(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
The Prime Minister Muhyiddin Yassin said he was prepared to take abuse from the public amid frustration over measures against Covid-19 but urged people to play their part in bringing the pandemic under control.
He said: “They can blame the government. They can scold the prime minister. I accept. Scold ‘stupid prime minister’, it’s okay. I can say it on television.
“I know how difficult it is to manage. But this is our joint responsibility. The approach is not whole-of-government but whole-of-society.
“The entire society must come together, only then we can flatten the Covid-19 curve.”
Muhyiddin began his premiership on March 1, 2020. At that time, Malaysia’s data on the Covid-19 pandemic was 29 Covid-19 cases and zero death.
After 15 months of Muhyiddinn as Prime Minister, there are now 510,091 Covid-19 cases and 2,249 Covid-19 deaths.
What is worse, there is no light at the end of the tunnel!
Yesterday broke the record on daily increase of new Covid-19 cases with 6,976 new Covid-19 cases, the 12th consecutive day Malaysia has more new daily cases than Indonesia, although Indonesia has about nine times Malaysia’s population.
Even India and United States are undergoing sharp drops in their surge of increase of cases – India by over 50% from its peak and United States by over 90% from its peak – but Malaysia is on the upsurge, breaking new records in daily increase of new Covid-19 cases.
Is this not enough evidence to convince the Muhyiddin’s government that it is fighting a losing war against the Covid-19 pandemic, that the emergency declared on January 11, 2021 suspending Parliament and the State Assemblies to combat the Covid-19 pandemic were a resounding failure and that the time has come for a new start and new strategy to win the war against Covid-19 pandemic?
The Prime Minister talks about a “whole-of-society” strategy but does he realise that his war strategy against the Covid-19 pandemic was not a “whole-of-society” strategy with Parliament and the State Assemblies suspended and that the deficit of public trust and confidence on his war strategy is the worst faced by any Prime Minister in Malaysian history?
Muhyiddin must admit that he had failed in the last 15 months in the war against the Covid-19 pandemic and he must be prepared, for the country’s sake, for a new start and strategy to win the war against the Covid-19 pandemic.
Muhyiddin should immediately convene an All-Party All-NGOs Conference to Save Malaysia from Covid-19 Pandemic with a five-point War Plan:
· Restore public and confidence in war plan against the Covid-19 pandemic;
· National mobilisation of Malaysians to ensure a genuine “whole-of-society” strategy and approach;
· A new economic stimulus package to help the poor and vulnerable;
· Effective and efficient Find-Test-Trace-Isolate-Support (FTTIS) strategy to ensure that we are always ahead of the pandemic curve; and
· Acceleration of the national vaccination rollout especially in view of deadly Covid-19 variants.
The country is facing its worst moment of survival since we achieved Merdeka in 1957, and I call on all Malaysians, regardless of race, religion or political beliefs, to put their personal and political differences aside and to focus singly on the task to win this invisible war against the Covid-18 pandemic and to save Malaysian lives and livelihoods.
Muhyiddin should convene Parliament immediately and allow the various State Assemblies to meet.
I have said that all political parties, whether in government or opposition, should reach a new consensus that there would be no “no confidence” motion in Parliament and the State Assemblies, and that Parliament and the State Assembles should serve their full term from the 14th General Election on May 9, 2018 and that there should be no earlier general election unless the war against the Covid-19 pandemic is won.
The ball is in Muhyiddin’s court.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 24th Maty 2021)
==========================
#kerajaangagal63 — Perdana Menteri Muhyiddin telah mengetuai perang gagal dalam menentang wabak Covid-19 selama 15 bulan, dari 29 kes Covid-19 dan sifar kematian pada 1 Mac 2020 kepada 512,091 kes Covid-19 dan 2,249 kematian — bukankah ini bukti yang cukup untuk kita mendesak langkah dan strategi baharu dalam peperangan ini?
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata beliau bersedia menjadi sasaran kemarahan orang ramai yang kecewa dengan langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi membendung Covid-19, namun menyeru agar rakyat untuk turut sama memainkan peranan mereka dalam melandai lekuk jangkitan wabak itu.
Katanya: “Bolehlah nak salahkan kerajaan, marah perdana menteri pun tak apalah, saya terimalah. Rakyat kata: ‘Apa bodoh perdana menteri’, tak apa.
“Saya tahu macam mana susah nak menguruskannya.
“Kalau kita sedia menerima hakikat ini (adalah) masalah bersama, pendekatan kita bukan keseluruhan kerajaan, (tetapi) ia adalah keseluruhan masyarakat.
“Seluruh masyarakat mesti berganding bahu, barulah boleh kita landaikan lekuk jangkitan Covid-19.”
Muhyiddin menjadi Perdana Menteri pada 1 Mac 2020. Ketika itu, kes positif Covid-19 yang direkodkan adalah sebanyak 29 kes tanpa sebarang kematian dicatatkan.
Selepas 15 bulan Muhyiddin memegang tampuk kuasa, negara kini merekodkan 510,091 kes Covid 19 dengan 2,249 kematian.
Lebih buruk, kita belum dapat melibat penghujung kepada episod ngeri ini.
Semalam, rekod baharu tercipta apabila negara mencatatkan 6,976 kes baharu positif Covid-19 — 12 hari berturut-turut di mana kadar peningkatan harian kes Covid-19 di Malaysia melebihi kadar di Indonesia, meskipun bilangan penduduk di negara jiran itu adalah sembilan kali ganda daripada Malaysia.
India dan Amerika Syarikat yang mengalami penurunan mendadak dalam kes baharu — India mencatatkan penurunan lebih 50% dan Amerika Syarikat lebih 90% – sebaliknya Malaysia terus melihat peningkatan mendadak kes positif baharu Covid-19, sehingga memecahkan rekod sebelumnya.
Bukankah ini bukti yang cukup untuk menyakinkan kerajaan Muhyiddin bahawa mereka telah gagal dalam perang melawan pandemik Covid-19, dan bahawa pengisytiharan darurat pada 11 Januari 2021 yang menggantung Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dengan alasan untuk melawan pandemik Covid-19 adalah sebuah kegagalan terbesar, dan sudah tiba masanya untuk kerajaan mengambil pendekatan dan strategi baharu bagi memenangi perang menentang virus ini?
Perdana menteri bercakap tentang strategi “keseluruhan masyarakat”, namun sedarkah beliau bahawa strategi yang diterapkannya itu sebenarnya bukanlah strategi “keseluruhan masyarakat” kerana Parlimen dan Dewan Undangan Negeri masih digantung dan defisit kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap strategi peperangan beliau adalah yang paling terburuk yang pernah dialami oleh mana-mana perdana menteri dalam sejarah Malaysia?
Muhyiddin harus mengakui bahawa beliau telah gagal selama 15 bulan berdepan peperangan terhadap pandemik Covid-19 dan beliau harus bersiap sedia, demi negara, bagi memulakan langkah serta strategi baharu untuk memenangi perang menentang pandemik Covid-19.
Muhyiddin Yassin harus segera memanggil Persidangan Semua-Parti dan Semua-NGO untuk Menyelamatkan Malaysia dengan rancangan perang lima-mata:
– Mengembalikan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat dalam rancangan melawan Covid-19;
– Mobilisasi nasional semua rakyat Malaysia untuk memastikan terdapat pendekatan dan strategi melibatkan “keseluruhan masyarakat”;
– Pakej rangsangan ekonomi baharu untuk membantu golongan miskin dan memerlukan;
– Langkah Carian-Ujian-Jejak-Asingkan-Sokongan (FTTIS) yang berkesan dan efisyen untuk memastikan kita berada di hadapan lengkuk penularan wabak ini; dan
– Pemecutan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), terutamanya memandangkan terdapat pelbagai variasi baharu yang merbahaya.
Negara berdepan dengan dugaan terbesar sejak kita mencapai kemerdekaan pada 1957, dan saya menyeru semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik, untuk sama-sama mengenepikan perbezaan peribadi serta politik dan untuk memberikan tumpuan tidak berbelah bahagi terhadap tugas untuk memenangi peperangan terhadap musuh yang tidak kelihatan ini, bagi menyelamatkan punca rezeki dan kehidupan setiap rakyat Malaysia.
Muhyiddin harus memanggil segera sidang Parlimen dan membenarkan Dewan Undangan Negeri untuk bermesyuarat.
Saya pernah berkata bahawa semua parti politik, tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, harus mencapai satu konsensus baharu di mana tiada undi “tidak percaya” akan dibentangkan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk membolehkan penggal Parlimen dan DUN sedia ada dipenuhkan dari 9 Mei 2018 dan tiada pilihan raya awal akan dilaksanakan kecuali peperangan terhadap pandemik Covid-19 telah berjaya dimenangi.
(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 24 Mei 2021)