COVID-19

#kerajaangagal69: What a contrast – Noor Hisham warning Malaysians to be prepared for the worst in the Covid-19 pandemic while the worst country in the world in the pandemic, the United States with 34 million Covid-19 cases and over 600,000 Covid-19 deaths, looking forward to the end of the pandemic!

By Kit

May 26, 2021

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

What a contrast – the Health Director-General Dr. Noor Hisham Abdullah warning Malaysians to be prepared for the worst in the Covid-19 pandemic while the worst country in the world in the pandemic, the United States with 34 million Covid-19 cases and over 600,000 Covid-19 deaths, looking forward to the end of the pandemic!

This is the extent of the failure of Malaysia in the mishandling of the war against the Covid-19 pandemic in the last 17 months – akin to the horrible Light Rail Transit (LRT) collision in Kuala Lumpur because a negligent driver drove the LRT in the wrong direction, resulting in three passengers suffering brain haemorrhage, a systemic failure which should never have happened.

Who would believe at the start of the Covid-19 pandemic 17 months ago that we would for 14 consecutive days have a higher daily increase of new Covid-19 cases than Indonesia, which has about nine times the population of Malaysia?

Who would believe that Malaysia, ranked No. 42 among countries with the most cumulative total of Covid-19 cases , would beat 36 of the 41 nations ranked above it in the category of “confirmed cases per million”?

This is very clear from the statistics in Our World In Data for May 24, 2021 as Malaysia is worse in this category than nations like the United States, India, France, Turkey, Russia, United Kingdom, Italy, Germany, Spain, Iran, Mexico, Indonesia, South Africa, Philippines, Iraq, Pakistan and Bangladesh.

A question many Malaysians are asking is why it is Noor Hisham, and not the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, who is asking Malaysians to be prepared for the worst, as if having 525,889 Covid-19 cases and 7,289 Covid-19 deaths are not worse enough?

The emergency declared on January 11, 2021 was meant to bring the Covid-19 pandemic under control and not to ask Malaysians to prepared for the worst!

Malaysians do not want the Covid-19 pandemic to reach a stage where there is a daily increase of over 10,000 new Covid-19 cases and daily Covid-19 deaths by the scores and hundreds.

Malaysia needs a new Commander-in-Chief in the war against the Covid-19 pandemic – one whom all Malaysians have trust and confidence in his leadership and vision in the war against Covid-19 pandemic and not one who does not mind being called “stupid”!

Will Malaysia get a new Commander-in-Chief?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, May 26, 2020)

=========================

#kerajaangagal69 — Sangat berbeza situasinya — di Malaysia, Noor Hisham memberikan amaran kepada rakyat Malaysia untuk bersedia untuk situasi terburuk sementara negara dengan situasi terburuk Covid-19 sebelum ini, AS kini sedang melihat ke arah pengakhiran wabak ini!

Sangat berbeza situasinya — di Malaysia, Noor Hisham memberikan amaran kepada rakyat Malaysia untuk bersedia untuk situasi terburuk sementara negara dengan situasi terburuk Covid-19 sebelum ini, Amerika Syarikat, yang mencatatkan lebih daripada 34 juta kes Covid-19 dan lebih daripada 600,000 kematian kini sedang melihat ke arah pengakhiran wabak ini!

Inilah tahap kegagalan negara kita dalam mengawal penularan wabak ini dalam tempoh 17 bulan yang lepas — seperti mana kejadian kemalangan LRT di Kuala Lumpur yang berlaku akibat kelalaian pemandu yang memandu keretapi ini dalam arah yang salah, sehingga tiga penumpang mengalami pendarahan di otak, satu kegagalan sistem yang tidak sepatutnya berlaku.

Siapakah yang akan percaya pada 17 bulan yang lepas yang kita akan mencatatkan lebih banyak kes harian selama 14 hari berturut-turut berbanding dengan Indonesia?

Siapakah yang akan percaya yang Malaysia, yang berada di tempat ke-42 di seluruh dunia dari segi jumlah kes terkumpul tertinggi, akan mengalahkan 36 daripada 41 buah negara di atasnya dengan jumlah kes per sejuta penduduk yang lebih tinggi?

Perkara ini amat jelas sekali daripada statistik laman web Our World in Data untuk 24 Mei 2021, di mana Malaysia mempunyai kedudukan yang lebih teruk dalam kategori ini berbanding dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat, India, Perancis, Turki, Rusia, United Kingdom, Itali, Jerman, Sepanyol, Iran, Mexico, Indonesia, Afrika Selatan, Filipina, Iraq, Pakistan dan Bangladesh.

Satu persoalan yang terlintas dalam fikiran ramai rakyat Malaysia ialah mengapa Noor Hisham, bukannya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta rakyat Malaysia untuk bersedia untuk situasi terburuk? Seakan-akan mempunyai 525,889 kes dengan 2,289 kematian tidak cukup buruk lagi.

Darurat yang diumumkan pada 11 Januari 2021 sepatutnya mengawal wabak ini dan bukannya memerlukan rakyat untuk bersedia untuk situasi terburuk!

Rakyat Malaysia tidak mahu wabak ini untuk mencapai satu tahap di mana kadar peningkatan harian berada di atas paras 10,000 kes sehari dan kadar kematian ratusan orang sehari.

Kita memerlukan pemimpin baharu untuk memimpin kita dalam peperangan melawan wabak Covid-19 ini — seorang pemimpin yang boleh dipercayai oleh semua rakyat dengan kepimpinan dan visi untuk menamatkan wabak ini, dan bukannya seorang pemimpin yang hanya mampu mengatakan “Tak apa lah nak panggil saya bodoh”!

Adakah Malaysia akan mendapat seorang pemimpin baharu?

(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 26 Mei 2021)