(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
The shocking statement by the Minister in the Prime Minister’s Department (Parliament and Law), Takiyuddin Hassan after more than three months after the declaration of emergency that Parliament will be called to convene when the right time comes either before or after the Covid-19 emergency ends, is evidence of kakistocracy and #kerajaangagal.
Takiyuddin is belabouring under a most wrong and fallacious notion that he controls Parliament and decides whether Parliament can convene or not, that he is more powerful and more important than the Parliament Speaker, who is reduced in his eyes to a mere factotum.
Does Takiyuddin realise that the Speaker of Dewan Rakyat ranks No. 13 on the protocol list, as published in the Federal Order of Precedence, while a Cabinet Minister – including the Minister of Prime Minister’s Department (Parliament and Law) – is lower down the list, ranked No. 16 in the protocol list?
So it is a ridiculous notion if the Minister in the Prime Minister’s Department regards himself as the Superman of Parliament, who decides whether Parliament can meet or not.
Under the Malaysian Constitution, which accepts the doctrine of the separation of powers, no Minister – not even the Prime Minister – can control or overrule Parliament, as otherwise it would make nonsense of the concept of Parliamentary oversight and scrutiny of the Executive and to be a constitutional check-and-balance of the Executive.
When Parliament convenes is not decided by Takiyuddin or the Prime Minister, but by the Malaysian Constitution which the Cabinet, including Takiyuddin, had violated in not allowing Parliament to meet.
It is not for Takiyuddin or any other Minister to seek the advice of the relevant agencies, especially the Health Ministry, on the convening of Parliament, but for the Speaker and the relevant Parliamentary Committees of MPs to seek the advice of the relevant agencies and to come to a decision what safeguards to take when facing the Covid-19 pandemic on the convening of Parliament.
The Muhyiddin Cabinet has turned the Malaysian Constitution on its head.
It should not continue to ignore and violate the Constitution but should decide on Wednesday to advice the Yang di Pertuan Agong to convene Parliament – and leave the consequential matters like what safeguards to take in the face of the Covid-19 pandemic to the Speaker and the relevant Parliamentary Committees.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 26th April 2021)
==============================
#kerajaangagal9 — kenyataan Takiyuddin selepas tiga bulan darurat mengatakan Parlimen hanya akan bersidang apabila masa yang tepat tiba, sama ada sebelum atau selepas Darurat Covid-19 tamat
Kenyataan mengejutkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Hal Ehwal Undang-undang), Takiyuddin Hassan selepas tiga bulan darurat diisytiharkan, mengatakan yang Parlimen akan dipanggil bersidang apabila masa yang tepat tiba, sama ada sebelum atau selepas darurat Covid-19 tamat adalah bukti terbaru kakistokrasi dan #kerajaangagal.
Takiyuddin berfikiran di bawah pemikiran yang salah kononnya beliau mengawal Parlimen dan boleh menentukan bila Parlimen akan bersidang atau tidak, kononnya beliau lebih berkuasa dan penting berbanding dengan Yang di Pertua Dewan Rakyat, yang kini dipandang beliau hanya sebagai seorang pegawai tugas khas.
Adakah Takiyuddin menyedari bahawa Yang di Pertua Dewan Rakyat berada di tempat ke-13 dalam senarai protokol seperti yang diterbitkan dalam Senarai Keutamaan Persekutuan, sedangkan seorang menteri kabinet — termasuklah Takiyuddin sendiri — berada di tempat yang lebih rendah di tempat ke-16 dalam senarai protokol ini?
Jadi amatlah tidak masuk akal sekiranya seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri melihat dirinya sebagai “Superman” Parlimen yang boleh menentukan sama ada Parlimen bersidang atau pun tidak.
Di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menerima doktrin pemisahan kuasa, tidak ada mana-mana menteri — baik Perdana Menteri sekalipun — boleh mengawal atau mengatasi kuasa Parlimen, memandangkan perbuatan seperti itu akan menghina konsep dan kuasa semak imbang pihak eksekutif oleh Parlimen.
Bila Parlimen perlu bersidang bukanlah ditentukan oleh Takiyuddin atau Perdana Menteri, tetapi ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan, yang telah dicabuli oleh Kabinet, termasuklah Takiyuddin sendiri apabila mereka menghalang sidang Parlimen.
Bukanlah tugas Takiyuddin atau mana-mana menteri untuk mendapatkan nasihat mana-mana agensi berkenaan, terutamanya Kementerian Kesihatan mengenai persidangan Parlimen, sebaliknya, Yang di Pertua Dewan Rakyat dan Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan Parlimen yang perlu mendapatkan nasihat agensi berkenaan dan membuat keputusan mengenai apa tindakan yang perlu diambil untuk persidangan Parlimen dalam berhadapan dengan wabak Covid-19.
Kabinet Muhyiddin telah menyalah tafsir Perlembagaan Persekutuan.
Mereka tidak sepatutnya terus mengabaikan dan mencabuli Perlembagaan, sebaliknya perlu memutuskan pada hari Rabu ini untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang — dan biarkan perkara-perkara di Parlimen diuruskan oleh Yang di Pertua Dewan dan jawatankuasa yang berkenaan.
(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 26 April 2021)