#kerajaangagal25 – If there is a secret ballot in the bloated Cabinet whether Hamzah Zainuddin should be removed as Home Minister, the unanimous verdict would be a ‘Yes’!


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

If there is a secret ballot in the bloated Cabinet whether Hamzah Zainuddin should be removed as Home Minister, the unanimous verdict would be a ‘Yes’!

It is very significant that apart from the PAS Secretary-General and Minister in the Prime Minister’s Department (Law and Parliament) Takikyuddin Hassan, no other Cabinet Minister, including the Prime Minister, had spoken up for Hamzah since he was embroiled in the “CPO interference” scandal a week ago.

Last Friday, retiring Inspector-General of Police, Abdul Hamid Bador, in his farewell press conference threw a bombshell and revealed a very slimy Home Minister who, unlike previous Home Ministers, politically interfered with the efficiency, independence, professionalism and world-class status of the Royal Malaysian Police Force by demanding that his ”boys” be appointed as State Chief Police Officers (CPOs) and Police Directors.

Takiyuddin was caught in the cross-fire, pretending that he knows the law, when he was perverting the Constitution by failing to read an important express exception in the Constitution.

Apart from Takiyuddin, no Cabinet Minster whether from Bersatu, PAS or UMNO was prepared to openly support Hamzah.

It is clear that if they had their private wishes, they would like to see Hamzah removed as Home Minister. But they also feared Hamzah and do not want to be in his “bad books”.

In their “heart of hearts”, every Minister knew that Hamzah had crossed the “red line” in politically interfering with the efficiency, independence and professionalism of the Royal Malaysian Force, but none of them is courageous or principled enough to raise the matter in Cabinet to reaffirm the important constitutional principle of the non-partisan character and the efficiency, independence and professionalism of the royal police force.

Every Cabinet avoided the elephant in the room – the viral audio clip which proved that Hamzah wanted to place his “boys” as State CPOs and police directors – when lesser evidence would be sufficient to cause Ministers in normal functioning democracies to resign their posts, as happened to John Profumo in the United Kingdom in 1963 where he resigned as Secretary of State for War over the Christine Keeler scandal or Abdul Rahman Talib who resigned as Minister for Education in Malaysia in December 1964 when he lost the defamation suit against the People’s Progressive Party leader, D.R.Seenivasagam.

Yet Hamzah had the cheek to ask: “What is wrong?”

May be the Gerakan President would publicly support Hamzah, as he does not mind Malaysia having a bloated Cabinet as he is hoping that the Cabinet would be more bloated with his own appointment as Cabinet Minister.

I have only word for the Gerakan President’s statement today that the Perikatan Nasional is fairer than Barisan Nasional as PN treats each of its component parties as equal partners and that there are no “followers” under the coalition.

The word is “revolting”. The best person to answer the Gerakan President is the MCA President, and I shall not usurp the MCA President’s function.

The Cabinet must find the courage to reprimand Hamzan Zainuddin and to reaffirm the important principle as stated by the longest-serving IGP in Malaysia, Hanif Omar, that in his 20 years as IGP he had no problems with his three ministers – Ghazalie Shafie, Musa Hitam and Dr. Mahathir Mohamad – and the Police Force Commission (SPP) and the Home Minister as Chairmen of Police Force Commission must work within their legal parameters.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 6th May 2021)

=======================

#kerajaangagal25 — Sekiranya diadakan undian tertutup sama ada Hamzah Zainuddin patut dibuang daripada jawatan Menteri Dalam Negeri, pastinya keputusan sebulat suara mengatakan ‘Ya’!

Sekiranya diadakan undian tertutup sama ada Hamzah Zainuddin patut dibuang daripada jawatan Menteri Dalam Negeri, pastinya keputusan sebulat suara mengatakan ‘Ya’!

Penting untuk diingati, selain daripada Setiausaha Agung PAS yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Takiyuddin Hassan, tidak ada seorang pun menteri kabinet yang lain, termasuklah Perdana Menteri sendiri, telah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai Hamzah sejak beliau terjebak dengan skandal “campur tangan Ketua Polis Negeri” pada minggu lalu.

Jumaat lepas, Ketua Polis Negara yang bakal bersara, Abdul Hamid Bador, dalam sidang media perpisahan beliau telah memberikan pendedahan mengenai seorang Menteri Dalam Negeri yang tidak seperti menteri-menteri sebelumnya yang mencampur tangan secara politik dengan keberkesanan, kebebasan, profesionalisme, dan status bertaraf dunia Polis Diraja Malaysia dengan mendesak supaya “orang” beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negeri dan pengarah jabatan polis.

Takiyuddin tersepit apabila beliau berpura-pura tahu undang-undang sedangkan beliau hanyalah sedang memutar belit Perlembagaan dengan gagal untuk membaca satu pengecualian yang penting dalam Perlembagaan.

Selain daripada Takiyuddin, tidak ada mana-mana Menteri Kabinet dari Bersatu, PAS, atau UMNO yang bersedia untuk menyokong Hamzah secara terbuka.

Dalam hati mereka, setiap seorang Menteri ini tahu yang Hamzah telah melampaui batas dengan melakukan campur tangan politik ke atas kebebasan, keberkesanan, dan profesionalisme PDRM, tetapi tidak ada seorang pun daripada mereka ini berani atau cukup berprinsip untuk menegakkan prinsip tidak partisan pasukan polis yang termaktub dalam Perlembagaan.

Setiap orang Menteri Kabinet cuba untuk mengelakkan masalah ini — sedangkan klip audio yang tular itu telah membuktikan bahawa Hamzah mahu meletakkan “orang” beliau sebagai Ketua Polis Negeri dan pengarah jabatan polis — sedangkan bukti-bukti yang lebih remeh telah pun mencukupi dalam sistem demokrasi lain yang berfungsi untuk memaksa menteri mengosongkan jawatan mereka, seperti yang berlaku kepada John Profumo di United Kingdom pada tahun 1963 apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Peperangan akibat skandal Christine Keeler atau Abdul Rahman Talib yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada Disember 1964 apabila beliau kalah saman malu terhadap pemimpin Parti Progresif Rakyat, D. R. Seenivasagam.

Namun Hamzah berani bertanyakan: “Apa salahnya?”

Mungkin Presiden Gerakan akan menyokong Hamzah secara terbuka, memandangkan beliau kelihatan seakan-akan tidak kisah dengan hakikat negara kita mempunyai Kabinet yang terlalu besar kerana beliau sendiri berharap untuk menambah besarkan Kabinet ini dengan menyertainya sebagai seorang Menteri.

Saya hanya boleh berikan kata-kata balas kepada kenyataan Presiden Gerakan hari ini yang mengatakan Perikatan Nasional lebih adil berbanding dengan Barisan Nasional memandangkan PN melayan setiap parti komponennya sebagai rakan setaraf dan tidak ada “pengikut” dalam gabungan politik tersebut.

Perkataan itu adalah “menjijikan”. Orang terbaik untuk menjawab kenyataan Presiden Gerakan ini adalah Presiden MCA sendiri, dan saya tidak mahu mengambil tanggungjawab Presiden MCA ini.

Kabinet perlu mencari keberanian untuk menghukum Hamzah Zainuddin dan menegaskan semula prinsip penting seperti yang dikatakan oleh Hanif Omar, yang berkhidmat sebagai KPN untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah, yang mengatakan, dalam tempoh 20 tahun beliau berkhidmat, beliau tidak berhadapan dengan masalah daripada mana-mana tiga orang menteri beliau — Ghazalie Shafie, Musa Hitam, atau Dr Mahathir Mohamad — dan Suruhanajaya Pasukan Polis dan Menteri Dalam Negeri sebagai pengerusi suruhanjaya ini perlulah berkerja di dalam batasan undang-undang masing-masing.

(Kenyataan media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 6 Mei 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.