullet to end the Covid-19 pandemic but it is undoubtedly a game-changer as seen by the example of United States and United Kingdom.
It has been reported that the New York City Mayor Bill de Blasio will be bringing the city’s mobile vaccination units to beaches and parks to ramp up the vaccination rollout.
With the goal of making the vaccine more accessible to priority populations, New York City is expanding the number of walk-in vaccine sites for the elderly population city-wide.
This is what all the Malaysian states and districts should emulate, and I reiterate my call to ramp up and complete the national vaccination rollout by Malaysia Day on Sept. 16.
The Yang di Pertuan Agong should host an All-Party and All-NGOs conference to ramp up both the Find-Test-Trace-Isolate-Support (FTTIS) programme and the national vaccination rollout.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday May 27, 2021)
============================
#kerajaangagal72 – Vaksin mungkin bukan penyelesaian mudah untuk mengakhiri wabak Covid-19 tetapi tidak dinafikan lagi ia adalah pengubahan keadaan seperti yang dapat dilihat di Amerika Syarikat dan UK
Malaysia kini teruk dilanda wabak Covid-19.
Selama 12 bulan pertama penularan Covid-19, ketika Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah adalah negara yang paling teruk dilanda wabak itu, Malaysia naik dari kedudukan ke-83 pada November 2020 dan berada di kedudukan ke-42 antara negara-negara dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 tertinggi.
Kini, program vaksinasi mula memperlihatkan kesannya, seperti yang digambarkan oleh Bloomberg Covid Resilience Ranking (Mei 2021) yang terbaru — yang mengukur prestasi negara-negara dalam mengawal pandemik ini — negara-negara di Asia telah tewas kepada India, sekaligus mengatasi Amerika Syarikat sebagai negara dengan prestasi paling buruk di dunia dalam mengawal pandemik Covid-19.
Di kedudukan nombor satu bulan lalu – Singapura – jatuh beberapa anak tangga pada Mei selepas berdepan peningkatan kes baharu Covid-19, menyertai negara-negara Asia lain yang sebelum ini diberikan pujian kerana berjaya mengawal penularan virus berkenaan. Taiwan dan Jepun jatuh dari 10 tangga teratas ekoran program vaksinasi yang berjalan perlahan ditambah peningkatan mendadak kes harian, sementara penularan wabak berkenaan semakin mengganas di beberapa negara di Asia Tenggara dan Asia Selatan.
Secara keseluruhan, Asia menyumbang tujuh penurunan terbesar bulan ini.
Sebaliknya, kedudukan AS dan sebahagian Eropah terus meningkat ketika penularan wabak itu semakin reda. Dengan pemberian vaksin yang semakin meningkat, mereka kini membenarkan perjalanan, membatalkan arahan pemakaian topeng muka dan sekaligus ingin menamat era Covid-19 di negara itu.
UK melonjak tujuh anak tangga ke tangga ke-11, dan AS pula kini berada di tangga ke-13 dalam Bloomberg Covid Resilience Ranking pada Mei 2021.
Pun begitu, situasi Covid-19 di Malaysia nampaknya masih tidak berubah. Prestasi kita masih buruk jika dibandingkan dengan India dan Indonesia.
India mencapai puncak kenaikan kes harian sebanyak 414,422 kes pada 6 Mei, yang mengalami penurunan lebih daripada 40 peratus dalam lima hari terakhir peningkatan kes Covid-19 baharu setiap hari, sementara untuk hari ke-15 berturut-turut, Malaysia merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 yang lebih tinggi setiap hari berbanding Indonesia, yang mempunyai jumlah penduduk sekitar sembilan kali ganda daripada Malaysia!
Semalam, Malaysia memecahkan rekod peningkatan kes harian baharu Covid-19 dengan 7,478 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 adalah sebanyak 533,367 kes dengan 2,432 kematian.
Kita mengekalkan kedudukan di tempat ke-10 di dunia dengan kes harian baharu Covid-19 tertinggi semalam, kecuali Perancis yang mengambil alih kedudukan Nepal:
1. India – 211,553 2. Brazil – 78,714 3. Argentina – 35,399 4. Colombia – 23,487 5. Amerika Syarikat – 20,183 6. Perancis – 12,646 7. Iran – 10,468 8. Turki – 8,736 9. Rusia – 8,373 10. Malaysia – 7,478
Kecuali Brazil, Argentina dan Colombia, enam negara lain iaitu India, Amerika Syarikat, Perancis, Iran, Turki dan Rusia telah mencapai puncaknya tetapi Malaysia masih berada di tahap yang tinggi untuk mencapai puncak jangkitan Covid-19.
Vaksin mungkin bukan penyelesaian mudah untuk mengakhiri wabak Covid-19 tetapi tidak dinafikan lagi ia adalah pengubahan keadaan seperti yang dapat dilihat di Amerika Syarikat dan UK.
Telah dilaporkan bahawa Datuk Bandar New York, Bill de Blasio akan memperluaskan program vaksinasi ke seluruh pelusuk bandar itu.
Ini dilakukan dengan tujuan untuk menjadikan vaksin lebih mudah diakses oleh kumpulan rentan, Bandar New York juga menambah jumlah pusat vaksinasi untuk warga emas di seluruh bandar.
Inilah yang harus dicontohi oleh semua negeri dan daerah di Malaysia, dan saya mengulangi seruan saya untuk kerajaan meningkatkan dan menyelesaikan program vaksinasi kebangsaan menjelang Hari Malaysia pada 16 September.
Patik memohon Yang di-Pertuan Agong supaya dapat mencemar duli untuk menganjurkan persidangan Semua-Pihak dan Semua-NGO untuk meningkatkan program Carian-Ujian-Jejak-Asingkan-Sokongan (FTTIS) dan program vaksinasi kebangsaan.
(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 27 Mei 2021)