Education

Saiful Nizam should be an example for all Malaysians – firm on what is right and wrong but forgiving when mistakes are admitted

By Kit

April 27, 2021

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Saiful Nizam Ab Wahad should be example for all Malaysians – firm on what is right and wrong but forgiving when mistakes are admitted,

Saiful is the father 17-year-old Ain Husniza Saiful Nizam who had exposed her male teacher for allegedly making lewd jokes in class, and later, she received an audio recording of one of her male schoolmates threatening to rape her, which was originally sent to a separate group chat.

The Form 5 student who made a rape threat against her has apologised for his remarks.

In a Facebook post this morning, Saiful was magnanimous towards the male student.

“Children will make mistakes and act wrongly. When they are willing to admit they are wrong and sincerely apologise and promise to change, we forgive them.

“May this be a meaningful life lesson for them”.

The Education Ministry should honour Saiful and Ain as role models for all Malaysian parents and students.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Tuesday, April 27, 2021)

==============================

Saiful Nizam patut menjadi contoh kepada semua rakyat Malaysia — bersifat tegas mengenai apa yang betul dan salah, tetapi boleh memaafkan apabila kesilapan diakui

Saiful Nizam Ab Wahab patut menjadi contoh kepada semua rakyat Malaysia — bersifat tegas mengenai apa yang betul dan salah, tetapi boleh memaafkan apabila kesilapan diakui.

Saiful adalah bapa kepada Ain Husniza Saiful Nizam yang berusia 17 tahun, yang telah mendedahkan kejadian di mana seorang cikgu lelaki beliau telah dituduh membuat lawak tidak sopan di dalam kelas, dan kemudiannya beliau menerima rakaman audio daripada salah seorang daripada rakan sekelas beliau yang mengugut untuk merogol beliau, yang pada mulanya dihantar ke dalam kumpulan bualan yang lain.

Pelajar Tingkatan 5 yang membuat ugutan rogol terhadap beliau itu telah memohon maaf atas kenyataan beliau.

Dalam satu catatan Facebook pagi ini, Saiful bersifat memaafkan kepada pelajar lelaki tersebut.

“Budak-budak buat silap dan tindakan yang salah. Apabila mereka bersedia untuk mengakui kesilapan mereka dan memohon maaf dengan jujur dan berjanji untuk berubah, kita maafkan mereka.

“Harapnya perkara ini menjadi pengajaran kehidupan yang bermakna untuk mereka.”

Kementerian Pendidikan patut memberikan penghargaan kepada Saiful dan Ain sebagai contoh yang baik untuk semua ibu bapa dan pelajar di Malaysia.

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Selasa, 27 April 2021)