(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
Yesterday, in my hashtag #kerajaangagal27 media statement, I said that Malaysia is suffering from having the worst Prime Minister and the worst government in its 63-year history!
As if keen to establish the truth of my statement, the Muhyiddin government banned outdoor exercises under MCO 3.0.
What scientific studies are there to show that solo walks or runs are a high risk in the Covid-19 pandemic?
I go for solo walks and from all accounts on the Internet, running or walking alone in less crowded areas is the best way to reduce one’s risk to Covid-19 and help the immune system to keep the viruses at bay.
The infectious diseases expert Dr Adeeba Kamarulzaman, who was recently inducted into the World Health Organisation’s Science Council, has urged the government to review the decision, pointing out in a Twitter post that the risk of contracting Covid-19 outdoors was about 18 times lower than indoors.
“Please let the rakyat continue to jog, cycle or do any other outdoor sports for the sake of our physical and mental health,” said Adeeba.
Dr Steven Chow, president of the Federation of Private Medical Practitioners’ Association Malaysia (FPMPAM), said the decision “makes no sense”.
Chow asked the government for evidence that exercising in compliance with Covid-19 SOPs in an open area was responsible for the spread of Covid-19.
He said: “It is irrational to blindly pursue a ‘duduk di rumah’ (sit at home) approach at this stage. This is detrimental to the physical and mental health of the people. Outdoor family-centered activities should be encouraged.”
Typical of what the former Inspector-General of Police, Hamid Bador, has described as “unintelligent Ministers” (which seems to be the only qualification of the present bloated Cabinet), the Deputy Youth and Sports Minister, Wan Ahmad Faysal Ahmad Kamal has jumped in to defend the ban on outdoor exercise in areas under MCO 3.0.
Probably Wan Ahmad thinks he is more qualified to comment on the matter, although even the former Health deputy director-general Dr. Christopher Lee has said that outdoor exercise is relatively safe.
Dr. Lee tweeted: “Let science guide our rulings. As long as physical distancing is practised, the risk of outdoor spread is low.
“There has also been no major cluster linked to outdoor exercise and non-contact sports. Let science lead.”
Malaysia has become a laughing stock as a result of such kakistocracy.
Is Muhyiddin capable of undoing the ludicrous decision to ban outdoor exercise under MCO 3.0.
In fact, the government should reconsider a blanket ban on gym, non-contact sports and indoor exercises.
(Media Statement (3) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, May 7, 2021)
=========================
#kerajaangagal28 — Larangan senaman di luar di bawah PKP 3.0
Semalam, dalam kenyataan media #kerajaangagal27 saya telah katakan yang sedang menderita dengan seorang Perdana Menteri dan kerajaan yang terburuk dalam sejarah 63 tahun negara ini!
Kelihatan seperti kerajaan ini benar-benar mahu menjadikan perkara ini kenyataan, kerajaan Muhyiddin telah mengharamkan aktiviti senaman di luar di bawah pelaksanaan PKP 3.0.
Apakah kajian saintifik yang menunjukkan aktiviti berjalan atau berlari berseorangan adalah aktiviti berisiko tinggi untuk wabak Covid-19?
Saya selalu berjalan berseorangan dan semua maklumat daripada internet mengatakan aktiviti berlari atau berjalan di kawasan yang kurang sesak adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 dan menguatkan sistem imun badan untuk melawan virus ini.
Pakar penyakit berjangkit Dr Adeeba Kamarulzaman, yang baru-baru ini dilantik ke dalam Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia, telah menggesa kerajaan untuk mengkaji semula keputusan kerajaan tersebut, mengatakan yang risiko dijangkiti Covid-19 di luar adalah 18 kali ganda lebih rendah berbanding di dalam.
“Benarkan rakyat untuk terus melakukan aktiviti jogging, berbasikal, atau aktiviti sukan luaran lain demi kesihatan fizikal dan mental kami,” kata Adeeba.
Dr Steven Chow, presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia, telah mengatakan bahawa keputusan tersebut “tidak masuk akal”.
Chow meminta kerajaan untuk memberikan bukti bahawa aktiviti senaman di kawasan terbuka dengan mematuhi SOP Covid-19 menyebabkan penularan wabak Covid-19.
Beliau berkata: “Adalah tidak rasional untuk melakukan pendekatan ‘duduk di rumah’ secara membuta tuli pada tahap ini. Perkara ini memudaratkan kesihatan fizikal dan mental masyarakat. Aktiviti berpusatkan keluarga di luar harus digalakkan.”
Seperti yang digambarkan oleh mantan Ketua Polis Negara, Hamid Bador, sebagai “Menteri-menteri tidak cerdik”, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Faysal Ahmad Kamal telah tampil untuk mempertahankan keputusan larangan bersenam di luar rumah di bawah PKP 3.0.
Mungkin Wan Ahmad berpendapat bahawa dia lebih layak untuk memberi komen mengenai masalah tersebut, walaupun mantan timbalan ketua pengarah Kesihatan Dr Christopher Lee telah mengatakan bahawa senaman di luar adalah agak selamat.
Dr. Lee berciap: “Biarkan sains memandu keputusan kita. Selagi jarak fizikal dilakukan, risiko penyebaran luar adalah rendah.
“Tidak ada kluster besar yang muncul akibat dengan aktiviti sukan bukan kontak di luar. Biarkan sains memimpin.”
Malaysia telah menjadi bahan ketawa sebagai akibat daripada kakistokrasi seperti ini.
Adakah Muhyiddin mampu membatalkan keputusan yang tidak masuk akal untuk melarang senaman di luar rumah di bawah MCO 3.0.
Sebenarnya, kerajaan perlu mempertimbangkan semula larangan menyeluruh untuk gimnasium, sukan tanpa hubungan dan latihan dalaman.
(Kenyataan media (3) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 7 Mei 2021)