Lim Kit Siang

#kerajaangagal51 – Malaysia will be faced with two problems with a slow and tardy national vaccination rollout but the first problem in the war against Covid-19 pandemic is whether the Muhyiddin government can restore public trust and confidence in its leadership

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Something is very wrong with Malaysia’s strategy in the war against Covid-19 pandemic.

Firstly, for the seventh consecutive day, Malaysia has a higher daily increase of new Covid-19 cases than in Indonesia, with Malaysia recording 4,865 cases yesterday as compared to Indonesia’s 4,185 cases. For the past one week, Malaysia’s total cumulative cases increased by 30,982 cases while that of Indonesia increased by 24,637 cases.

This is unbelievable, that for seven consecutive days Malaysia has chalked up a higher daily increase of new Covid-19 cases although Indonesia has a population that is nine times that of Malaysia.

No wonder the Indonesian government felt it was fully justified to tell Indonesians not to emulate India and Malaysia which had mishandled the Covid-19 pandemic when advising Indonesians to take precautions about the Covid-19 pandemic during the Hari Raya holidays as if Malaysians are a very undisciplined lot!

While Indonesia is now worried that millions of Indonesians returning from the Hari
Raya Aidilfritri holidays across the sprawling archipelago risk a Covid-19 ‘time-bomb’ following mass gatherings and virus variants which could trigger a surge of new cases in the world’s fourth most populous nation, even with a surge of cases in the coming days, Indonesia would have a full week to show its superiority to Malaysia in the handling of the Covid-19 pandemic.

Secondly, the two top countries with the most cumulative total of Covid-19 cases – United States with 33.7 million cases and India with 25.2 million – are beginning to turnaround in their surges, but Malaysia continues to rise on the Covid-19 curve.

The United States, which reached a peak in its daily increase of 304,204 cases on January 8 has now dropped to 21,736 on May 16 – a humongous drop of 93%.

India, which hit the peak of daily increase of 414,433 new Covid-19 cases (a world record) on May 6, has fallen to 263,045 cases on May 17 – a sharp drop of 38% in 11 days!

Even the United Kingdom, which reached the peak of daily increase of 67,873 new Covid-19 cases on January 8 has dropped to a daily increase of 1,979 new cases on May 17 – another humongous drop of 97%!

But Malaysia is an exception and is on the upsurge, exceeding the 4,000-mark in daily increase of new Covid-19 cases in six of the past seven days!

If this is not a failure in the strategy to combat the Covid-19 pandemic, I do not know what failure means!

I will not ask the Muhyiddin government to explain why this is so, for it will be unable to do so.

This illustrates the terrible mess the Muhyiddin government has made of the Covid-19 pandemic, exposing Malaysia’s Achille’s heel in its claim for Malaysia to a developed or fast developing nation status.

The slow and tardy national vaccination process in Malaysia is another fatal weakness in the war against the Covid-19 pandemic.

Up to now, after nearly three months of the national vaccination roll-out, only 2.3 per cent of the population had been fully vaccinated while 3.8% of the population had been given one dose of the vaccine, as compared to 3.5% of Indonesian population which had been fully vaccinated and 5.2 % of the Indonesian population which had been given one dose of the vaccine and 25.3% of Singaporeans who had been fully vaccinated and 34.5% of the Singapore population which had been administered one dose of the vaccine.

There will be at least two consequencs of such slow and tardy national vaccination rollout.

Firstly, it will be difficult for Malaysia to gain the herd immunity for Covid-19 virus. To get herd immunity, we will need to fully vaccinate 60-70% of our Malaysian population. Presently, medical experts think that vaccine immunity may last 6-8 months. If vaccine immunity can only last 6-8 months, and our vaccine rollout is so slow and tardy, by the time the last vaccine group get their first dose, the first vaccine group would have passed their vaccine immune period.

Secondly, we are in a race against time in the battle of “vaccine vs virus”, as the more the virus spreads, the more chances it has to mutate and create new variants that could eventually resist current vaccines, threatening to undermine the progress in containing the pandemic.

But the real problem in the war against Covid-19 pandemic is leadership, public trust and confidence.

Muhyiddin suffers from the worst deficit in public trust and confidence in Malaysian history as a result of the many instances of Covid-19 SOP flips-flops and double-standards, as well as the kakistocracy in government.

With such surging Covid-19 numbers and failure in the war against the Covid-19 pandemic, we are in fact doing a great disservice to the frontliners who are sacrificing themselves to bring the Covid-19 pandemic under control.

The first problem to address in the continuing war against the Covid-19 pandemic in Malaysia is to restore public trust and confidence in the strategy against Covid-19 pandemic.

Is it possible for Muhyiddin with his backdoor, undemocratic, kakistocratic and illegitimate government to restore public trust and confidence in the war against
Covid-19 pandemic.

Yes, if he does two things:

Firstly, convene Parliament to establish a parliamentary united front in the war against Covid-19 pandemic where there will be no “no-confidence” motion and to spearhead a “whole-of-society” national mobilisation of Malaysians to restore the country to normalcy; and

Secondly, end all SOP flip-flops and double standards, including an end to all police investigations into the groups of youths who gathered in front of Parliament on
April 30 protesting against the suspension of Parliament and the group of youths who held a protest in Parit Raja, Batu Pahat on May 12 and unfurled a large banner with the words “#kerajaangagal”.

The police had termed the Parit Raja, Batu Pahat event as a “riot” – although no material damage has been reported – and detained at least 27 people who were allegedly involved.

Is Muhyiddin capable of a new start in the war against the Covid-19 pandemic?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday 19th May 2021)

=========================

#kerajaangagal51 — Program vaksinasi yang lambat akan membawa dua masalah besar, pada masa yang sama, mampukah Muhyiddin untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan beliau?

Ada perkara yang tidak kena dengan strategi negara kita dalam melawan wabak Covid-19.

Pertamanya, untuk tujuh hari berturut-turut, Malaysia mencatatkan jumlah kes baharu yang lebih tinggi berbanding dengan Indonesia, dengan negara kita mencatatkan 4,865 kes semalam, berbanding dengan 4,185 kes di Indonesia. Dalam tempoh satu minggu yang lepas sahaja, jumlah pertambahan kes di Malaysia adalah sebanyak 30,982 kes berbanding dengan 24,637 kes di Indonesia.

Perkara ini amat sukar untuk diterima, hakikat bahawa untuk tujuh hari berturut-turut, negara kita mencatatkan kadar peningkatan kes harian yang lebih tinggi berbanding dengan Indonesia, sedangkan Indonesia mempunyai sembilan kali ganda lebih ramai penduduk.

Tidak mengejutkanlah bahawa kerajaan Indonesia merasakan patut untuk mereka memberikan amaran kepada rakyatnya untuk tidak mencontohi India dan Malaysia — yang telah tersilap langkah dalam mengawal wabak Covid-19 — untuk terus berjaga-jaga semasa tempoh sambutan Hari Raya.

Walaupun Indonesia juga kini sedang bimbang dengan pergerakan berjuta rakyatnya yang pulang daripada berhari raya di seluruh negara, menjadikan satu risiko besar selepas perkumpulan beramai-ramai dan dengan kemunculan variasi virus baharu, negara tersebut masih dapat berbangga selama sekurang-kurangnya seminggu apabila mereka mencatatkan jumlah peningkatan yang lebih rendah berbanding dengan negara kita.

Kedua, dua negara teratas dengan jumlah kes terkumpul tertinggi di dunia — Amerika Syarikat dengan 33.7 juta kes dan India dengan 25.2 juta kes — sedang mula menunjukkan peralihan arah kepada yang lebih baik, kita terus menyaksikan peningkatan lekuk kes Covid-19.

Amerika Syarikat yang menyaksikan kemuncak 304,204 kes baharu pada 8 Januari kini telah menurunkan kadar peningkatan kes kepada 21,736 kes pada 16 Mei — satu penurunan mendadak sebanyak 93%!

India, yang menyaksikan kemuncak 414,433 kes (rekod dunia) pada 6 Mei, telah menyaksikan penurunan kepada 263,045 kes pada 17 Mei, penurunan mendadak sebanyak 38% dalam 11 hari!

Malah United Kingdom yang sebelum ini menyaksikan kemuncak 67,873 kes sehari pada 8 Januari telah menurunkan kadar kes baharu mereka kepada 1,979 kes sehari pada 17 Mei — satu lagi penurunan mendadak sebanyak 97%!

Tetapi Malaysia terus terkecuali dan kita terus menyaksikan peningkatan kes baharu di atas kadar 4,000 kes sehari untuk enam daripada tujuh hari yang lepas!

Sekiranya perkara ini bukan satu kegagalan strategi melawan Covid-19, saya tidak lagi tahu apakah maksud kegagalan!

Saya tidak akan meminta kerajaan Muhyiddin untuk memberikan penjelasan mengenai perkara ini, kerana jelas sekali mereka tidak akan boleh berbuat demikian.

Perkara ini mendedahkan keburukan yang telah dibawa oleh kerajaan Muhyiddin dalam menguruskan wabak Covid-19 dalam negara kita, mendedahkan kelemahan kita dalam usaha untuk kita menuntut status negara maju atau negara yang pesat membangun.

Proses vaksinasi yang lambat juga menjadi satu lagi kelemahan besar dalam strategi melawan Covid-19 kita.

Sehingga hari ini, selepas hampir tiga bulan program ini bermula, hanya 2.3 peratus populasi telah menerima dos penuh vaksinasi manakala hanya 3.8% populasi yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Untuk perbandingan, 3.5% populasi di Indonesia yang telah menerima vaksinasi lengkap dan 5.2% peratus yang telah menerima sekurangnya satu dos. Manakal di Singapura, 25.3% peratus populasi telah menerima vaksinasi lengkap dan 34.5% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Akan terdapat sekurang-kurangnya dua kesan buruk daripada program vaksinasi yang lambat ini.

Pertama, akan menjadi sukar untuk negara kita mencapai imuniti kelompok terhadap virus Covid-19 ini. Untuk mendapat imuniti kelompok, kita perlu memberikan vaksin kepada 60-70% populasi dalam negara. Setakat ini, pakar perubatan berpendapat bahawa imuniti yang diberikan oleh vaksin ini mungkin hanya akan bertahan selama 6 ke 8 bulan dan kerana pelaksanaan vaksinasi kita amat lambat, apabila kita sudah berjaya memberikan vaksin kepada kumpulan terakhir penerima, imuniti kumpulan pertama yang menerima vaksin mungkin akan sudah tidak lagi berkesan.

Kedua, dalam perlumbaan melawan masa dengan vaksin ini, dengan penularan yang lebih meluas, akan terdapat lebih banyak peluang untuk virus ini bermutasi dan mewujudkan variasi baharu yang mungkin akan mendapat kekebalan daripada vaksin sedia ada, mengancam proses untuk mengekang penularan wabak ini.

Namun, masalah sebenar dalam perang melawan wabak ini adalah ketiadaan kepimpinan dan kekurangan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Muhyiddin berhadapan dengan defisit kepercayaan dan keyakinan yang terburuk dalam sejarah negara, akibat daripada pelbagai kejadian di mana prosedur operasi standard (SOP) sering berubah-ubah, layanan berbeza untuk golongan kenamaan, dan kakistokrasi dalam kerajaan.

Dengan peningkatan mendadak jumlah kes dan kegagalan untuk mengawal penularan wabak ini, kita sedang mengkhianati usaha para petugas barisan hadapan yang berkorban setiap hari untuk mengawal wabak ini.

Masalah pertama yang perlu diselesaikan untuk meneruskan perjuangan melawan Covid-19 ini adalah untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap strategi kita untuk memerangi wabak ini.

Bolehkah untuk Muhyiddin dan kerajaan pintu belakangnya yang tidak demokratik, tidak sah, dan kakistokratik ini mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat awam kepadanya untuk memimpin usaha melawan wabak Covid-19 ini?

Boleh, sekiranya beliau melakukan dua perkara:

Pertama, panggil sidang Parlimen untuk membentuk barisan Parlimen yang bersatu dalam melawan wabak Covid-19 ini, di mana tidak ada sebarang “usul tidak percaya” untuk menggerakkan usaha mobilisasi kebangsaan yang melibatkan “keseluruhan masyarakat” untuk mengembalikan kehidupan normal dalam negara kita; dan

Keduanya, menghentikan segala SOP yang kucar-kacir dan sering berubah serta layanan berbeza kepada golongan kenamaan, termasuklah untuk menghentikan siasatan terhadap golongan belia yang melakukan protes aman di hadapan Parlimen pada 30 April dan golongan belia yang mengadakan protes di Parit Raja, Batu Pahat pada 12 Mei dengan kain rentang yang tertulis “#kerajaangagal”.

Polis telah mengatakan kejadian di Parit Raja, Batu Pahat itu sebagai satu “rusuhan” — sedangkan tidak ada sebarang kerosakan harta benda dilaporkan — dan telah menahan sekurang-kurangnya 27 orang yang didakwa terlibat.

Adakah Muhyiddin boleh membuat permulaan baharu dalam perang melawan wabak Covid-19 ini?

(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 19 Mei 2021)

Exit mobile version