(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
Malaysia beating the world’s top ten countries with the most cumulative total of Covid-19 cases on Sunday in the category of “confirmed cases per million” is a great dishonour and shame for the country.
These statistics are available on the Our World In Data website. For Sunday, 23rd May 2021, the “daily confirmed cases per million” for Malaysia and the top 10 countries with the most cumulative total of Covid-19 cases are as follows:
Daily confirmed cases per million on May 23, 2021
Top Ten Countries May 23,2021
1.USA – 38.83
2. India – 161.10
3. Brazil – 168.51
4. France – 143.63
5. Turkey – 92.95
6. Russia – 60.49
7. UK – 30.83
8. Italy – 66.04
9. Germany – 55.42
10. Spain – 92.90
.
42. Malaysia – 215.53
This is a national disgrace which the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin must bear full responsibility and he must explain the failure of the emergency which was declared on January 11, 2021 to combat the Covid-19 pandemic which cannot be shirked away with the excuse that the people can scold him for being “stupid” in handling the Covid-19 pandemic.
When he became the eighth Prime Minister of Malaysia on March 1, 2020, there were 29 Covid-19 cases and zero Covid-19 death.
After 15 months of Muhyiddin as Prime Minister, there are now 518,600 Covid-19 cases and 2,309 Covid-19 deaths.
When the emergency was declared on January 11, 2021, the cumulative total of cases was 138,224 cases and 555 Covid-19 deaths.
The number of Covid-19 cases in the 19 weeks of emergency have increased by more than two-and-a-half times the number of Covid-19 cases in first year of the Covid-19 pandemic, while the number of Covid-19 deaths in the 19 months of the emergency was more than three times the deaths in the one year of the pandemic before the emergency.
How many Malaysians are going to be infected with Covid-19 and die of Covid-19 before we bring the Covid-19 pandemic under control?
But all these failures in the war against the Covid-19 paled into insignificance, when on Sunday we beat the world’s top 10 nations with the most cumulative total of Covid-19 cases in the “Daily confirmed cases per million” category in Our World in Data.
Malaysia has failed miserably in the war against the Covid-19 pandemic in five key aspects, viz:
· Maintain public trust and confidence in the war against the Covid-19 pandemic;
· National mobilisation of Malaysians through a genuine “whole-of-society” strategy and approach;
· A new economic stimulus package to help the poor and vulnerable;
· Effective and efficient Find-Test-Trace-Isolate-Support (FTTIS) strategy to ensure that we are always ahead of the pandemic curve; and
· Acceleration of the national vaccination rollout especially in view of deadly Covid-19 variants.
Muhyiddin must admit that he had failed in the last 15 months in the war against the Covid-19 pandemic and he must be prepared, for the country’s sake, for a new start and strategy to win the war against the Covid-19 pandemic.
The country is facing its worst moment of survival since we achieved Merdeka in 1957, and I call on all Malaysians, regardless of race, religion or political beliefs, to put their personal and political differences aside and to focus singly on the task to win this invisible but deadly war against the Covid-18 pandemic and to save Malaysian lives and livelihoods.
Muhyiddin should immediately convene an All-Party All-NGOs Conference to Save Malaysia from Covid-19 Pandemic with a new War Plan.
He should also convene Parliament immediately and allow the various State Assemblies to meet to ensure that we have a “whole-of-society” strategy and approach in the war against the Covid-19 pandemic.
All political parties, whether in government or opposition, should reach a new consensus that there would be no “no confidence” motion in Parliament and the State Assemblies, and that Parliament and the State Assembles should serve their full term from the 14th General Election on May 9, 2018 and that there should be no earlier general election unless the war against the Covid-19 pandemic is won.
Muhyiddin must prove that he is prepared to put national interests above personal and party interests.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 25th May 2021)
===============================
#kerajaangagal66 — Malaysia menewaskan 10 negara dengan jumlah kes terkumpul Covid-19 tertinggi pada hari Ahad dalam kategori “kes per sejuta penduduk” merupakan satu perkara yang memalukan dan mengaibkan nama baik negara
Malaysia menewaskan 10 negara dengan jumlah kes terkumpul Covid-19 tertinggi pada hari Ahad dalam kategori “kes per sejuta penduduk” merupakan satu perkara yang memalukan dan mengaibkan nama baik negara.
Statistik-statistik ini boleh didapati di laman web Our World In Data. Pada hari Ahad, 23 Mei 2021, “kes harian per sejuta penduduk” untuk Malaysia dan 10 negara teratas dengan jumlah terkumpul kes Covid-19 tertinggi adalah seperti berikut:
Jumlah kes harian per sejuta penduduk pada 23 Mei 2021
10 Negara teratas – 23 Mei 2021
1. Amerika Syarikat – 38.83
2. India – 161.10
3. Brazil – 168.51
4. Perancis – 143.63
5. Turki – 92.95
6. Rusia – 60.49
7. UK – 30.83
8. Itali – 66.04
9. Jerman – 55.42
10. Sepanyol – 92.90
.
42. Malaysia – 215.53
Perkara ini adalah satu perkara yang telah mencalarkan maruah negara kita dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus bertanggungjawab dan menjelaskan kegagalan darurat yang diisytiharkan pada 11 Januari 2021 untuk memerangi wabak Covid-19. Beliau tidak boleh berdolak-dalik dengan menggunakan alasan bahawa orang ramai boleh menghamburkan makian dengan perkataan “bodoh” kepada beliau kerana gagal menangani wabak itu.
Muhyiddin menjadi Perdana Menteri pada 1 Mac 2020. Ketika itu, kes positif Covid-19 yang direkodkan adalah sebanyak 29 kes tanpa sebarang kematian dicatatkan.
Selepas 15 bulan Muhyiddin memegang tampuk kuasa, negara kini merekodkan 518,600 kes Covid-19 dengan 2,309 kematian.
Semasa darurat diisytiharkan pada 11 Januari 2021, kes terkumpul jangkitan Covid-19 adalah sebanyak 138,224 kes dan 555 kematian.
Jumlah kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 19 minggu darurat telah meningkat lebih 2.5 kali ganda daripada jumlah kes jangkitan Covid-19 dalam tahun pertama penularan wabak itu, sementara jumlah kematian akibat virus itu dalam tempoh yang sama meningkat lebih tiga kali ganda.
Berapa ramai lagi rakyat Malaysia yang akan dijangkiti dengan Covid-19 dan mati akibat wabak itu sebelum kita benar-benar dapat melandaikan lengkung jangkitan virus berkenaan?
Namun kegagalan dalam peperangan melawan Covid-19 ini tidaklah sebesar kegagalan apabila negara kita “berjaya” menewaskan 10 negara teratas di dunia dengan jumlah terkumpul kes Covid-19 tertinggi dalam kategori “kes harian per sejuta penduduk”.
Malaysia telah gagal dalam peperangan melawan Covid-19 merangkumi lima aspek berikut:
– Mengembalikan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat dalam rancangan melawan Covid-19;
– Mobilisasi nasional semua rakyat Malaysia untuk memastikan terdapat pendekatan dan strategi melibatkan “keseluruhan masyarakat”;
– Pakej rangsangan ekonomi baharu untuk membantu golongan miskin dan memerlukan;
– Langkah Carian-Ujian-Jejak-Asingkan-Sokongan (FTTIS) yang berkesan dan efisien untuk memastikan kita berada di hadapan lengkuk penularan wabak ini; dan
– Pemecutan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), terutamanya memandangkan terdapat pelbagai variasi baharu yang berbahaya.
Muhyiddin harus mengakui bahawa beliau telah gagal selama 15 bulan berdepan peperangan terhadap wabak Covid-19 dan beliau harus bersiap sedia, demi negara, bagi memulakan langkah serta strategi baharu untuk memenangi perang menentang wabak ini.
Negara berdepan dengan cabaran terbesar sejak kita mencapai kemerdekaan pada 1957, dan saya menyeru semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik, untuk sama-sama mengenepikan perbezaan peribadi serta politik dan untuk memberikan tumpuan tidak berbelah bahagi terhadap tugas untuk memenangi peperangan terhadap musuh yang tidak kelihatan ini, bagi menyelamatkan punca rezeki dan kehidupan setiap rakyat Malaysia.
Muhyiddin harus memanggil segera Persidangan Semua-Pihak Semua-NGO untuk Menyelamatkan Malaysia daripada pandemik Covid-19 dengan sebuah strategi Peperangan baharu.
Beliau juga harus memanggil segera sidang Parlimen dan membenarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bermesyuarat bagi memastikan kita dapat menerapkan strategi dan pendekatan “keseluruhan masyarakat” dalam peperangan melawan pandemik Covid-19.
Semua parti politik, tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, harus mencapai satu konsensus baharu di mana tiada undi “tidak percaya” akan dibentangkan di Parlimen dan DUN untuk membolehkan penggal Parlimen dan DUN sedia ada dipenuhkan dari 9 Mei 2018 dan tiada pilihan raya awal akan dilaksanakan kecuali peperangan terhadap pandemik Covid-19 telah berjaya dimenangi.
Muhyiddin harus membuktikan bahawa beliau bersedia untuk meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadi dan partinya.
(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 25 Mei 2021)