DAP

DAP does not want Chinese “sand” or English “sand” as we want Malaysian “sand”

By Kit

April 28, 2021

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Poet W.B. Yeats in “The Second Coming” wrote:

“Things fall apart; the centre cannot hold; “Mere anarchy is loosed upon the world, “The blood-dimmed tide is loosed, and everywhere “The ceremony of innocence is drowned; “The best lack all conviction, while the worst “Are full of passionate intensity.”

DAP believes in holding the centre of Malaysia to prevent the plural country from being torn apart by extremism and intolerance or sliding down to kleptcracy, kakistocracy and a failed state.

It has been said that a fierce battle is going on for the soul of DAP, labelled as “Hua Sha” (Chinese chauvinism) vs “English chauvinism” (In Sha),or “Blue Ocean vs Red Ocean” strategy.

This is news to me, but I want to stress that that we do not want Chinese “sand” (Sha) or English “sand” (Sha), as we want Malaysian “sand” (Sha), which had been the DAP’s stand from the very beginning in 1966 – that we stand for a Malaysia for all Malaysians, regardless of race or identity, as we do not want a Malay Malaysia, Chinese Malaysia, Indian Malaysia, Kadazan Malaysia, Iban Malaysia or a Orang Asli Malaysia – but a Malaysian Malaysia.

This is why I said at the Theatrer Impian more than two weeks ago that the DAP does not advocate any de-Chinese, de-Malay, de-Indian, de-Kadazan, de-Iban or de-Orang Asli policy, but the very opposite – to accept that Malaysians will have multiple identities but first and foremost, they have a common and overriding identity as Malaysians.

The Party is undergoing party elections at state and national levels, and we welcome a healthy debate on the future of DAP and the nation.

But we must be aware of hostile external forces which are trying to split and destroy DAP.

On 19th April, 2021, I said:

“This movement sounds the call of ‘Chinese unite’ to respond to the ‘Malays unite’ political call, advocating that in the 15th General Election, the Chinese voters should vote for good Chinese candidates regardless of political party. “The inspiration of this surreptitious movement is from the MCA and Gerakan, which hopes to join forces with DAP members who agree with this approach.”

This statement was distorted into my making an allegation that there is movement inside the DAP responding to the “Malays unite” call with a “Chinese unite” call and joining forces with MCA and Gerakan in the 15th General Election.

I never made such an allegation. All I said was that there were MCA and Gerakan sources who are pushing the “Chinese unite” theme and who are hoped “to join forces with DAP members”.

I am sure that loyal and dedicated DAP cadres will not fall into such a MCA and Gerakan trap to join forces with them under the “Chinese unity” banner, for such a “Chinese unity” movement had been tried and failed in the past.

DAP cadres are very different from MCA and Gerakan members. DAP cadres all over the country take their responsibility whether as ketua kampongs or ahli majlis very seriously, even spending their own money and resources to serve the people, while MCA and Gerakan members mostly take the opportunity of their appointment as ketua kampong or ahli majlis to see what they can personally gain from it, including getting land with or without titles.

DAP’s opponents are hoping that DAP is facing its last days, but they are going to be disappointed.

Half a century ago, a top UMNO leader said that the DAP was “neither dead nor alive” and in the early seventies, DAP nearly died when the Alliance and subsequently the Barisan Nasional abused its resources and money power to intimidate or buy over DAP Members of Parliament and State Assembly members.

But DAP went on in the last 50 years to scale new political heights, while also suffering new political nadirs, but UMNO today is no more the political hegemon in the 70s, 80s and even 90s – struggling to prove its relevance while split between the “court cluster” and the “frog cluster”. When will UMNO have a “Malaysian Dream” cluster?

While I welcome a honest and in-depth debate of the future of DAP and Malaysia, we must always be aware of external forces which are trying to split and destroy the DAP.

For instance, while I had debunked the lies, falsehoods, half-truths and fake news about my having said that one must know Jawi to be a Malaysian and that DAP Secretary-General Lim Guan Eng had declared he was not a Chinese when appointed as Finance Minister, there are Whatsapps repeating these lies and falsehoods to this very day.

This is why I made a special call in Pekan Nenas to DAP cadres at all levels and throughout the country to unite and rally behind the party for Pakatan Harapan to achieve a new high point in the 15th General Election as well as to safeguard the party against external forces which are trying to split and destroy it.

We welcome honest views and criticisms as to how the DAP can better achieve the Malaysian Dream, and advance forward to achieve new political breakthroughs for the interests of the nation and people.

All DAP leaders, cadres and members have one task and challenge – how to re-inspire, re-motivate, re-energise Malaysians in the pursuit of the Malaysian Dream to be an united world-class great nation and to win in the 15th General Election to implement the promises that we have not been able to fulfil after the 14th General Election.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Wednesday, 28th April 2021)

=============================

DAP tidak mahu “pasir” Cina atau “pasir” Inggeris, sebaliknya yang kami mahukan adalah “pasir” Malaysia

Penyajak W.B Yeat dalam sajaknya yang bertajuk “The Second Coming” menulis:

“Things fall apart; the centre cannot hold; “Mere anarchy is loosed upon the world, “The blood-dimmed tide is loosed, and everywhere “The ceremony of innocence is drowned; “The best lack all conviction, while the worst “Are full of passionate intensity.”

DAP berpegang teguh kepada jalan tengah bagi mengelakkan negara majmuk ini dimusnahkan oleh sikap ekstremisme dan tidak bertoleransi atau terjerumus ke lembah kleptokrasi, kakistokrasi dan negara gagal.

Dikhabarkan bahawa pertentangan sengit sedang berlangsung untuk mencari jiwa sebenar DAP, yang dilabel sebagai pertentangan antara “Hua Sha” (Cauvinis Cina) melawan “Cauvinis Inggeris” (In Sha) atau turut digelar sebagai strategi “Lautan Biru melawan Lautan Merah”

Ini perkara baharu bagi saya, namun apa yang saya ingin tekankan di sini adalah kita tidak mahu “pasir” (Sha) Cina atau “pasir” (Sha) Inggeris, tetapi sebaliknya yang kita mahukan adalah “pasir” (Sha) berwajah Malaysia, yang mana merupakan pendirian parti sejak ia ditubuhkan pada 1966 — bahawa kita berpegang teguh kepada prinsip Malaysia untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau identiti, kerana kita tidak mahu Malaysia untuk hanya orang Melayu, Malaysia untuk hanya orang Cina, Malaysia untuk hanya orang India, Malaysia untuk hanya orang Kadazan, Malaysia untuk hanya orang Iban atau Malaysia untuk hanya Orang Asli, tetapi sebaliknya menerapkan semangat Malaysia milik rakyat Malaysia — Malaysian Malaysia.

Inilah sebabnya mengapa saya pernah berkata semasa di Teater Impian lebih dua minggu lalu bahawa DAP tidak membawa apa-apa agenda untuk menyah-Cina, nyah-India, nyah-Melayu, nyah-Kadazan, atau nyah-Iban mana-mana orang. Sebaliknya, kita mahu rakyat Malaysia untuk menerima hakikat bahawa kita semua mempunyai pelbagai identiti — kaum, agama, bahasa, budaya, kawasan — tetapi apa yang paling utama sekali adalah kita semua rakyat Malaysia.

Parti ini sedang menghadapi pemilihan di peringkat negeri dan kebangsaan, dan kami mengalu-alukan sebarang perdebatan sihat berkenaan masa depan DAP dan negara.

Namun, kita harus sedar dengan ancaman luar yang mahu memecah-belahkan dan memusnahkan DAP.

Pada 19 April 2021, saya berkata:

“Gerakan ini membawa seruan ‘perpaduan Cina’ sebagai respons kepada seruan politik ‘perpaduan Melayu’, menggesa supaya dalam Pilihan Raya Umum ke-15, pengundi Cina perlu mengundi calon Cina yang baik tanpa mengira parti politik mereka. “Inspirasi pergerakan ini datang daripada parti MCA dan Gerakan, yang berharap untuk bergabung tenaga dengan ahli-ahli DAP yang bersetuju dengan pendekatan ini.”

Kenyataan ini diputar-belitkan pihak tertentu untuk menuduh saya kononnya mendakwa terdapat gerakan dari dalam DAP yang melakukan tindak balas terhadap seruan politik “perpaduan Melayu” dengan membawa seruan politik “perpaduan Cina” dan bergabung dengan MCA serta Gerakan pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Saya tidak pernah membuat dakwaan sebegitu. Apa yang saya katakan adalah sumber MCA dan Gerakan sedang menjulang tema “Perpaduan Cina” dengan harapan “dapat bergabung dengan ahli DAP”.

Saya yakin kader DAP yang setia dan berdedikasi tidak akan termakan dengan umpan MCA dan Gerakan untuk menyertai mereka di bawah panji “perpaduan Cina”, kerana gerakan seumpama itu pernah dilakukan sebelum ini namun gagal.

Kader DAP sangat berbeza dengan ahli MCA dan Gerakan. Kader DAP di seluruh negara memikul tanggungjawab mereka sama ada sebagai ketua kampung atau ahli majlis secara serius, malah membelanjakan wang dan menggunakan sumber sendiri untuk berkhidmat kepada rakyat, sementara ahli MCA dan Gerakan kebanyakannya mengambil peluang daripada pelantikan sebagai ketua kampung atau ahli majlis untuk kepentingan diri sendiri, termasuk mendapatkan tanah dengan geran atau tanpa geran.

Musuh DAP berharap yang DAP akan musnah, tetapi itu tidak akan berlaku.

Setengah dekad lalu, seorang pemimpin kanan UMNO berkata DAP seolah-olah “mati segan hidup tak mahu” dan pada era awal 70-an, DAP hampir mati selepas Perikatan dan seterusnya Barisan Nasional menjarah sumber dan wang untuk menakut-nakutkan atau membeli Ahli Parlimen dan Adun DAP.

Tetapi DAP terus utuh dalam 50 tahun terakhir, sementara turut menderita serangan politik baru, tetapi UMNO hari ini tidaklah sekuat semasa era 70-an, 80-an dan 90-an. UMNO kini sedang bergelut untuk meneruskan hayatnya, sementara berdepan perpecahan antara kelompok “kluster mahkamah” dan “kluster katak”. Entah bila agaknya UMNO akan mewujudkan kluster “Impian Malaysia” mereka.

Meskipun saya mengalu-alukan perdebatan mendalam dan jujur tentang masa depan DAP dan Malaysia, kita harus sedar dengan ancaman luar yang mahu memecah-belahkan dan memusnahkan DAP.

Sebagai contoh, saya telah menelanjangkan pembohongan, penipuan, kebenaran setengah masak dan berita tidak benar tentang dakwaan kononnya saya pernah mengatakan yang setiap daripada kita harus kenal dengan tulisan Jawi untuk membolehkan kita menjadi rakyat Malaysia dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kononnya pernah mengisytiharkan bahawa beliau bukan orang Cina semasa dilantik menjadi Menteri Kewangan, terdapat mesej Whatsapp yang mengulangi penipuan dan pembohongan ini saban hari.

Ini sebabnya mengapa saya membuat seruan di Pekan Nenas untuk kader DAP di semua peringkat dan di seluruh negara supaya bersatu padu dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada parti bagi membolehkan Pakatan Harapan mencapai puncak yang lebih tinggi pada Pilihan Raya Umum ke-15 selain menjaga benteng parti daripada ancaman luar yang ingin memecah-belahkan dan memusnahkan parti.

Kami mengalu-alukan kritikan dan pandangan jujur tentang bagaimana DAP boleh mencapai Impian Malaysia, dan dan maju ke hadapan untuk mencapai kejayaan politik baharu demi kepentingan rakyat dan negara.

Semua pemimpin DAP, kader dan ahli mempunyai satu tugas dan cabaran — iaitu bagaimana untuk mengispirasikan semula, memotivasikan semula, dan menyuntik semula semangat semua rakyat Malaysia untuk cuba berusaha mengapai Impian Malaysia untuk menjadikan negara ini sebuah negara hebat bertaraf dunia dan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 supaya janji yang tidak sempat ditunaikan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 dalam dilunaskan demi rakyat dan negara.

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Rabu, 28 April 2021)